Kelik-kelik :)

Tuesday, February 19, 2013

Jumpa dia pulak

Salaam,

Hey guys! Tadi aku pergi Tampin dengan parent. Pegi bayar bil elektrik. Then, pergi singgah kedai minum. Tau tak aku jumpa siapa? Aku jumpa abang kampung aku yang super duper awesome cute tuh. Dia tengah minum dengan mak dia. WAHAHA. Anak emak katanya. 

Nak dipendekkan cerita. Dalam kedai tuh dah takde lagi tempat nak duduk. Pastu, abang tu ajak lah duduk sekali. HEHE. Awkward moment, though! Kira, mak aku duduk depan mak dia. Dia sebelah kanan mak dia, aku belah kiri mak aku. Imagine that! Aku rasa dah macam perjumpaan bakal menantu dah. Aiyoo!! HEHE. 

Homaigadd!!!


End of entry, tak minat pun dengan abang tuh. Cuma macam aku katalah, dia super duper awesome cute! Yelah, orang dia pun ala-ala chinese look gittew. Mana tak tergodanya weh!! HAHAHA. Tak payah risaulah. Hati aku cuma untuk seorang je. Untuk siapa? 
Untuk dia, hey
Untuk dia, hey
Untuk dia..untuk dia!! HAHA





Adiosa~~

Kerja, kerja

Salam guys!!

Wah, lama tak update blog nih. Agak banyak hal-hal yang aku kena hadapi sekarang. HOHO. But, its okay. Still can handle them. Aiyoo, lupa dah nak tulis apa tadi. HAHA. So, how's my life now?? Masih lagi dalam pencarian apa itu kehidupan. Well, hidup aku sekarang agak terumbang-ambing sekarang. Susah nak hidup sendiri. 

So, sekarang, aku masih lagi on the way mengisi borang. Borang apa? HAHA. Borang kerja je pun. Harap-harap dapat kerja situ. Tak kisah pun. Asalkan halal dan boleh langsamkan hutang aku. HEWHEWHEW. Ingat aku belum cukup dewasa lagi ke nak ada hutang nih. Nama pun along. WAKAKA. Takda kena mengena langsung. Sodeh!!

Let say if I do get the job, aku bakal duduk rumah makcik aku AKA rumah dak Aman. Tapi, aku tak risau dah sebab kami dah baik. InsyaAllah, we'll both be best buddy ever. Cuma satu je mak aku pesan sebab mak aku dah tau pasal kami. EHEH. Dia kata duduk sana jaga diri takut jadi apa-apa hal kan. InsyaAllah, selagi Allah jaga, kami berdua jaga ikhtilat kami. Tapi, aku pun takut-takut jugak. Kalau-kalau jadi apa-apa. Simpang~~~

Jadi, apa-apa nanti, aku check-in la kat sini ... Muehehehe





Adiosa~~




p/s :: Takut untuk diinterview . Mudah-mudahan segalanya sempurna . Pheww n_n

Wednesday, February 13, 2013

Dia pun sama

Salaam,

Tau tak? Hari ni aku rasa macam nak pecah hati aku ni. Aku taktau nak cakap macam mana. Tapi, insan yang aku sanjung dari zaman sekolah dulu. Seorang lelaki yang buat aku jatuh hati dengan tutur katanya yang lembut dan sifatnya yang sopan. Rupanya ada sisi dia yang aku taktau. Malas nak cerita detail sangat sebab ini aib manusia. 

Cuma nak kata yang dia memang betul-betul dah buat aku hilang kepercayaan dekat lelaki. Dia juga dah melengkapkan tekaan yang aku bahawa 98% lelaki di dunia ni tak boleh nak dipercaya. Dia juga manusia yang buatkan kebencian aku dekat species lelaki semakin membuak-buak. 

Aku rasa menyesal bila ingat balik kenapa aku boleh jatuh hati dengan dia. Dia cuma buat baik sebab nak tutup hal dia je. Yang aku pulak, bodoh. Percaya mengkhinzir buta je. HAHA. Sekarang, aku nak fokus benda lain. Aku serahkan tentang jodoh bodoh ni semua kat parents aku. Malasnya nak hidup !!!!!!!!!!!!




Adiosa~~

Sunday, February 10, 2013

Teringin jugak !

Salaam,

Hari ni dah raya Cina. So, for my Chinese friends. Gong Xi Fa Chai. Dan, hari ni jugak, cousin aku yang sebaya dengan aku tu bertunang. Sadly, kami tidak diundang ke majlis beliau. Uish, Suya! Bersangka baik, bersangka baik. Mungkin mak dia tak ingat nak ajak kot sebab dah pening nak fikirkan majliskan. Settled. Alah, takpelah. Dia bertunang baru. Bukannye kahwin. Bukan ke Rasulullah SAW pesan," Diamkan pertunangan, hebohkan perkahwinan ". Betulkan?? HEEEE.

So, for my non-beloved cousin. Selamat bertunang. Semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin. Chewahh! HAHAHA. Huh? Aku bila lagi? HAHAHA. Niat dihati tu memang nak. Tapi bila difikir-fikir baik aku duduk bujang dari ikat mana2 manusia. Aman sikit hidup aku. Mungkin dalam 5 ke 6 tahun lagi barulah ikat. Sekarang kita usha dulu mana-mana yang mana berkenan dihati. Ottoke!!

So, hopefully, hati aku ni tertutup je dari mana-mana lelaki. Don't have any trust in man right now. Ke kau tengah tunggu budak kampung kau tu, Suya?? Eh, kalau dah jodoh tak kemana bak kata P.Ramlee. EKEKEKEK. Okay, feeling kembali stabil. Arigato Gozaimatsu. Tetibe -_-"






Adiosa~~

Sunday, February 3, 2013

Hati berbunga-bunga nih !!

Salaam,

Wah, feeling excited sangat nih. HAHA. Tak tau pun kenapa tiba-tiba menggila excited aku sekarang nih. Sampai nak sesak nafas aku. KIHKIH. Ni semua cerpen punya pasallah ni. Bercinta selepas nikah. Pergh, memang betul-betul bawak aku ke dunia lainlah! HAHA. Dan, mungkin jugak sebab ada orang proposed aku. Ke aku ada tulis aritu. HEHEH. Tak ingatlah. 

Huh, aku pun tak mampu nak mengharap dah sebab dia ni janji mulut je. Kalau dah hantar rombongan merisik tu lainlahkan. Dia kata, " kita bercinta lepas kahwin,nak?". Seriously, memang itu cinta yang aku dambakan selama ni. Bukan apa, lepas kahwinkan dah halal. So, takdelah terbeban sangat dengan dosa. HEHE. Sorry yang terasa. HAHAHA.

Dia tanya nanti dah kahwin nak tinggal mana? Nak anak apa? Nak berapa? Sampaikan dia kata kesia awak nanti sorang-sorang kat rumah sebab saya keluar kerja. How sweet! Tapi, macam yang aku katalah. Aku taknak letak harapan tinggi sangat. Takut kecewa macam sebelum-sebelum ni. Cakap je gebang tapi habuk pun takde. Lagipun, aku muda lagi. Baru 20 tahun. Tak kahwin sekarang pun takpe. Cari duit, kumpul banyak-banyak dulu. 
HEHEHEHEHE.





Adiosa~~