Salaam,
Hallamak, nak buat intro tapi aku takde idea meh. Idea tu banyak sampai tak boleh nak pilih. Bila taktau nak pilih teruslah idea tu hilang. HAHA. Aku tengah merapu pebenda nih. Grr! Okay, back to the topic. Ade 3 movie yang aku nak tengok sangat-sangat. Siapa nak bawak aku pegi tengok wayang. Angkat kening :D . Eh, jap. Aku ajak awek-awek je. Yang pakwe-pakwe tu bolehlah blah skang. HEH HEH.
Movie pertama yang aku nak tengok ni Battleship. Ape yang aku tau, cerita Battleship ni pasal peperangan antara manusia dengan robot. Robot pun ala-ala cerita Transformers tu. HAHA. Kira okaylah lawan dengan robot daripada tengok cerita Ultraman berlawan dengan Hantu kak Limah. Huh, ade aku kesah. HAHA. Aku pun taktau apa benda yang merasuk aku sekarang nih. Dulu aku tak suka gila tengok cerita genre macam ni tapi sekarang, naik penuh laptop aku cerita perang-perang. HEHEH.
Yang kedua, aku nak tengok The Avengers. Hoyeh. Siapa peminat comic Marvel. Haa, semua watak dalam tu. Diantaranya, The Hulk, Ironman, Blackwidow, Hawkeye, Captain America etc. Sebenarnya, aku nak tengok Chris Evans je. Huh, dia watak ape?? Apelah, watak Captain America la bhai. HAHA. Comel tahap ice cube. Brrzz.
Next, aku nak tengok cerita The Hunger Game. Yang ni pulak, dia ala-ala amazing race la. Tapi, Amazing race yang tahap membunuh. Dalam cerita ni, dia akan pilih 2 orang secara undian dari 12 daerah. Eh, tak, dia macam cabut nama. Alaa, macam cabutan bertuah tu. HAHA. Bertuahlah sangat. Siap masuk tv okay. Macam acara tahunan diorang. Nasib baik takde acara ni kat Malaysia. Kalau ada aku rasa, semua mengaku tua bangka dah. HEH HEH.
Last movie is Sinister. Haa, penah dengar tak weh. Ni genre seram. Director Paranormal Activity. Siapa yang follow movie PA tu tau lah. Sinister ni pulak kisahnya, seorang novelist yang mengkaji kisah pembunuhan dekat rumah yang dia duduk sekarang. Tengok trailer pun dah takut aku. Dup dap dup dap je jantung ni. HEHEH. Hantu dia pun agak creepy jugakla muka dia. HAHA. Lots of screaming, i guess.
Tengok balik movie-movie ni, aku semakin pelik dengan diri sendiri. Kalau setakat seram tu okay lagi sebab hanya cerita hantu barat je yang aku agak teruja nak tengok. Tak macam filem Melayu. Hantu yang sama diguna pakai dalam semua cerita. Kadang-kadang naik kenal dah muka dia. HEHEH. Haa, aku suka tengok cerita perang, bunuh-bunuh, bloods. Takut pulak dengan diri sendiri.
Nak buat camana, dah itu aku. Bak kata So7. Mesti korang kata, kan dah boleh download semua cerita-cerita tu. Dan aku kata, memangla boleh. Tapi mendownload memerlukan kesabaran tahap dewa, kau tau. Aku tak mampu (T_T). Takpelah, kedekut nak belanja. Aku usahakan jugak downloadnye. Ngajuk. Nak pegi KB Mall. Ehh!!
Adiosa~~
p/s :: " Once you see him, nothing can save you " - Sinister :)
kesemuatu dah tgk...tapi yg paling menarik pilihan remy adalah the hunger game.....
ReplyDeleteaeh? okay, thanks remy :D
ReplyDelete