Kelik-kelik :)

Tuesday, April 23, 2013

I'm blind!

Salaam,

HAHA. Okay, tajuk entry aku kali ni agak melampau sikit. HEHE. Yelah, kalau aku betul-betul buta macam mana pulak aku boleh menaip entry nih tengah-tengah malam nih. HAHA. Ditemani dengan lagu-lagu slow romantik dari D'bagindas. Aku mulakan bicara. Err, peliknya aku malam ni! HAHA. Okay, buta yang aku nak cerita ni bukan buta mata tapi buta hati.

Selama ni aku asyik terkejar-kejar benda yang tak wujud. Yang tak mampu aku miliki. Tapi, aku lupa yang dia selalu ada dengan aku. Selalu ingat dekat aku. Selalu rindukan aku. Tapi aku je yang buat-buat tak nampak. Dia tak bergaya, tak menarik tapi insyaAllah, akhlak dan agamanya cukup. Mungkin juga mampu bimbing aku nanti.

HAHA. Jiwang pulak aku malam ni. Nak buat macam mana, selama ni aku tak pernah nak pedulikan dia. Aku cari orang lain tapi dia duduk tunggu aku. Part yang buat aku memang tak boleh tahan. Dia bagitau mak dia pasal aku. Dan sekarang, mak dia nak jumpa aku. Aku macam,"OMG, seriously?". Tak sangka yang dia betul-betul serius dengan aku. 

Tapi, dari muka dia, aku boleh nampak ciri-ciri suami dan bapa yang soleh. HEHE. Serious lah! Muka aku suci, takkan nak menipu pulak! HAHAHA. Tapi, benda yang aku paling takut. Macam mana nak bagitau mak pak aku yang mak dia nak jumpa. 

Korang tak kenal mak pak aku macam mana. Depa tak bagilah aku cerita pasal benda2 ni. Tambahan lagi, umur aku baru 20 tahun. HEHE. Member aku umur 19 tahun dah kahwin. Yelah, aku ni kan jenis senyap je. Apa mak ayah aku cakap, aku ikut je. Anak mithali kan. HEHE. Mithali lah sangat! Sebab tu diorang macam jaga aku ketat sikit. Lagi, aku je anak perempuan dalam rumah ni. Tu yang terlebih sudah tuh. HEHE. Selalu pun pasal kahwin-kahwin ni, aku buat gurau je ngan mak ayah aku. 

Stop here. Doakan semuanya, ya!




Adiosa~~






p/s :: Kecut perut nak jumpa bakal mak mertua, kahkahkah!

Monday, April 22, 2013

He's different, insyaAllah!

Hey peeps! Salaam,

So, hari ni aku nak cerita pasal someone! Kenal dekat weChat je. Nama? Well, let's just call him Mr B. Oh no! Bukan "baby" ye dan jauh sekali "hubby". Kitorang pun baru kenal. Sorta two days ago. Dia add aku. Pastu borak-boraklah.

Tanggapan aku mula-mula,"Pergh, mamat ni bosan gila. Takde cerita best ke nak story?". Then, dah lama-lama borak tu. Aku start rasa yang ada sesuatu yang berbeza dalam diri dia. Dia tak macam lelaki-lelaki yang borak dengan aku sebelum ni. Macam lelaki lain kan selalu panggil sayang, ajak couple and other crazy stuffs like that. 

Tapi, dia ni suka cakap benda-benda pasal agama, kisah Nabi. But, the most yang aku suka, dia borak pasal tempat dia kerja dulu. Memang kagumnya dengan dia nih. Bayangkan, dia tanya khabar aku dalam bahasa Arab. HAHA. Nasib baiklah, aku paham sikit-sikit apa dia cakap. 

Dia pun hormat aku sebagai perempuan. Tak macam yang lain. Maksud aku yang hormat tu, tak mengorat dan tak nampak macam terhegeh-hegeh lah nak cari awek an. Setakat ni, Alhamdulillah, takde lagi nampak tanda-tanda nak buat aku jadi awek lagi. Jadi bini dia tu adalah. HEHE. 

Best part, aku tanya dia kenapa Islam mengangkat darjat seorang wanita/perempuan? Tahu jawapan dia memang awesome gilalah. Kalau aku tanya dekat yang lain pun belum tentu dapat jawapan macam tu. Siap penjelasan lagi. Aku macam, peh, respect gila dengan mamat nih. Macam nilah kalau nak buat calon suami. Biar muka tak hensem, janji agama tu bagus. Baru sweet-sweet leii! 

Proses kenal lagi, we'll see how we both get through this "relationship". Friendzone or more :)






Adiosa~~





Friday, April 19, 2013

Jejak kasih pulak!

Salaam,

Hey, everyone! Update blog selepas penat mandi kolam renang berbayar yang free depan rumah aku. HEHE. Ada faham ka saya cakap? Layan je. So, past few days. Aku pergi Batu Pahat, Johor. Dekat Parit Amat. Atok sedara aku meninggal daa. Sumpah, dari kecik aku tak pernah kenal pun dia siapa. Cuma dengar nama dengan tengok gambar jelah. Seriously, memang taktau pape. Pergi situ pun macam jumpa, salam, senyum, duduk. Sebab tak kenal sorang pun. Cuma ada sorang anak dia yang muka macam arwah lah. Sedikit sebanyak bolehlah tengok dia camne an.

So, lepas tu kitorang sambung pergi cari rumah tok Uda dekat Minyak Beku, BP. Cari, cari, cari. Tersasar pulak dekat laut. Rupanya rumah dia kena masuk simpang lagi satu tu. Nasib baik senang cari. Mak ayah aku cari pakai ingat-ingat je. Jumpa, tak jumpa tu nasiblah. 

Next, ayah aku pulak nak cari seorang pakcik ni time dia kerja dulu. Dekat Parit Yaani, BP kot. Drive jauh-jauh. Ayah aku kata, jangan-jangan dah salah rumah kot. Aku kata pergi tanya orang dulu. So, berhenti kat tepi jalan. Tanya orang kat rumah tu. And Alhamdulillah, rumah yang dia tanya tu rumah pakcik tu. Sebab mak aku yang cam pakcik tu. Seriously, aku tengok muka ayah aku time tu macam happy gila-gila. Yelah, 20 tahun cari baru jumpa. Mana tak happy!

Hahaha, apa-apa pun. Alhamdulillah, dah 20 tahun boleh jumpa balik. Semoga ikatan persahabatan tu kekal sampai bila-bila. InsyaAllah!




Adiosa~~

Friday, April 12, 2013

To much headache for this week!

Salaam,

So far, this week was totally not the awesome week I've gone through! Banyak sangat masalah yang jadi. And attempt to kill people also has came across my mind. Guh! Hari-hari ada je benda yang aku buat salah. Yang paling latest tadi lah. Adik aku hamuk kat aku. HAHA. Well, my bad. I've uploaded his video on Youtube. And told him that I've deleted the video. But, yah! I didn't. I'm bad, huh? 

Balasan sebab dia sakitkan hati aku. Time ada tetamu dekat rumah pulak tu. Serve him right! And yah. I've quit my job. Lelaki dekat situ sangat-sangat gatal. Buat aku tak selesa. Tak kisahlah kerja dia tapi bila staff dia buat perangai. Aku tinggalkan. Tak hadap pun nak kerja dengan dia. Ngeng punya budak!

New thing, someone text me! Well, it's been a while actually. And he's a pervert. Gosh! But, luckily I have my own way to settled him down. And now he's changing a bit. Score! Believe me or not. He's joining a gang group. I mean a gangster group. But, he doesn't seems to be enough gangster to me. Well, he's nice. I guess. HEH!

We'll see how far both of us will go, okay! And yes, he's picked up a name for our daughter when we'll both get married. Nur Miya Badtrisyah. Actually, he thought of Nur Badtrisyah Filia. But, it sounded ugly to me. So, I've changed them by combining his and my name. So, it turns out "Miya"! Kawaii though! Finger crossed!!!






Adiosa~~





p/s :: Mood mengarut!

Thursday, April 4, 2013

Tambah Kuat Iman ...

Salaam,

Lama sangat tak update blog neh! Hari-hari nak update sebab banyak stuff yang mengarut aku nak cerita tapi tak sampai. Uhuks! Haa, by the way. Tajuk entry aku kali ni. Pasal Iman lah pulak. Haa, sebab nak melayan blog. Aku ter"confess" pulak dekat crush aku. Gampang je! -_-"

Takpe2. Benda dah jadi. Continue. Sebab apa aku teringin nak update entry pasal "Iman". Sebabnya, sejak akhir-akhir ni, ada je mamat2 yang bakal jadi mayat buat gangguan kat aku. Maksud aku, gangguan yang bernafsu. How I hate to use that word!! Grrr~ Kang aku bukak facebook, ada 2 orang makhluk yang ganggu. Satgi kat handphone, ada lagi sorang.

Takdelah. Kalau setakat gangguan nakal macam aku buat kat member-member tu takpelah. Ini kang lanjut sampai yang teruk-teruk. Aku pun selalu gak cakap benda gitu tapi takdelah sampai yang ke .....! Paham jelah! 

Kalau kat facebook tu, lagi satu hal. Setiap kali aku post gambar2 ke post words yang lain sikit. Confirm yang perangai gampang2 ni akan tanya pusing. Agak-agak kalau mak bapak diorang yang pakai perkataan gitu, berani ke kau nak sampuk?? Aku taulah otak-otak manusia zaman sekarang nih dah rosak teruk. Tapi janganlah sampai kau bawak keluar sampai aku pun rasa takut, jijik tengok kau. 

Tapi, aku tau tiap kali aku tolak benda-benda ni semua. InsyaAllah, iman aku akan bertambah kuat. Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Semoga aku tak terjebak dengan manusia-manusia macam ni lagi. Maaf dan mohon terasa !!





Adiosa~~