Dua hari, satu malam .. aku tidur rumah dia. Eh, silap-silap. Rumah mak dia. Ambik adik aku dekat sana. Memang banyak gila dugaan aku kena tempuh dalam rumah tu. Mana-mana pergi ada je muka dia. Haish, aku pulak yang nak marah. HAHA. Control emosi, control emosi. Tarik nafas !!
Sampai-sampai je semalam, aku terus masuk dapur. Ceh, bajet gadis melayu yang separuh sewel. Ehh, bukan sewel sepenuhnya ke ?? HEHEH. Dia pun masuk dapur beberapa minit kemudian. Takpe, ayat bajet novel, takde siapa yang keshah. Upshh, shashul pulaksh. GILA, HAHA!
Okay, uturn balik. Dia pandang muka aku pastu jeling. Jeling bukan yang macam menggedik nak mampos. Just, jeling biasa2 tapi aku boleh tau dari mata dia. Dia memang tengah angin lagi kat aku walaupun aku tengok dia macam okay2 je menegur aku. HUHU. Sedey.
Haa, ada mak aku dengan mak dia tengah borak ape benda entah. Terus dia menyampuk pastu dia tanya aku, " Kau su, dah habis belajar ke?". Aku jawab jelah tapi memang aku terkesan gilalah sebab dia cakap dalam nada yang agak sinis. Belajar dramakan haruslah pakai perkataan sinis tuh, EHEH. Berpusing kepala otak aku memikirkan ekspresi wajah kesayangan hamba tu. Wah, Hail Amer gittew.
Malam tu, aku duk lepak-lepak sambil tengok tv. Tapi sangat bosan ye siaran di TV tersebut. Nama siaran terpaksa dirahsiakan bagi mengelak Towkey Stesen TV tersebut menangis ala-ala bapok yang pakai baju gaun pink+seluar pink. Cun woo, HAHA. Dah boring, aku lepaklah main gitar. Main chord jer, bajet mau bikin lagu sendiri supaya nak tido nanti Fahrin Ahmad dodoikan pakai lagu tu jek. Angan-angan dengan FA je -_-" .
Aku tengokla TV jap. Satu benda yang buat aku lari dari TV. Aku nampak dia tengah solat. Time tu, aku taktau la apa yang jadi dalam hati aku. Kuch-kuch hota hai. HAHA. Something happen inside my heart. Bukan ape, dia solatkan takkanlah nak tunjuk. Just, aku ternampak. Wahhh, blushing tetiba. Senyum sengsorang aku time tu. Even now! HAHA. Taktau nak kata apa, speechless. HEHEH.
Last ni, benda paling sweet gile-gile. BTW, aku panggil dia Encik Imam. HEHEH. InsyaAllah, dia imam aku. HAHA, gatal! Waktu sarapan, kitorang kumpul sama-sama, makan sarapkan. Bukan sampah sarap ye. Orang Johor kan. Haruslah~. Tengah makan ni, aku boleh senyum sorang-sorang baik takde yang perasan. Apakah yang ada dalam fikiran aku???
" Wah, aku dan Encik Imam punya keluarga duduk makan sama-sama. Berbual-bual sesama besan. Menantu dan mentua." Chewahh, angan-angan tinggi. Bak kata mak aku, kalau jadi dia kerja kat Singapore nanti, dia dapat awek sana. Melepaslah aku (T_T) . Kalaulah dia betul2 jadi suami aku, mesti sweet an. Mak bapak aku dengan dia memang sporting. So, tak takutlah sebab mak mertua masing2 tak bajet Ibu Mertuaku adaptasi filem P.Ramlee. HEHEH.
Haha, panjang sungguh entri aku ye. Banyak lagi aku nak cerita. Tapi takut pulak sesape yang singgah sini, baca pastu rasa boring sampai nak campak laptop masing2 dekat gaung yang berhampiran rumah secara tunai atau ansuran. Nampak permainan dia, HAHA. Cukuplah setakat ni. Ada umur aku cilok gambar dia dekat handphone mak aku nanti. Aku post gambar dia. Okay, Bloggies!!
Adiosa~~
Doakan supaya aku dengan dia bersama hingga
ke Taman Firdausi !!!
No comments:
Post a Comment