Salaam!
Hari ni nak membebel-bebel benda mengarut, okay! Tak suka sila lari sebelum aku tembak. HAHA. Nak lari tu, make sure korang lari dekat padang kawad. Okay, bismillah.
1- Setiap apa yang aku buat dalam kehidupan aku hanyalah kerana Allah dan keluarga aku. Tak pernah mengharapkan balasan atau penghargaan. Tapi kalau aku dah buat sesuatu sampai setengah mati dan orang kata aku tak buat apa-apa. Memang mencari nahas dengan aku.
2- Bila nak mengelakkan sesuatu hal yang aku tak suka. Aku akan lebih kepada bagi alasan yang munasabah. Munasarawak takde lagi rasanye. Tapi bila aku terus dipaksa, memang orang tu kena siap sedia kena marah dengan aku. Muehehehe
3- Saat aku kata aku sukakan kau, jom kahwin tapi dalam nada yang main-main. Jangan terpedaya sebab aku betul-betul serius. Aku buat macam tuh sebab nak tengok reaksi seseorang tu je.
4- Aku ni jenis yang susah percayakan orang. Tapi bila aku dah start percayakan seseorang dan orang tu mula buat hal. Percayalah cakap aku, itulah kali pertama dan terakhir kau nampak muka aku.
5- Aku suka pendam sesuatu. Masalah, kesedihan, rasa marah yang melampau, kebencian. Dan hanya akan buat keluarga aku dan semua orang happy, dengar gelak tawa aku. Hanya ada dua sebab kenapa aku buat macam ni. Satu, sebab aku nak kongsikan rasa yang aku pendam tu dengan bakal suami aku. Dua, sebab aku nak jadi manusia yang menyenangkan hati orang lain.
Hah, lega rasa bila dah lepas semua. Sebenarnya, banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ni je. Semua yang aku tulis kat atas ni, ada untuk setiap yang kenal aku dan yang aku kenal. Percaya denga aku yang aku takkan simpan apa-apa dalam hati atau berdendam dengan siapa-siapa. Yang buat salah aku maafkan tapi kalau aku salah, maafkan aku. Pelik aku malam ni. HEHEHE. Ajal, maut, jodoh ditangan Allah. Just hope for the best =)
Adiosa~~
No comments:
Post a Comment