Salaam,
Hallu everybody yang eveready. Sekali iklan battery daa. Hah, tengok tajuk entri aku kali ni. Ada yang melamar aku? Melamar apa? Kerja, berlakon, bernyanyi mahupun kahwin? Perkara inilah yang sering bermain difikiran anak-anak muda seperti saya. Saya je anak muda, yang lain semua tua dah kan. Cepat mengaku! HAHA.
Aku mula nak mengarut ye. Nampak tak permainan dia. Dia beli dekat ToyR'Us. Entah macam mana eja pun lupa sudah. HAHA. Balik semula dengan isi aku kali ni. Start~~
Ada la sorang member internet aku ni. Bertemu di Tagged, bukan Facebook ye. HAHA. Dia sekarang praktikal dalam bidang Science Computer di UiTM Segamat, Johor. Kalau taktau, takpayah duduk Malaysia. Okey! Dah dekat 2 bulan kot kawan. Dia okay but yang buat aku rimas tu dia ni jenis yang nak bergayut 24/7. Kalau itu bagi dia "caring" tapi bagi aku "masalah". Yelah, aku ni bukannya suka sangat nak bergayut dengan jantans2 perah santan. Uish, perah santan? Masak kari ke apa?? HEH HEH!
Well, all I can say is he's quite nice to me. I think. Selalu buat aku ketawa. Then, sampailah hari semalam. Dia IM aku dekat Tagged. Tanya kenapa tak pick-up call dia. Aku pun jawablah pakai alasan yang betul. Pastu, bukan BN ye. HEHE. Selepas itu, dia kata, lupa nak bagi hadiah dekat awak. Aku tanyalah apa? Nak tau hadiahnya? Haa, nak tau, korang kena kiss aku dulu. Tak kira, tak kira. HAHA. Gurau be!!
Ni hadiah dia ::
"Goyang kepala gerakkan kaki
Dalam lantunan nada aku menari
Ku persembahkan diri ini
Hanya untukmu pemilik jiwa ini
Bernyanyi dengan nada do re mi
Mengisahkan aku dan dirimu
Jika aku masih berdiri di bumi
Jadikanlah aku sebagai budak cintamu "
Tau tidak, time aku dah sangat-sangat speechless. Aku berdoa je yang pantun tu memang betul-betul hadiah dan takkan ada maksud tersirat yang lain. Atau yang bersangkut-paut dengan hati dan perasaan dia. Tapi, sangkaan aku meleset jauh sampai ke India dihantar ke Australia pusing balik ke Zimbabwe. Jauh melancong sangkaan aku. HAHA. Dia tambah lagi sikit ::
" Sudikah awak, Suraya. Jadi teman hidup saya? "
Walaweh, aku bab-bab macam ni yang aku cair macam lilin terbako nih. Aku tak bagitau jawapan lagi. Tengah fikir sampai hangit boleh terus masuk tong sampah. HEH. Aku takut nak bagi kata putus dekat dia. Takut mengecewakan dia. Apa? Segila-gila aku ni, masih punya perikemanusiaan tau. HAHA, bangga.
Bukan aku taknak terima, takut nanti dia kecewa dengan aku. Serious aku kata lepas aku tak dapat cinta pertama aku tu. Aku rasa takut sangat. 6 tahun cuma penantian yang sia-sia. Start dari tu, aku mula hilang percaya dengan mana-mana lelaki. Bakal suami aku nanti pun aku suruh mak aku yang cari. Aku dah penat.
Sesi penceritaan masalah pulak dah. HAHA. Okay, lupakan cerita lama. Life must go on, right? Harap dia takkan pergi KB Mall lah lepas aku bagitau kata putus aku yang telah lama putus. HAHA. Suka mengarut aku ni. What can i say, that's me :D
Adiosa~~
p/s :: Berkenalan dengan hamba Allah ni. Dia mengada-ngada. HAHA. CUTE tapi bukan dia, perangai dia :D HAHA
No comments:
Post a Comment