Kelik-kelik :)

Thursday, November 29, 2012

Kenapa perlu " Muzikal " ?

Salaam,

Tadi aku tengok cerita klasik kat Astro Prima. Tajuk dia Dayang Senandung. Haa, korang pernah tengok ke? Kalau tak pernah tengok, life kau mesti boringkan? HAHA. Memandai je aku. Eh, tak lawak pulak. HEH HEH. Dia pasal anak raja kena sumpah dan dia tak boleh bergaul dengan keturunan Raja. By the time, dia kena tinggal dekat hutan. Sumpahan dia tu tak menjadi. So, apa kena mengena cerita aku dengan tajuk entri ni? HAHAHA

Aku terfikir time aku tengah tengok cerita tu. Sebabkan cerita tu ada tari menari, ada orang bernyanyi. Well, that's a must in Classic movies, right. Cuma terfikir bila masyarakat zaman sekarang buat cerita-cerita macam tu, kenapa mesti ada " Muzikal " kat belakang tajuk dia. 

Exactly, what my point is cerita P.Ramlee dulu-dulu tu, takde pulak letak " Muzikal " kat belakang tajuk filem dia seingat aku. Baik filem atau teater. HAHA. Tak payah nak membongak dengan aku. Hidup mati aku hanya filem2 klasik. Aku taulah semua tajuk. Filem2 dia ada jugak menyanyi2 tu. Takde pulak jadi Madu 3 Muzikal ke Bujang Lapok the Muzikal ke. Takkan pernah ada. Orang sekarang je gatal2. HAHAHA. Ulat bulu banyak keh. 

Okeh! Setakat tu je aku nak bebel. Janji ada entry. HAHA.




Adiosa~~





p/s :: Tunggu entri jiwang aku balik aeh. Tu pun kalau ade yang nak bacalah .. HAHA

Tuesday, November 27, 2012

Ini aku . .

Salaam,

Pernahkah kalian mendengarkan pepatah ini, " My personality is who i am and my attitudes is based on who you are "???  HAHA. Tipulah kalau tak pernah. Tapi bukan ini yang aku nak cerita sebab semua tau maksud dia. Kalau taktau, hang blah sekarang. Jangan sampai aku lempang sekor2 kang. Garang nih. HAHAHA!

Rata-rata, Tanah Rata, Cameron Highlands. EH! Rupanya ramai lagi yang tak kenal aku sebenarnya. Aku ni tak sehebat orang lain. Aku cuma simple je. Bila orang keliling aku pakai benda branded-branded. Aku tak pernah iri hati. Selalu, aku cakap dalam hati sendiri," Bazirkan duit je beli benda-benda macam tuh" . Muhasabah diri la katakan. Munasarawak belum lagi. Mungkin lepas kahwin. HAHA. Merepek. Sambung balik !!

Aku ni baik pun tak, jahat pun tak. Kata orang, nakal sikit. HEHEH. Tapi nakal aku bertempat. Bukannye macam pelesit kat luar2 tuh. HOHO. Aku ni bukan jenis yang penyabar tapi aku sedang belajar untuk tahan marah aku. Aku kan panas orangnya. Bukan macam cerita Fantastic Four tu okay. HAHA. Saya suka pendam marah, dendam, masalah sampai benda tu buat saya jadi tak tentu arah. Eh, cop. Pesal pulak aku pakai saya ni. Klishe doh. HAHA

Aku hidup dengan bantuan MUZIK. Maksud aku, aku selalu release tension aku dengan dengarr lagu macam My Chemical Romance, Breaking Benjamin, 30Second To Mars. Yang paling baru jadi favourite aku Three Days Grace dengan CrossFade. Last2, aku tak suka dicop Playgirl walaupun kenyataannya macam tu. HAHA. Lebih suka, kalau orang kata aku peramah :) Ni, dengar lagu-lagu ni, kaji betul2 lirik dia. And you will know exactly who i am :D













Adiosa~~







p/s :: Aku rindu Aman :D

Aku dah berubah?

Salaam,

Jap, betul ke aku dah berubah? Perubahan yang macam mana tuh yang jadi kat aku. HAHA. Aku sekarang dah jadi Spiderwoman. HAHA. Tak percaya ke? Memang aku tipu pun. EKEKEKE. But, seriously, aku ade perubahan yang sangat besar. Aku mula jadi Ironwoman. Nanti sat-sat lagi, keluar filem aku. Hangpa semua jangan pergi tengok. HAHAHA. Merapu!

Okay, kali ni serious. Aku sedar yang diri aku ni memang ada perubahan. Dari segi tingkah laku mungkin. Yelah, kalau sikap pendendam dan cakap dengan binatang tu memang tak pernah berubahlah dari kecik. HAHAHA. Just, ape yang aku perasan. Aku dah mula cakap banyak, mula kongsi masalah dengan orang. Bukan ape, aku sebenarnya bukan jenis macam tu sebelum nih. Sebab aku tau kawan-kawan aku ade time senang je. Time susah semua lari. Bajet nampak hantu Gundorowo pulaks. HEH HEH.

Haa, lagi satu. Kalau dulu, aku aka observe sesuatu atau seseorang sebelum bercakap atau gunakan. Tapi sekarang, aku pakai boh je. Sampai ade yang pernah aku buat sakit hati kot. Maaflah, aku tak sedar apa yang aku buat. Aku bukannya seekor harimau yang membunuh mangsanya lalu menghapuskan bukti pembunuhan. HAHA. Tah apa benda bidalanlah aku bagi.

Yang last, aku selalu lupa dekat mana aku letak barang-barang aku. Kadang-kadang, letak handset kat sebelah je. Pastu mencari kedalam, keluar macam orang gila. HEHE. Baru petang tadi, aku keluarkan kad sim dari wallet aku. Pastu nak simpan balik. Aku boleh cari keliling dapur, dalam bilik. Rupanya, wallet aku tu letak dekat kusyen tempat aku duduk. Tak ke kurang waras namanya. Eh, ke aku ni dah jadi nenek? Jap, bila pulak aku ade cucu? Aiyookkk . HAHAHA. Bengong!!

Aku sedang melalui proses-proses short term memory. Aku tak kisah sangat pun kalau short term memory. Yang aku kisah, kalau aku kena long term memory. Time tu, entah-entah, aku lupa dengan kekanda Fahrin Ahmad. HAHAHA





Adiosa~~





p/s :: Cakap pasal Fahrin Ahmad. Semalam dia Retweet stat aku. WAHAHA, gigil kejap bhai .. untunglah, HAHA~~

Monday, November 26, 2012

Borak kosong #3 : Hidup ini bosan!

Salaam, 

Wah, tajuk entri aku macam mintak panggil Malaikat Izrail je. Banyak pahala dah ke? HAHA. Tapi bukan kematian ye masalah sekarang ni. Masalahnye hidup ni memang terlampau bosan. Itu untuk akulah. Orang lain aku taktau. Mungkin hidup diorang best sebab hari-hari menang motor. Pebenda merepek nih! HAHAHA.

Kan best kalau ade orang sayang kita. HAHA. Ada ke orang nak sayang aku nih. Kalau ada, aku kompom2 orang tuh dah sewel. Yelah, aku ni bukan baik pun. Ape je aku buat? Entah, haha. Tapi, aku suka tengok lelaki sakit hati dengan aku. Membalas dendam mungkin. Mana yang aku rasa ngam kawan dengan aku, takkan dapat ayat maut akulah. Cuma certain manusia je. HAHA. Nak tau?? HAHAHA. Perenggan baru. HEHEH

Macam biasalah. Aku buat lelaki tu suka atau sayang gila2 kat aku. And by one time, aku akan kata, " Maaf kita putus. Saya akan jadi tunangan orang hujung minggu ni". HAHAHA. Kejam gila khinzir aku nih. Aku taktau lah dah berapa kali aku bertunang. HEWHEW. Itu je yang mampu aku buat bila aku bosan. Well, skang aku single dan masih mengejar-ngejar sidia. :3 . Siapa?? Aman lah. Sedang buat reseach ni. Nak buat apa yang patut supaya dia balik kat aku. But, without shaman. Keja gila, be !

Bila aku dah buat Aman sayang balik kat aku. Aku akan buat balik benda yang sama tapi berbeza. Ayat aku hanya," Maaf, kita putus. Saya bakal jadi isteri orang tak lama lagi. Dan bakal suami saya ialah awak. Will you be my hubby?" . HEHEHE. Fuhh, rindu gila-gila zaman aku dengan dia. Berangan-angan sampai kahwin. Siap bahasakan parents kitorang mak ayah. Bajet macam jadi menantu family masing2 je. 

Mak ayah aku pun kenal dia sangat. Selalu jugak family aku pergi umah dia. Suka je aku tengok dia bergurau senda dengan family aku. Huh, baru hati aku ni tak kosong. Rindu nak dengar suara dia lagik. :'( .. HEH HEH. Dah ah. Tulis lebih2 kang, melalak pulak aku. Ni pun dah agak2 mendung je nih. KIHKIHKIH.





Adiosa~~






p/s :: Aman, dengar lagu ni --> Shae - Sayang .. gdday

Borak kosong #2

Salaam,

Huh, penatnya aku. 3 hari dekat rumah Aman sebab akak dia bertunang. Alaa, encik Imam saya yang tak jadi tu. HUHU. Ape yang aku buat? Basuh pinggan mangkuk. Tolong angkat periuk, kuali. Tapiskan sirap gula. Fuhh, letih seh. Tapi, ape yang aku buat, aku buat dengan sepenuh hati sebab tu rumah mak mentua tak jadi aku jugak. HAHA. Dapatlah Mak Tam bagi 50 hengget. HAHA. Orang bagi sebat jelah. 

Yang aku taktahan tu, pasal makcik aku. Yang tolong aku masuk UIA tu. Aku buat keja dah separuh mati. Dia boleh pulak buat muka sengal dia. Kisahnya, pagi semalamlah. Aku sambung tido balik. Yelah, sebab aku buat keja sampai pagi kut. Padahal dia pukul 11 ke pukul 12 dah membongkang dah dalam bilik tuh. Dia datang kat aku, dia pukul pastu kata pemalas punya anak dara. Orang kat luar dah sibuk mengemas, dia sedap tido dalam bilik lagi. Kebetulan, mak Tam dengan Atuk Busu ada dalam bilik tuh. Hapelagi, depa dua backup aku. Makcik aku kena boh sampai terdiam. Tula orang buat keja, hang tak tengok. Padan muka. HAHA

Well, aku dengan Aman? Macam biasalah kitorang. Buat macam takde pape je. Dia ada jugak tegur2 aku. Tapi aku buat taktau je. HAHA. Akukan hati batu, mane boleh lemah dengan dia. Walaupun dalam hati aku ni, dupdapdupdap je bila dia ada dekat dengan aku. Aku tetap kuatkan semangat. Kekejaman ye disitu. HAHA. Bukan ape, cuma nak dia tegur aku sebagai seseorang yang dia sayang dan bukan sebagai musuh dia. Siapa boleh tolong rapatkan semula jurang yang ada nih?? HEHE. Hampa suma baik kan :D




Adiosa~~





p/s :: Sampaikanlah salam rindu aku ini buatnya, Ya Allah <3  ( Playing Dilamun Rindu by Qalam Band )

Thursday, November 22, 2012

Borak kosong #1

Salaam,

Haa, mulai dari entri ni dan jugak hari ni. Aku akan start borak kosong ni. Bukan apa-apa. Cuma sebagai tempat untuk meluahkan segala apa yang jadi dalam hidup aku. About problems. HAHA. Aku ni nama je ada kawan tapi sorang pun tak mau nak dengar masalah aku. Well, ade jugak la yang nak dengar tapi aku tak percaya dengan diorang. Aku tau perangainya so sorry dude.

So, here I go. Pagi tadi, around 8 pagi kut. Macam biasa, aku masih lagi dikatil. Tah ape punya anak daralah. Bangun lambat-lambat. HEHE. Aku dengar mak bapak aku bergaduh. HAHA. Aku pun ape lagi. Tarik bantal, pakat tutup telinga. Tapi dalam hati ni, Tuhan aje yang tau. Tanpa aku sedar, aku menangis time tuh. HAHA. Tapi, takpe. Aku anak yang kuatkan. Tak bolehla menangis. HEHE. Kena kuat :)

Semalam pulak, aku mesej si Solihin. Mesej-mesej je ngan dia. Pastu dia hantar mesej bapak gila panjang. Dia kata kalau aku taknak mesej dengan dia, takpayah mesej sebab buat sakit hati je nanti. Dia kata lagi susah sangat nak mesej dengan aku macam dulu. Memanglah susah. Aku dah tentu2 pemalas nak menopupkan sim aku. Bahasa Melayu aku hancur. Tssk! HAHA. Tapi tak sangkalah dia boleh kata macam tu. Mungkin dia dah berubah kot sebab dia dah pergi GYM. Tak lama lagikan dia bakal jadi hensem. HAHA. Kenalah cari pompuan lawa lagi kan.

Tapi, aku tak kisah sebab aku berjaya pujuk dia untuk ubah diri dia. Kalau aku tinggalkan dia ke dia tinggalkan aku ke. Aku takdelah susah hati sebab dia akan jadi kegilaan aweks2 yang pfft. HAHA. Seriously, aku tak kisahlah mana-mana lelaki pun nak tinggalkan aku. Tak terkesan sikit pun kat hati ni. Asalkan Kanda Fahrin Ahmad aku tak tinggalkan aku. HAHA. Tetap je dengan dunia dongeng aku. HAHA.

Last thing nak borak-borak ni. Sejak, dua menjak, tiga menjak ni. Selalu je kena sakit dada. Sekarang pun tengah sakit ni. Kadang-kadang aku pun takut sebab aku baca article tentang tanda-tanda awal serangan jantung. Pergh, ada banyak yang mengena tu. HAHA. Nak buat check-up, memang takkanlah. Aku paling benci doktor. Doktor Panji tu dikecualikan. HEHE. Harap-harap takde apa2 lah. Tapi, kalau betul pun takpe. Bukannye ada orang sayang kat aku pun. Kan kan kan???




Adiosa~~





p/s :: Aku nak pendrive pakai di tangan. Tolong beli online, please !!

Tuesday, November 20, 2012

Favicon menjadi !

Salaam,

Hai hai hoi. Tak jawab jadi ikan kaloi. Okeh tak pantun ahkak yang cam hampeh tuh. Tak okeh? Eee, bencinye kat awak. Okay paham. Gediks terlebih. HEHEH. Entri ni cuma nak bagitau yang favicon aku menjadi. HAHA.

Cuba cek dekat bahagian tab atas tu. Tapi tengok tab aku je. Lain takpayah sibuk. Aku ingat tak jadi. Sebab haritu, buat dia keluar favicon blog punye. Alaa, yang huruf B tu. So, aku pun putus asa lah nak buat favicon baru. Aku pakai gambar ni je ::



Aku makin suka pulak dengan watak ni. Banyak dah gambar dia dalam laptop aku. Huh, kejutan budaya betul. Tah siapalah yang kenalkan aku dengan Harley Quinn ni kan?? HAHA.





Adiosa~~






p/s :: Noticed yang aku sengaja rapatkan perkataan. So, jangan dipersoalkan sama ada ianya typo atau bukan. I don't care !!

Saya wanita Normal

Salaam,


Entri aku hari ni takde kena mengena dengan tajuk. Harap maklum. Kachaa!! HAHA


Gambar ehsan, google!


Hari ni, disebabkan aku merasa amat bohsan sangat-sangat. Bohsan ye bukan bohjan. HEHEH. Dan kebetulan, family aku pergi tukar minyak hitam kereta sekali ke shopping. Dikirimkan olehku barang-barang yang untuk dibuat kek batiknya pun. Paham kaa? HAHA.

Actually, aku ni takdelah pandai sangat nak memasak ni. Cuma tangan ni gatal-gatal nak cuba. First time, aku buat kek ni waktu form 3 ke form 4. Time tu, kek batik aku memang jadi tapi masyaAllah. Manis bebenau macam si pembuatnya. EKEKE. Perahsan pulak. Second attempt iaitu hari ini. Alhamdulillah, jadi jugak. Rasa manisnya sesedap rasa. Yang spoil tu, boleh jadi keras pulak kek tu. HAHAHA. Takpa, practice makes perfect. HEHE. Sengih kerang busuk.

Bukan tu je. Minggu ni taktau apa rasuk aku. Tetiba terasa macam nak jadi wanita melayu terakhir. HAHA. Pelik ke aku tulis? Yelah, maksud aku terasa nak memasak. Fuhh, perlu kesabaran tahap dewa bila tiba nak memasak. Nasib lauk aku semua menjadi. HAHAHA.

First lauk aku masak ::


Ikan singgang. Haa, ingat aku tak reti ke? HAHA. Yang paling senang aku masak rasanya. Masuk je semua benda dalam satu periuk. Tunggu mendidih dulu. Tapi yang membezakan, aku goreng ikan tu dulu dan aku tumis bahan dia kasi wangi dulu. Barulah umpph. HAHAHA. Dah macam iklan teh boh daa. HEH.

Yang kedua, aku masak ::


Bendi goreng. Masak ni agak leceh la sebabnya bendi tu. Sape penah buat tau la pasal apa. HEHE. Bendi ni pun masak sebab tergerak hati je. Kalau tak, memang tunggu mak aku jelah yang masakkan. HEHEH.

Yang last, aku try buat ::



Haa, masak asam pedas. Actually, bukan pakai ikan pari macam gambar ni. Aku pakai ikan selar. Well, hopefully betullah nama ikan tu ikan selar. Sebab aku ni jenis tak kenal nama ikan. Pakat masak je. First attempt nih. Bersungguh-sungguh dok dapur siang ikan bagai. HAHA. So far, comments family aku, sedaplah jugak. HAHA. Pedas tu adatlah katanya. Tak sia-sia dok dapur. Apa yang ada kat dapur tu aku pakat boh je dalam kuah tu.

Well, experiencing what all women have to do. HEHE. Bapak aku sedap je kata, " Haa, tau pun masak tapi pemalas." HAHA. Tapi puas hati jugakla. Boleh masak sikit-sikit. Kau hado?? HAHA. Bangga kejap. Pasni nak try masak benda susah pulak. Masak ape? Kepala beruk masak 3 rasa ke biawak goreng masam manis ke. HAHAHA. Gurau seh. Nak try buat Masak Lemak Cili Api. Orang nogori kalau tak pandai buat masak lemak ni,  memang takpayah jadi orang nogori lah. HAHAHA.




Adiosa~~






p/s :: Tiap kali aku masak, mesti bapak aku kata, " Ehh, sedaplah. Dah boleh kahwin dah ni." HAHA. Jauh lagi perjalanannya, pak. HEHE. Gambar semua ehsan google ye

Brave

Salaam,

Haa, apesal tetiba tajuk aku Brave lak? Aku nak jadi superhero ke kena ada Brave bagai. HAHA. Ini movie okay. Actually, movie animasi. Eh, lantaklah. Pixar punye. Best gila kot.



Well, sedikit sebanyak aku nampak diri aku dalam cerita ni. Tapi bezanya jauh sekali. HEHE. Yang belum tengok tu. Ce usha sikit trailer dia dalam Youtube. Takkan tak reti kut. HAHA. Meh, ahkak ajarkan siapa yang cakap tak reti tadi tu. 

Filem animasi kedua yang buat aku sebak lepas cerita Madagascar 3. What the???? Tengok cartoon pun menangis kaa? HAHA. Aku kan pelik. Tengok cerita melayu tak feeling seteruk ni pun. HOHO.

Cerita ni pasal kekeluargaan. Mak nye suruh dia jadi Puteri Raja yang penuh adab sopan tapi dia taknak. Having a little fight. Dia jumpa ahli sihir, sebab nak suruh mak dia berubah. Except that, mak dia. Berubah memang berubah tapi dia berubah jadi beruang. So, last sekali dia cuba nak tukar mak dia balik. Berjaya ke tak, hangpa tengok la sendiri. MUAHAHA.





Adiosa~~





p/s :: craving for Domino Pizza. Sape baek, mintak belanje sepapan. HAHA. Ingat petai ke pakai papan. Grrrr! - HQ -

Monday, November 19, 2012

Dia untuk aku ke ?

Salaam,

Haa, kenapa ye sekarang aku terasa hati bila dia marah dengan aku? HAHA. Tau sebab ape? Selama ni, dia message aku. Aku tak reply. Aku selalu off telefon. Aku selalu cakap takde kredit padahal ade je. HEHE. Mesti korang kata kejam kan? Aku dah agak korang fikir macam tu punye. Eh, aku bukan kejam okay. Aku cuma sedang menguji. Kalau betul dia sayang aku, serius dengan aku. Dia akan sabar. Alhamdulillah, dia memang sabar. 

Guess what? Selama setahun lebih kitorang berkawan. Aku cuba elakkan diri aku dari jatuh hati dengan dia. Allah membantu aku. Dia selalu cakap die suka aku. Aku cuma ucap terima kasih je. HAHA. Tapi, perasaan aku diuji oleh Allah. Dia email kan lagu yang dia nyanyi sendiri. Saat terakhir dari ST12. Kebetulan, itu lagu favourite aku all time. Kau tau apa jadi dengan aku. HAHAHA. Nak tau ke?? HEHE. Well, time tu aku rasa sebak gila. HEHE. Entah, aku taktau la perasaan aku macam mana time tu. Allah je yang faham.

Tau tak? Taktau kan? HAHA. Dia sangat sabar dengan aku. Selalu jugak aku marah dia, ngajuk dengan dia. Tapi dia tetap sabar dengan perangai aku. Dia pernah cakap, kalau orang lain dia dah tinggalkan tapi dengan aku dia kalah. Dia pun sedang merubah diri dia untuk aku. Ehem, bukan aku yang suruh ye tapi dia sendiri yang nak ubah. Exclusive untuk aku. Apakah itu?? HAHA. Kita pikiaQ la sama-sama.

Nak tanya ni, serius ke seorang lelaki itu dengan kita bila dia mula kenalkan semua ahli keluarga dia pada kita? Bila dia mula ubah diri dia hanya untuk kita? Bila dia nak suruh kita on phone dengan ibu dia? HAHAHA. Banyak persoalan yang takde jawapan ni. HEHE. Oh God! 

Tapi, ade hal yang buat aku yakin yang dia betul-betul serius dengan aku. Satu, dia pernah ajak aku kahwin. Aku buatla macam main-main. Pastu dia marah aku, dia kata, hal kahwin ni boleh buat main-main ke? HEHE. Yang kedua, dia ada kata kalau umur dia 26 atau 27, dia akan suruh ibu dia datang merisik aku. Itupun kalau aku takde sesape lagi.

HAHA. Aku taktau lah ape benda yang aku cari dalam diri dia, dalam diri aku. Orang yang tau menghargai aku apa adanya aku, aku buat taktau je. Tapi aku masih cari-cari lagi orang lain. Well, i think i've to agree with you guys. Aku kejam. BAHAHAHA. Gelak jahat kejap. 

Takpelah, kalau aku takde perasaan ape-ape pun kat dia sekarang. Aku yakin yang Allah akan tiupkan rasa kasih dan sayang tu dalam hati aku untuk dia. InsyaAllah, kalau jodoh aku dengan dialah. HEHE. Tapi, bestfriend ganu aku tu, nak tengok aku kahwin dengan dia. Ada jodoh nanti, adalah rezeki kau tengok aku dengan dia. Kalian juga. HEHE.




" Dia seorang lelaki yang penuh dengan sabar, jujur, hormat akan orang tuanya, tegas akan adik-adiknya, bertanggungjawab, InsyaAllah. "  - Solihin+Suraya -  HEH HEH!





Adiosa~~





p/s :: Doakan SS yer , HAHA !!

Sunday, November 18, 2012

Kau suka apa?

Salaam,

Alhamdulillah, seminggu berlalu. Think am healthy enough. Kut. HEHE. Kenapa aku cakap macam tuh? Well, I was admitted to Hospital. Masalah kesihatan dirahsiakan. HAHA. Hanya bertemankan laptop dan blog sahaja. Tidak jadi ke UIA, ke hospital lah pulak. Eii, benci pulak kita rasa!! HEH HEH. Gedik aih. Dapatlah jugak aku merasa ketenangan hidup seketika daripada semua hal. Friends, strangers etc. Mula menghargai kehidupan tanpa bunyi bising handphone. Wallawey, best gilak!! HAHA.

Balik pada tajuk entri hari ni. Aku tiba-tiba teringat situasi bila aku mula menentukan hala tuju hidup aku. Exactly, happened last year. Semua tanya, " Su minat apa? Kalau tau minat apa, senang nak apply Universiti nanti."

HAHA. Satu je jawapan yang terpacul dari mulut aku ni. " Cikgu ". Haa, cita-cita masa kecik bhai. Kau hado??  Tapi, cikgu tu sebagai perisai je. Ceh, perisai. HAHA. Aku lupa perkataan sesuai dia. Haish. Sebenarnya, aku minat sangat-sangat nak jadi photographer. A nature photographer actually.

Pernah jugak dulu-dulu aku bagitau mak aku yang aku nak amik course nih kalau habis sekolah nanti. Tapi, mak aku bantah terus. Tak main delay flight macam selalu dah. Pakai flight cargo agaknye. HAHA. Terus berkubur cita-cita aku tuh. Actually, takdelah berkubur mane pun. Tak sampai 7 kaki pun. Sekaki je pun. Kena hujan, timbul balik mayat tuh. Ehh, pekehal mayat pulak. Cita2 aku la. Senget! HEHEH.

Aku cuba main-main dengan handset aku. Almaklumlah, handset ade kamera. Berlagak, HEH. Aku download picture effect kat handphone android mak aku. Habis dah dia punya memory. Shh, diam-diam tau. Rahsia kita-kita aje. HAHA. Rahsiala sangat. Then, aku start pakai camera digital samsung. Beginner cam aku okaylah. HAHAHA. 

Tapi sekarang aku nak upgrade dah. HEHE. Sedang pakat dengan adik aku. Kumpul duit sama-sama nak beli camera DSLR. Yang ni pun cun gak ::



Ehh, jap. Kalau aku mintak buat hantaran cun tak?? Ke okay je? HAHA. Kopak bhai sape yang kawen dengan aku nanti. Tapi, takpe. Barang hantaran mahal takpe. Janji mahar aku nanti, murah jeee. HAHAHA.





Adiosa~~





p/s :: Tengah dengar lagu lama sambil taip --> Move Along - All American Rejects

Saturday, November 17, 2012

And they live happily ever after ..

Salaam,

Baru habis tengok cerita Mann. Terus buat entri. HAHA. Walaupun lebih 10 kali aku tengok cerita ni. Tetap aku nak melalak setengah mati. HEH. Tapi, ahbang kenalah control macho. Tak bolehlah nak melalak macam orang gila. Err, abang??? HAHAHA. Tak kenal jantina lagi aku nih.

Gabungan yang sangat best antara Aamir Khan dengan Manisha Koirala. Betul ke nama heroin ni. HEHE. Guess what? Cerita aku pun macam ni jugak dulu. HAHA. Mesti hangpa tak caya kan. Cuma ending je yang beza. Kalau dalam cerita ni, Dev dengan Priya kahwin last sekali. Dev tetap terima Priya walaupun die cacat. True love story, huh!

Lain dengan aku, daripada kawan. Kitorang jadi best friend. Kononnye, takmau nak heart feelinglah time tuh. Selang berapa tahun kawan. Wujud pulak perahsaan tu antara satu sama lain. Confessed sama-sama. Tak sangka kitorang ada perasaan yang sama antara satu sama lain time tu. So, kami on-the-go la. Memang target nak sampai kahwin kot. Sebab mak bapak kitorang dah suka kitorang. 

Tetapi, kita merancang, Allah menentukan. Cinta kitorang putus ditengah jalan. Well, he died. Punca kematian dirahsiakan. Agak terkilan dengan semua ni. Tapi nak buat camana. Life must go on, right? Lama jugaklah aku mourning untuk dia. Lepas berapa tahun, aku cuba bukak pintu hati ni untuk terima orang lain. Banyak aku couple tapi sorang pun tak mampu jaga aku macam dia.

Suatu saat, aku frust. Aku terus tutup pintu hati aku. Aku terus tak percaya dengan couple. Even aku taknak wujudkan perkataan tu dalam hidup aku. Sekarang, aku cuma menunggu lelaki yang betul2 boleh ambik hati aku macam dia buat dulu. Lelaki yang boleh sayang aku, jaga aku macam arwah dulu. HAHA. Sebak plak tetiba, senget betul aku ni. Hallamak.






Adiosa~~





p/s :: HEHEHEHE

Friday, November 16, 2012

Aku nak tengok movie ni !

Salaam,

Hallamak, nak buat intro tapi aku takde idea meh. Idea tu banyak sampai tak boleh nak pilih. Bila taktau nak pilih teruslah idea tu hilang. HAHA. Aku tengah merapu pebenda nih. Grr! Okay, back to the topic. Ade 3 movie yang aku nak tengok sangat-sangat. Siapa nak bawak aku pegi tengok wayang. Angkat kening :D . Eh, jap. Aku ajak awek-awek je. Yang pakwe-pakwe tu bolehlah blah skang. HEH HEH. 


Movie pertama yang aku nak tengok ni Battleship. Ape yang aku tau, cerita Battleship ni pasal peperangan antara manusia dengan robot. Robot pun ala-ala cerita Transformers tu. HAHA. Kira okaylah lawan dengan robot daripada tengok cerita Ultraman berlawan dengan Hantu kak Limah. Huh, ade aku kesah. HAHA. Aku pun taktau apa benda yang merasuk aku sekarang nih. Dulu aku tak suka gila tengok cerita genre macam ni tapi sekarang, naik penuh laptop aku cerita perang-perang. HEHEH.

Yang kedua, aku nak tengok The Avengers. Hoyeh. Siapa peminat comic Marvel. Haa, semua watak dalam tu. Diantaranya, The Hulk, Ironman, Blackwidow, Hawkeye, Captain America etc. Sebenarnya, aku nak tengok Chris Evans je. Huh, dia watak ape?? Apelah, watak Captain America la bhai. HAHA. Comel tahap ice cube. Brrzz. 



Next, aku nak tengok cerita The Hunger Game. Yang ni pulak, dia ala-ala amazing race la. Tapi, Amazing race yang tahap membunuh. Dalam cerita ni, dia akan pilih 2 orang secara undian dari 12 daerah. Eh, tak, dia macam cabut nama. Alaa, macam cabutan bertuah tu. HAHA. Bertuahlah sangat. Siap masuk tv okay. Macam acara tahunan diorang. Nasib baik takde acara ni kat Malaysia. Kalau ada aku rasa, semua mengaku tua bangka dah. HEH HEH.


Last movie is Sinister. Haa, penah dengar tak weh. Ni genre seram. Director Paranormal Activity. Siapa yang follow movie PA tu tau lah. Sinister ni pulak kisahnya, seorang novelist yang mengkaji kisah pembunuhan dekat rumah yang dia duduk sekarang. Tengok trailer pun dah takut aku. Dup dap dup dap je jantung ni. HEHEH. Hantu dia pun agak creepy jugakla muka dia. HAHA. Lots of screaming, i guess. 


Tengok balik movie-movie ni, aku semakin pelik dengan diri sendiri. Kalau setakat seram tu okay lagi sebab hanya cerita hantu barat je yang aku agak teruja nak tengok. Tak macam filem Melayu. Hantu yang sama diguna pakai dalam semua cerita. Kadang-kadang naik kenal dah muka dia. HEHEH. Haa, aku suka tengok cerita perang, bunuh-bunuh, bloods. Takut pulak dengan diri sendiri. 


Nak buat camana, dah itu aku. Bak kata So7. Mesti korang kata, kan dah boleh download semua cerita-cerita tu. Dan aku kata, memangla boleh. Tapi mendownload memerlukan kesabaran tahap dewa, kau tau. Aku tak mampu (T_T). Takpelah, kedekut nak belanja. Aku usahakan jugak downloadnye. Ngajuk. Nak pegi KB Mall. Ehh!!





Adiosa~~





p/s :: " Once you see him, nothing can save you " - Sinister :)

Thursday, November 15, 2012

1434 Masihi

Salaam,

Hey everyone. How is it going today?? Ouh, selamat tahun baru semua! Eh, lambat lagi 1 Januari 2013. Haa, tu je lah tahun baru kau ye, cik Kiah. Ini Tahun Baru Hijrah. We have landed in 1434 Masihi. Tahun baru, azam baru, pakwe baru. Ehh?? HAHA. No more boys, okay. Kita playin it cool, okay! 

Alhamdulillah, masih lagi Allah panjangkan umur kita semua untuk menempuh hari-hari di Tahun baru ni. As for me, azam aku untuk kali ni, aku nak lupakan semua kisah silam aku. Eh, bukan semua. Kang aku jadi lupa ingatan pulak. Tapi takpelah dari lupa daratan. HEH HEH. Okay, pfft, tak lawak. 

As i've been observe, rakyat Malaysia menyambut dengan penuh sederhana dan gembira tahun Masihi ni. Tapi, kita pun kena jugak alert ape yang jadi hari ni. Taktau?? Takpe, aku paham korang memang sibuk. Erh, busy la sangat!! Well, today the Israel has launch a war upon Gaza. Dude, it was horrible for them. Ingat ini :: 13 killed and 120 injured in 90 raids on Gaza ::












Ape yang kita boleh buat hanya berdoa dan berdoa. It will means a lot for them. Nak suruh korang pergi sana, berperang sama memang takdelah nampaknye. Addition, buatlah solat hajat kalau boleh. **sambil angkat2 kening ala-ala The Rock**.


Care what this picture means to you ???





Adiosa~~










p/s ::


Wednesday, November 14, 2012

Sweet Loving Couple

Salaam,

Semalam, 14 Nov, aku pergi wedding cousin aku. Tengah dok lepak-lepak dengan sepupu sepapat aku. Okeh, tipu. Lepak dengan adik aku je sambil mengutuk-ngutuk orang yang datang. HAHA. Perangai buruk sehh. Jangan ikut ye, monyet-monyet sekalian. Smileeeeee.

Mata aku tertarik dengan sepasang couple ni. Mereka sangat sweet. Eh, cop. Entri ni bukan untuk couple yang taktau halal haram tuh ye. Tapi entri ini hanya untuk couple yang telah pun halal. Dan mungkin untuk 70 tahun atau lebih. See what I mean? Mereka adalah pasangan warga emas yang mungkin boleh aku jadikan contoh. God knows. HEHE.

Back to their story, aku tengah rilek-rilek usha abang-abang yang duk kemas meja tu. Biasalah, manusia macam aku yang takde kejakan. Takde keja la sangat. HAHA. Aku terpandang la depa. Boleh panggil atuk dengan nenek aku rasa. Because they was too old, dude.

Si isteri sedang menyenduk nasi dengan lauk-lauk semua. Si suami follow dari belakang. Laki dia nampak slow sikit nak bergerak. I don't know. Pastu tengok, diorang pergi cari tempat duduk. Later, aku perasan yang si isteri pergi ambik nasi dengan lauk lagi. Aku tengok pelik. Aku usha baik punye lagi sekali. Okeh, tadi untuk suami dia, lepas tu baru dia punya.

Tengok, sebab ape aku kata diorang couple sweet. Sebab si isteri tu mendahulukan si suami. Wahh, dapat pahala dah tang tu. Aku tak nampak pun wajah masam di muka dia. Hanya senyuman yang aku nampak. Walaupun dua-dua nampak agak dah uzur but yeah, they still husband and wife and still perform their duties towards each other. 
Well, just hope that I and my future husband will be like them. Ameen. InsyaAllah. (^_^)







Adiosa~~





p/s :: May God bless them till Jannah :D

Australia !!

Salaam,

Hiyaa peeps. Now, today's entry is going to be a place where I really want to visit before I die. Guess where?? Australia. HAHA. Mesti korang tau sebab aku dah tulis nama tempat sebagai tajuk entry nih. NOOB!



Okay, sejak aku kecil lagi aku teringin sangat nak dapatkan dua benda ni. Pertama, nak jadi cikgu sekolah dan kedua, aku nak melancong ke Aussie. Mungkin tinggal disana. HEHEH. Angan-angan tinggi Menara KL nun. HAHA. Just so you know, aku memang minat sangat nak bermastautin kat sana sebab Australia ada tempat-tempat yang teramat cantik dan sangat menenangkan. Sesuai untuk gadis-gadis yang selalu jiwa kacau macam aku ni. Eh, aku gadis ke? Ingat teruna. HEH HEH.

So, before that, let me introduce to ya three little cute animals that famous in Aussie.

Le kanggaroos

Le koala

Le Tasmanian devil


Aku bukan pandai sangat bab-bab nak jadi tour guide korang. Cuba pujuk encik google untuk bawak korang explore satu Aussie. Kenyit mata sambil buat muka comel Puss in Boots, mesti dia bawak punya lah. HAHA. Korang buat macam ni, taktau aku nak panggil hangpa apa. KEHKEH. Ni bawah ni aku letak gambar yang aku nak pergi sangat-sangat kalau aku dah ada dekat Australia nanti. Kasi satu LOVE . HAHA.


Ini adalah Sydney Opera House. Situated in Sydney of course.
Aku suka tengok bentuk binaan dia. Sangat cantik. 


Ini pulak Whitehaven Beach. 
Tempat yang paling comel sangat-sangat.
Sesuai untuk bulan madu aku dengan Kanda aku, Fahrin Ahmad.
HAHA.


This is Kakado's National Park. Allocated in Darwin.
Makcik aku duduk kat Darwin. HEHE. So, kat sini banyak haiwan liar. 
Crocs, eagles, horses, dingoes etc.
And Kakadu's waterfall was so amazed me. Check out :
|
|
V



Last but not least, antara negara-negara di Australia. Aku paling suka dengan Perth sebab bandar dia tak crowded sangat. Perth ada banyak tempat-tempat yang cun gegiler. Gegirl pun tak gila macam tu. Erh, pelik. HEH. Banyak green scenery dekat Perth yang kita taktau. Aku perli bhai. HAHA. Google them, okay. 


That's all, folks.





Adiosa~~





p/s :: Kanda Fahrin jangan risau ye. Walaupun Kanda dah 33 tahun. Dinda tetap sayangkan Kanda. Cuit2 sikit. HEH HEH. Kalau Fahrin Ahmad baca blog aku. Mampus kena saman, HAHAHAHA. 

Tuesday, November 13, 2012

Surat cinta untuk bakal suamiku

Salaam,

Okay, readers. Kalau adelah, HEHE. Kali ni aku akan cuba menjadi lain sikit. Apa yang lainnya?? Nak jadi seorang manusia jiwang yang amat melampau, boleh?? HAHA. Now, dimm your light. Light a candle if possible. Dah macam tak bayar bill electricity dah aku baca. HAHA. Now, pasang lagu yang korang rasa paling jiwang yang pernah korang dengar. Untuk aku, aku tengah pasang Down by Jason Walker , Lost then Found by One Republic ft Leona Lewis , Holding On Letting Go by Ross Copperman. This going to be a long entry okay :D
Here we go!!



BismillahirAhmaniRahim...

Apa khabar wahai bakal suamiku. Awak sihat tak harini? Saya harap awak sedang bahagia dengan family awak dan juga bakal keluarga saya suatu hari nanti. Saya harap kehadiran surat ini takkan mengganggu aktiviti seharian awak. Bukan selalu saya nak jadi jiwang untuk someone. Saya selalu tunggu kehadiran awak dalam hidup saya selama ni. InsyaAllah, dengan berkat kesabaran saya serta doa yang tak putus untuk saya dan awak. Saya yakin yang kita akan bersama suatu hari nanti.

Saya nak minta maaf dekat awak sangat-sangat sebab saya selalu sangat curang dengan awak. Saya selalu couple dengan orang lain. Walaupun saya tau yang dia bukan nak kat saya. Saya sayangkan orang lain lebih dari saya sayangkan awak. Saya mengaku khilaf saya dan saya minta maaf sangat-sangat sebab saya takboleh sabar menunggu awak hadir dalam kehidupan saya.

Tapi sekarang, baru saya sedar. Sebenarnya, saya cuma takboleh hidup seorang diri. Saya tak boleh berdiri dan berjalan sendiri tanpa sesiapa disisi saya. Dan sekarang, saya tak percaya dengan budaya coupling dan bercinta sebelum kahwin. Saya semakin yakin dengan jodoh yang telah dikirimkan oleh Allah untuk saya iaitu awak, bakal suamiku.

Saya juga dah tetapkan prinsip hidup saya bahawa saya takkan terima mana-mana lelaki yang sudah bercouple dengan saya, yang pernah menatap wajah saya, yang selalu panggil saya cantik, manja, comel dan lain-lain. Sebab saya terfikir, kalau dia boleh cakap macam-macam kat saya, dia pun mesti boleh cakap macam-macam dekat perempuan lain. Sekarang, saya cuma percaya dengan jodoh yang Allah akan turunkan kepada saya.

Wahai zaujku, saya harap kita akan dipertemukan dengan cepat oleh Allah. Mungkin dengan cara yang tak pernah kita duga. Saya akan tetap tunggu awak datang dan mengambil saya dari tangan kedua ibubapa saya. Saya juga berharap agar awak dapat bimbing saya dan sayangi saya apa adanya saya sampai Jannatul Firdaus. 

Apa yang saya nak dari awak, saya cuma nak seorang lelaki yang baik dan hormat kepada wanitanya, seorang suami untuk tempat saya bermanja, seorang kekasih di saat suka dan duka, seorang sahabat pabila masalah datang menimpa dan juga seorang bapa kepada anak-anak kita nanti. Saya juga berharap yang awak mampu memimpin keluarga kita nanti dijalan yang diredhai Allah. Harap permintaan saya ni tak terlalu berat bagi awak ye.

Sampai disini warkah ini ditulis buat bakal calon suamiku. Semoga surat ini mampu memberi petunjuk tentang masa depan yang bakal kita tempuhi bersama. Sekian~~~



Yang setia menunggu ,

Bakal isterimu :)



Adiosa~~




p/s :: Ikhlas dari aku. Takboleh jadi jiwang lah. Bukan jiwa aku. HAHA!!

Aku dan Fahrin Ahmad

Salaam,

Hari ni aku nak bercerita tentang aku dan Fahrin Ahmad. Siapa yang tak kenal dengan bakal laki aku tu. HAHA. Bukan nak menipu ke nak buat cerita gebang2 ke. Ini cerita ikhlas dari hati seekor monyet yang sangat suka perasan sengsorang. Waaa, sampai hati kau kak Jemah, samakan aku dengan monyet. At least, samakanlah aku dengan benda comel cam kucen ke. Dehell, sama je dua2 hewan. Senget!!

Ni I letak gambar husband-to-be I. Gediks yang terlampau. Ada I kesah. *berlalu pergi sambil buat muka dafuq!! Grrr. Ada yang kenal, ada yang  tak. So, buat yang tak kenal. Aku nak tanya awat hang tak kenal dia. Apakah dia tak cukup warganegara untuk dikenali. Takkan nak kena jadi warga Singapura. Hah, kau pe kes?? HAHA. Budak gila jadi emo tetiba. Ni gambar dia <3



Sampai hati kanda tak pakai baju spiderman yang dinda beli
(T_T) Ngajukk ~~


Dipendekkan cerita, aku ni memang admirer gile-gile mati dengan Fahrin Ahmad. Bukan sebab dia kacak, macho dan comel. Aku ulang, bukan sebab kacak, macho dan comel. Okey, ulang sekali je. Malas nak taip bebanyak. HAHA. Tapi aku suka cara dia berlakon. He look so real in every of his character. Kita boleh kenal dia dari lakonannya. Untuk akulah. Orang lain suma pakat2 pi layan Ongbak Rindu punya hero tu. Syuhh~~ . HEH HEH. Aku start " jatuh hati " dengan personaliti dia dari cerita Seindah Gurun Sahara. Ehh, silap tajuk meyh, Gurun Sahara tu Mega punya. Ada betul kaa?? Kasi hangguk satu kali la. HAHA. Seindah Sakura. He's so cute jadi cikgu. Homaigadd, aku baru puji dia kaa?? Satu kali kiss jugaa. Okey, berangan.

Okey, bila kanda kerja navi ni. Haritu kandakan cikgu
Tipu dinda aeh. Ngajuk lagi~~ :'(


Setiap kali, mak aku tanya pasal pakwe, mesej dengan siapa, chat dengan siapa sampai senyum sorang-sorang macam sewel tahap babun. Aku jawab dengan muka takde perahsaan ditambah dengan riak serta angkuh, FAHRIN AHMAD. Kalau ade power, mau mak aku cakar muka aku pakai kuku Wolverine. HAHAHA. Agak annoying jugak la sebab apa yang aku buat dan orang tanya, aku pakai nama Kanda I jer. Sukahati gua la. Gua punya suka, bukan kelam pun. Paham kaa?? HAHAHAHA


Nak pujuk dinda lettew~


HAHA. Wanna hear mah husband-to-be singing. Press play la doh kat video ehsan youtube diatas. Takpe Kanda, walaupun suara Kanda tak berapa nak sedap sangat. Dinda sedia pekakkan telinga dengar Kanda menyanyi. HIHI. Gelak mintak sepak, sedekah sorang satu sekarang. HAHA. Last ni, banyak story pasal dia ni. Kalau tak stop, mungkin bakal ada part 2, 3 dan seterusnya. HEH HEH. Last, mak aku selalu menafikan kemalasan aku kat rumah. Suruh masak, aku kata nanti jap. Suruh kemas rumah, aku kata nanti jap. Sampai satu saat, mak aku kata, Nanti jap, nanti jap .. entah siapalah laki kau nanti. Dengan muka sadis, aku kata," Fahrin Ahmad la. Aritukan dia dah datang meminang". Mak aku diam. Mungkin memikirkan cara untuk balas dendam dengan jawapan aku.

HAHA. Well, that all about aku dan Fahrin Ahmad. The type of man that i've been waiting in my whole life. Not falling for him but fall for his personality. Kalaulah, dia bukan pelakon fofular, nak je aku kata, " Fahrin Ahmad, will you be my Imam?" Kasi kenyit mata satu kali terus dia angguk tanda protes. Takde kena-mengena. HAHAHA. Btw, Dinda masih merajuk dengan Kanda. Bila nak pujuk Dinda?????


FA: Dinda, Kanda pujuk dengan senyuman comel Kanda.
Haa, suka tak?? Suka tak??

Aku: HAHA. Kanda tau je benda yang meluluhkan hati Dinda.
Sayang lebih. **Perasan**



~~Gambar ehsan dari Kanda I :: facebook.com/FAfanpage




Adiosa~~






p/s :: Kita boleh kan suka kat dia walaupun dia taktahu. Not being to obsess with him. Take note okay :D He's still bachelor bukan sayur celor, okay. Sekian~~

Friday, November 9, 2012

( Entri Serius) - I'm annoying, right?

Salaam,

Mungkin ini last entri untuk aku mengarut-ngarut sebelum aku masuk IIUM, Petaling Jaya untuk short sem. How i'll miss my life now. Sigh~
Dan, jap biar aku pikir nak tulis ape? Everything is blendin' into one right now. Happy, sedih, marah, frustrated dan semuanya. Dude, i can't get out from my own emotions right now. Aku tak boleh nak fikir straight sikit malam ini~ kusendiri~ tak ada yang~ menemani~~ eh, eh, terbawa-bawa emosi pulak kali ni. HEH HEH.

Just nak bagitau lah sesiapa yang baru nak mula kawan dengan aku ni. Satu je yang mungkin korang takkan perasan tentang aku. Duffers, i'm totally ANNOYING. HAHA! Bangga seh jadi budak-budak annoying ni. Sebab apa perangai aku macam ni. Melalui perangai aku yang annoying nilah, aku kenal mana kawan mana lawan. Mana betul, mana palsu. Mana kaca, mana permata. Haih, lagu Agnes Monica tajuk Rindu ni menaikkan mood nak menaip betul. Agak hampeh disitu. HAHA.

Tak banyak manusia yang tahan perangai aku macam ni. Even, adik aku sendiri tak tahan dengan perangai aku yang ni. Inikan pulak outsider. Macam mak aku selalu kata, " Entah siapalah laki kau besok?". Cuma manusia sewel yang boleh tahan perangai akulah bakal laki aku nanti. Aku dah jumpa siapa tapi dia kata buat hal masing-masing. Takkan aku nak pergi melutut depan dia pulak. And if that happen, bawaklah aku pergi jumpa pakar mental. HAHA. I'm not that kind of gal, ya know.

Then, aku ni jenis degil nak mampos. Apa-apa yang orang suruh buat dan benda tu aku paling menyampah. Aku takkan buat walau dibagi satu juta money drop cash depan aku pun. Aku takkan buat. Aku tak suka dipaksa. HAHA. Ingat pulak dengan lagu Ukays. Cinta tak Perlu Dipaksa. Eh, tu bukan lagu Aris Ariwatan ke? Ah, lupakan. Asalkan bukan Super Junior yang nyanyi. Mampos!

Satu lagi, perangai buruk aku. Aku memang dah lama hakis perangai ni. Dah hilang dalam 2 tahun. Then, datang balik. Dah macam main boomerang dah aku rasa. Baling jauh-jauh pastu datang balik. Grrr. Aku ni manusia yang panas baran. Seriously, mangsa pertama lepas aku diserentikan oleh diri sendiri, paham kaa?? HAHA. Mangsa pertama, anak buah aku. Takde salah pun sebenarnya budak tu. Aku tengah stress, aku tengking dia kuat-kuat. Terkulat-kulat je muka, terus meraung. Pueh hati den. HAHAHA. Kejam punya olang!

And now, I'm facing the consequences. Aku dah ada tanda-tanda awal untuk kena serangan jantung. Damn!! Should knew it from the start. Dan sekarang, yang paling masalah bagi aku, perangai panas baran aku mula menjadi semakin teruk. Aku tahan marah, makin stress, which also lead to the pain on the chest and will lead to death if they getting worst. Krikk krikk. Bunyi cengkerik, tiba-tiba. HAHA. Sebab tulah, aku suka sakitkan hati orang. Tengok permainan aku cammane?? Maksud tersirat tuh, cari-cari. HAHA. So, sesiapa yang nak aku mati cepat, dah taukan kelemahan aku ape sekarang?? Easy, bikin aku marah atau stress, cepatlah Izrail datang jemput aku. Takut sebut nama tu, HEHE.

So, these are my weaks. Later on, please be prepared to facing with my annoyance. Okay, peeps. Thanks for reading, again .. bajet orang bace. Kununnye~~




Adiosa~~



p/s :: Blog ini dicipta untuk kenangan bersama ketika aku sudah tiada .. Wah, lagu Hujan - Bila Aku Sudah Tiada is beating inside my mind. DafuQ !!