Kelik-kelik :)

Tuesday, June 25, 2013

Cikgu oh cikgu!

Salaam! Entry ini adalah entri luahkan perasaan. So, bagi sesiapa yang nak termuntah tu, sila muntah sekarang. Takut nanti termuntah depan laptop. Dah tak pasal-pasal laptop tu masuk hospital. HEHE. I know! Tak lawak sangat-sangat-sangat. Gash! HAHA



Lagu "Tentang Dia" as background, sweet! Okay, kenapa dengan cikgu? Aku jadi cikgu ke? Okay, dalam mimpi! HEE. Truth is, I am falling in love with someone, who is a teacher. Rasanya, baru jadi cikgu kot. Seriously! Aku langsung tak kenal dia. Not a single thing. Well, a bit weird, huh! Guess? He's famous kot! Itu yang buat aku gerun nak kenal lebih lagi dengan dia. 

Kenapa boleh suka? Jatuh hati dengan post-post dia dekat wall facebook yang datang dari hati dia. Boleh nampak keikhlasan hati dia dalam setiap baris kata yang dia tulis. In fact, dia sangat sukakan baby. Sama macam gua. Rock-rock aku pun, hati aku lembut tau. HEHE. Pernah sekali, dia upload gambar dia sebab nak letak dekat borang posting. Serius tak comel macam kanda Fahrin Ahmad aku. Tapi, dia lagi sweet kot. First time tengok muka dia, terdetik terus kat dalam hati yang kering nih," Yeap, he's the one".

Aku tau gila. Tak kenal, jatuh cinta, macam mana nak nikah? Hello! Uwan aku dengan atok aku okay aje. Setia hingga hujung nyawa apa. Aku cuma nampak ciri-ciri seorang ayah dalam diri dia untuk bakal anak-anak aku nanti. HEEE.

Kalau dia baca entry ni ::-

"Saya nak awak tahu yang saya sukakan awak dan kalau awak setuju. Saya nak jadikan awak sebagai zauj saya. Bakal abi untuk anak-anak. Saya tak kisah rupa awak dan latar belakang awak. Saya cuma mahukan peneman waktu susah dan senang saya. Saya tau saya tak layak untuk awak tapi saya sedang cuba baiki diri sendiri sementara tunggu awak datang. Tapi, sekiranya awak tolak cinta saya, jangan risau kan saya sebab saya takkan terjun bangunan ke ape ke. Saya akan cuba redha yang awak bukan jodoh saya dan terus mencari lagi. Satu hal yang mesti awak tau, saya sayangkan awak kerana Allah. And yah, sorry for the disturbing private message on your fanpage. Soalan tu memang tuju untuk awak. Hee".




Adiosa~~





p/s :: Mesti korang pernah dengar PDH aka Pakar Diari Hati kan? Yeap, he's the man :) Lega rasa dah lepaskan. Sekarang serah pada Allah. Tawakkal dan redha :)

No comments:

Post a Comment