Okay, readers. Kalau adelah, HEHE. Kali ni aku akan cuba menjadi lain sikit. Apa yang lainnya?? Nak jadi seorang manusia jiwang yang amat melampau, boleh?? HAHA. Now, dimm your light. Light a candle if possible. Dah macam tak bayar bill electricity dah aku baca. HAHA. Now, pasang lagu yang korang rasa paling jiwang yang pernah korang dengar. Untuk aku, aku tengah pasang Down by Jason Walker , Lost then Found by One Republic ft Leona Lewis , Holding On Letting Go by Ross Copperman. This going to be a long entry okay :D
Here we go!!
BismillahirAhmaniRahim...
Apa khabar wahai bakal suamiku. Awak sihat tak harini? Saya harap awak sedang bahagia dengan family awak dan juga bakal keluarga saya suatu hari nanti. Saya harap kehadiran surat ini takkan mengganggu aktiviti seharian awak. Bukan selalu saya nak jadi jiwang untuk someone. Saya selalu tunggu kehadiran awak dalam hidup saya selama ni. InsyaAllah, dengan berkat kesabaran saya serta doa yang tak putus untuk saya dan awak. Saya yakin yang kita akan bersama suatu hari nanti.
Saya nak minta maaf dekat awak sangat-sangat sebab saya selalu sangat curang dengan awak. Saya selalu couple dengan orang lain. Walaupun saya tau yang dia bukan nak kat saya. Saya sayangkan orang lain lebih dari saya sayangkan awak. Saya mengaku khilaf saya dan saya minta maaf sangat-sangat sebab saya takboleh sabar menunggu awak hadir dalam kehidupan saya.
Tapi sekarang, baru saya sedar. Sebenarnya, saya cuma takboleh hidup seorang diri. Saya tak boleh berdiri dan berjalan sendiri tanpa sesiapa disisi saya. Dan sekarang, saya tak percaya dengan budaya coupling dan bercinta sebelum kahwin. Saya semakin yakin dengan jodoh yang telah dikirimkan oleh Allah untuk saya iaitu awak, bakal suamiku.
Saya juga dah tetapkan prinsip hidup saya bahawa saya takkan terima mana-mana lelaki yang sudah bercouple dengan saya, yang pernah menatap wajah saya, yang selalu panggil saya cantik, manja, comel dan lain-lain. Sebab saya terfikir, kalau dia boleh cakap macam-macam kat saya, dia pun mesti boleh cakap macam-macam dekat perempuan lain. Sekarang, saya cuma percaya dengan jodoh yang Allah akan turunkan kepada saya.
Wahai zaujku, saya harap kita akan dipertemukan dengan cepat oleh Allah. Mungkin dengan cara yang tak pernah kita duga. Saya akan tetap tunggu awak datang dan mengambil saya dari tangan kedua ibubapa saya. Saya juga berharap agar awak dapat bimbing saya dan sayangi saya apa adanya saya sampai Jannatul Firdaus.
Apa yang saya nak dari awak, saya cuma nak seorang lelaki yang baik dan hormat kepada wanitanya, seorang suami untuk tempat saya bermanja, seorang kekasih di saat suka dan duka, seorang sahabat pabila masalah datang menimpa dan juga seorang bapa kepada anak-anak kita nanti. Saya juga berharap yang awak mampu memimpin keluarga kita nanti dijalan yang diredhai Allah. Harap permintaan saya ni tak terlalu berat bagi awak ye.
Sampai disini warkah ini ditulis buat bakal calon suamiku. Semoga surat ini mampu memberi petunjuk tentang masa depan yang bakal kita tempuhi bersama. Sekian~~~
Yang setia menunggu ,
Bakal isterimu :)
Adiosa~~
p/s :: Ikhlas dari aku. Takboleh jadi jiwang lah. Bukan jiwa aku. HAHA!!
No comments:
Post a Comment