Kelik-kelik :)

Thursday, June 27, 2013

No more crying, no more hoping

Salaam, everybody! So, hari ni aku dah decide dengan diri aku sendiri. InsyaAllah, aku nekad. Aku nak berhenti dari mengharap, bagi harapan dekat diri sendiri, dari biarkan hati aku ni senang-senang je sayang dekat orang. 

Mulai hari ni, aku akan cuba sedaya mampu aku untuk tidak berharap dengan sesiapa lagi. Hanya berharapkan pada Allah. Aku tau yang belum sampai lagi masanya untuk aku curahkan semua perasaan aku pada yang bukan halal untuk aku. So, ya! Doakan aku supaya aku dapat lalui semuanya ni sampai tiba masanya kelak.

Aku nak minta maaf dekat semua orang yang aku "ter"jatuh hati dan yang berharap dekat aku. Aku takda niat nak buat semua tu. Just feeling alone, yaar! Dah namanya manusia. Harap takda yang ambil hati aku untuk dimakan ye. HEE. 




Adiosa~~


Wednesday, June 26, 2013

Kisah aku

Salaam!

Hari ni nak membebel-bebel benda mengarut, okay! Tak suka sila lari sebelum aku tembak. HAHA. Nak lari tu, make sure korang lari dekat padang kawad. Okay, bismillah.

1- Setiap apa yang aku buat dalam kehidupan aku hanyalah kerana Allah dan keluarga aku. Tak pernah mengharapkan balasan atau penghargaan. Tapi kalau aku dah buat sesuatu sampai setengah mati dan orang kata aku tak buat apa-apa. Memang mencari nahas dengan aku.

2- Bila nak mengelakkan sesuatu hal yang aku tak suka. Aku akan lebih kepada bagi alasan yang munasabah. Munasarawak takde lagi rasanye. Tapi bila aku terus dipaksa, memang orang tu kena siap sedia kena marah dengan aku. Muehehehe

3- Saat aku kata aku sukakan kau, jom kahwin tapi dalam nada yang main-main. Jangan terpedaya sebab aku betul-betul serius. Aku buat macam tuh sebab nak tengok reaksi seseorang tu je. 

4- Aku ni jenis yang susah percayakan orang. Tapi bila aku dah start percayakan seseorang dan orang tu mula buat hal. Percayalah cakap aku, itulah kali pertama dan terakhir kau nampak muka aku.

5- Aku suka pendam sesuatu. Masalah, kesedihan, rasa marah yang melampau, kebencian. Dan hanya akan buat keluarga aku dan semua orang happy, dengar gelak tawa aku. Hanya ada dua sebab kenapa aku buat macam ni. Satu, sebab aku nak kongsikan rasa yang aku pendam tu dengan bakal suami aku. Dua, sebab aku nak jadi manusia yang menyenangkan hati orang lain.

Hah, lega rasa bila dah lepas semua. Sebenarnya, banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ni je. Semua yang aku tulis kat atas ni, ada untuk setiap yang kenal aku dan yang aku kenal. Percaya denga aku yang aku takkan simpan apa-apa dalam hati atau berdendam dengan siapa-siapa. Yang buat salah aku maafkan tapi kalau aku salah, maafkan aku. Pelik aku malam ni. HEHEHE. Ajal, maut, jodoh ditangan Allah. Just hope for the best =)




Adiosa~~

Tuesday, June 25, 2013

Cikgu oh cikgu!

Salaam! Entry ini adalah entri luahkan perasaan. So, bagi sesiapa yang nak termuntah tu, sila muntah sekarang. Takut nanti termuntah depan laptop. Dah tak pasal-pasal laptop tu masuk hospital. HEHE. I know! Tak lawak sangat-sangat-sangat. Gash! HAHA



Lagu "Tentang Dia" as background, sweet! Okay, kenapa dengan cikgu? Aku jadi cikgu ke? Okay, dalam mimpi! HEE. Truth is, I am falling in love with someone, who is a teacher. Rasanya, baru jadi cikgu kot. Seriously! Aku langsung tak kenal dia. Not a single thing. Well, a bit weird, huh! Guess? He's famous kot! Itu yang buat aku gerun nak kenal lebih lagi dengan dia. 

Kenapa boleh suka? Jatuh hati dengan post-post dia dekat wall facebook yang datang dari hati dia. Boleh nampak keikhlasan hati dia dalam setiap baris kata yang dia tulis. In fact, dia sangat sukakan baby. Sama macam gua. Rock-rock aku pun, hati aku lembut tau. HEHE. Pernah sekali, dia upload gambar dia sebab nak letak dekat borang posting. Serius tak comel macam kanda Fahrin Ahmad aku. Tapi, dia lagi sweet kot. First time tengok muka dia, terdetik terus kat dalam hati yang kering nih," Yeap, he's the one".

Aku tau gila. Tak kenal, jatuh cinta, macam mana nak nikah? Hello! Uwan aku dengan atok aku okay aje. Setia hingga hujung nyawa apa. Aku cuma nampak ciri-ciri seorang ayah dalam diri dia untuk bakal anak-anak aku nanti. HEEE.

Kalau dia baca entry ni ::-

"Saya nak awak tahu yang saya sukakan awak dan kalau awak setuju. Saya nak jadikan awak sebagai zauj saya. Bakal abi untuk anak-anak. Saya tak kisah rupa awak dan latar belakang awak. Saya cuma mahukan peneman waktu susah dan senang saya. Saya tau saya tak layak untuk awak tapi saya sedang cuba baiki diri sendiri sementara tunggu awak datang. Tapi, sekiranya awak tolak cinta saya, jangan risau kan saya sebab saya takkan terjun bangunan ke ape ke. Saya akan cuba redha yang awak bukan jodoh saya dan terus mencari lagi. Satu hal yang mesti awak tau, saya sayangkan awak kerana Allah. And yah, sorry for the disturbing private message on your fanpage. Soalan tu memang tuju untuk awak. Hee".




Adiosa~~





p/s :: Mesti korang pernah dengar PDH aka Pakar Diari Hati kan? Yeap, he's the man :) Lega rasa dah lepaskan. Sekarang serah pada Allah. Tawakkal dan redha :)

Datang rumah

Salaam, semua! Alhamdulillah, tadi dah hujan sikit. That's mean insyaAllah, jerebu akan makin berkurang esok. Dan ini malam sangat sejuk. HEE. So, back to the tajuk. Siapa datang rumah aku petang tadi. Ce teka, ce teka? HAHA

Takkan tak boleh teka? Kesian! HEHE. Yang datang tadi, Mr R. Tadilah first time dia sampai rumah aku. Sebelum dia sampai tadi, member dia text ayah aku bagitau kami tengah on the way. Kami? Ingat dia dengan bini dia. Then, aku fikir balik. Ini waktu kerja lagi. Tak mungkin bini dia. Kompem dengan Mr R. And my guessing is correct.

Sumpah, tadi aku tak tentu arah. Bukan secara fizikal tapi secara hati dan jiwa. Chewah! Asyik dupdapdupdap. Nak hantar air kopi pun aku kena kawal perasaan dulu. Nasib time hantar air tu dia tak pandang. Kalau pandang mau jatuh ke lantai dulang air tuh. KEHKEH. And not to worry! Aku dah takda perasaan dah kat dia. Cuma serba salah jelah sebab hantar text aneh2 gitu. HEE.




Adiosa~~




p/s :: Ada entry lagi japgi :)

Sunday, June 23, 2013

Blog diDelete

Salaam! 

Haa, akhirnya aku dah delete blog-blog aku. Blog ni memang taklah aku delete. Kalau dah delete memang takkan korang baca entry yang ni lah. HAHA. 
Aku admin untuk blog aku yang lain and decided to delete it. Sebab macam takde function ye blogs tuh. See ada "s" dekat kata blogs. Maksudnya banyak. Nampak sangat tamak haloba. HAHA. That's all. Entry pendek. HEEE




Adiosa~~

Saturday, June 22, 2013

Pelupa sungguh

Salaam, korang! Sengal gila aku hari ni. Tadi nak pasang pelita minyak tanah. Kasi anak ayam panas untuk tido malam kan. Memang kerja aku yang baru sekarang. Nothing's weird.

6:30 pm, aku ingat kejap lagilah menyalakan pelita tu. Pegi angkat jemuran jap. Bagi ayam dengan anaknya makan. 

6:45 pm, nak nyalakan pelita. Ambik matchbox. Bukak. Okay, dah habis. Patahkan lidi penyapu. Pegi dapur, nyalakan pelita. Terus letak dalam reban anak ayam tuh. Siap keja. Dok lepak luar, main gitar. 

7:00 pm, tutup semua tingkap, pintu. Sempat main laptop lagi.

7:25 pm, wan tiba-tiba cakap," Haa, long. Agak kau tak pandai nak tutup dapur gas keh?" Aku pun macam blur, fikir jap. Ya Allah, aku guna dapur gas tadi nak nyalakan pelita. 

Nampak tak? Ini kalau mak aku tahu ni, memang kaw-kaw aku kena machine-gun. Dah teruk bebeno aku nih. Asyik pelupa je. Sekarang ni dah tiap-tiap hari aku jadi pelupa. Takut jugak dah tua nanti kena Alzheimer. Betulkan kalau salah nama sakitnya. Huuu, takut. 




Adiosa~~

Tak habis lagi?

Salaam korang! Petang tadi mak aku cerita dekat kawan dia pasal aku. Pasal apa? Well, marriage of course! Dia bagitau kat kawan tentang angan-angan aku time kahwin nanti. There will be no "sanding", "makan beradab" and other weird stuff. Cuma akan buat yang wajib je. Pastu makcik tu cakap kat aku. 

"Long, tengok omak kau. Dio nak nikah an kau kek pojabat kadi yo. Kodokut omak kau ni." Nogori accent. Mak aku masuk, dah dia taknak sanding, nikah kat pejabat kadi jelah. Asal taknak sanding lak? Makcik tu tanya. Aku kata, malas nak cik, dahlah kena jalan macam budak baru belajar apa semua. Acik tu gelak. Dia sambung, takpolah, kahwin ni kan sekali seumur hidup, buatlah sanding. Aku, senyum. Dalam hati, wedding aku ke dia? HAHA.

Seriuslah, majlis perkahwinan yang sekali seumur hidup nilah yang kita kena cari redha dan berkat Allah. Nak buat lebih-lebih, takut tak berkat, takut nanti bakal suami aku jadi dayus. Kesian kat dia. Sebab apa jatuh dayus? Korang pergi bukak kitab balik sekarang. Hehe. Mak aku malam tadi, cakap tak kira kena jugak buat sanding, kena jugak buat makan beradap. Aku kata, taknak. Siap ugut, kalau buat jugak, aku kahwin lari. Dia kata larilah daripada pagar rumah tu ke pelamin. Gelak je. HAHAHA.

Seriuslah, aku penat dan pening kalau buat meriah-meriah ni. Banyak nak fikir. Nanti aku pengsan pulak. HAHA. Minggu depan nak mengadap majlis kahwin akak sepupu aku. Dia punya wedding, aku yang pusing. Rimas kot. Takpa, masa banyak lagi. Boleh slowtalk lagi dengan mak pak aku. Calon pun takda lagi. Rilek-rilek sudah. HAHAHA





Adiosa~~

Friday, June 21, 2013

Borak kosong #6 : Jangan dengar cakap!

Salaam. Haa! Asal jangan dengar cakap pulak? Cakap siapa? Aku siapa? Banyak tanya pulak! Lempang nak? Ke lempeng? HAHA. Okay! Takmau pakai question mark. HEE. 

Actually, benda ni untuk bestie aku. A bit of nasihat lepas aku dengar cerita dia tadi. Then, I've decided to go on and spread the words for others. And so sorry bestie. I'm not a good listener anymore. Aku cuba tapi benda-benda tu dah tak menarik minat aku sekarang. Pasal apa? Couples, boys, love and stuff. HAHA. Kenapa tak tarik minat aku? Entah, padahal aku dulu gitu gak. Maybe aku boleh fikir benda faedah lagi kot. God knows well.

Dia cerita pasal pakwe baru dia. No, dia tunjukkan gambar dulu baru cerita. Dia bagitau yang pakwe dia tu suka marah dia. Bukan marah menggila tu. NO. Marah-marah manja kata orang. Pastu suka simpan phone kawan aku nih. Jealous tak tentu arah. And what so ever. Seriouly, aku dengar cerita dia tadi memang macam nak jumpa je budak tu. Tanya kenapa buat macam tu. Dah la playboy. Sayang kat ex tapi heboh cari baru. Last2, bestie jugak yang susah hati.

Wey, bestie. Ingat pesan aku ni. Selagi mana lelaki tu belum jadi yang halal buat kau. Tolonglah. Janganlah kau ikut cakap dia. Tolong jangan bagi dia kongkong kau lebih2 dan tolong jangan bagi dia usik kau. Bukan aku cemburu sebab kau ada pakwe and aku takde. Tapi sebab aku taknak kawan aku ni kecewa lagi. Tolonglah faham. 

Kau sendiri cakap yang dia tak bagi kau kawan dengan mana-mana lelaki sedangkan dia boleh kawan sesuka hati dia. Kau tak nampak ke ketidak-adilan kat situ. Bukan salah kau nak couple tapi cuba jangan terlalu ikut apa dia cakap. Tapi, kalau lelaki yang kongkong kau, usik kau dan cemburu bagai nak gila tu adalah suami kau. Memang kena nasihat gila mati lah dari aku. HAHAHA. Yang haram kau ikutkan tapi yang halal kau nak tinggalkan. Pahala tu! HEE.

Aku tau aku tak pandai nak nasihat orang but at least aku dah jalankan sebahagian tanggungjawab aku sebagai Islam, InsyaAllah. So, bebudak couple2 tu dengan bestie aku. Jaga batas dan adab masing-masing. Okay?!





Adiosa~~

Tolong hormat!

Salaam, korang! Banyak sangat benda yang jadi kat aku dalam minggu ni. Baik yang baik, baik yang buruk. Hah! Korang faham tak? Aiyoo, tak faham dah. Maybe, akan ada dua hingga tiga entry kekgi. HEE. Cobaan speaking Ganu. Leceh to'! Whateva!

Ni aku nak bagitau dekat spesis-spesis manusia yang memang serius gila-gila nak makan penampar free aku. Manusia-manusia yang tak pernah atau yang tak reti nak hormat perempuan. So, entri aku yang ni memang khusus untuk kau berdua ye. Yang lain pun buleh join sekali. HEH!

Dalam minggu ni, ada 2 hamba Allah yang terlebih cerdik nih. Dok mesej aku. And guess? Depa dok cakap benda tak senonoh. Dok bual benda takde faedah. Wallahi! Aku memang benci manusia macam ni. Walaupun aku dah bagi alasan dulu. Still kau tak boleh hormat aku. Yang sorang tu tanya aku soalan pelik and even kongsi sekali cerita tak senonoh. Ada dia tanya aku, ada tak budak lelaki yang ajak aku buat $@#$? Aku jawab, takde sebab diorang hormat aku. Diam 2 hari, pastu tanya lagi.

Seriously, dude. Bukan aku tak open-minded. Tapi bertempatlah sikit. Geng-geng aku kat luar sana tuh, banyak jugak yang teruk-teruk, yang otak kotor. Tapi, macam yang aku katalah. Diorang semua still hormat aku. Cubalah, ambil satu hari tu. Kau muhasabah diri. Kalau ada lelaki lain asyik cakap benda-benda macam tu dekat mak, akak atau adik perempuan kau. Bayangkan perasaan dia macam mana. Tapi, taktaulah kalau diorang suka. :3

HUH! Kalau kau tak boleh nak hormat orang lain. Tak payah hidup lah. Buang masa je sebab kau mencari caci maki orang. So sorry but I'm ignoring for life. 





Adiosa~~

Monday, June 17, 2013

Meeting penting!

Salaam! Okay, nak buat intro je blur. Masalah betui. Pfft! Kita cerita je okay. Set! HEE. Petang tadi, duduk depan rumah lepak-lepak dengan family, lepas bagi ayam dan anak-anaknya mamam! HAHA. So, kitorang semua bincang-bincang hal rumah. Sebab banyak sangat dah perabot yang baru dan yang boleh dibakar. Mana perabot nak dibuang, mana nak dipakai. Nak kemas bilik sebab nak masuk katil baru. YEAY! HAHA.

Okay, tengah dok borak-borak tuh. Tak macam mana. Lidah gua yang tak bertulang nih. Cakap dekat mak pak aku. Nanti kahwin tak payah buat sanding, makan beradap. Cuma buat akad nikah dengan jamu orang je. Then, mak kata," Makan beradap kena buat, takkan kau nak makan dalam bilik dengan laki kau berdua." Okay, sense of humor yang hambar disitu. KEHKEH. Pastu aku kata, takpe kita makan sekali dengan tetamu yang datang tuh.

Ayah aku kata," nak buat macam kenduri anak paklong aritu ke? Tapi dia ada sanding jugak?" Aku kata tak payah buat sanding je. Pakai baju kurung biasa. HEHE. Kena fikir awal2 doe. Sebab nak kira budget. Kita buat kecik-kecik takpe. Janji redha Allah tu ada, kan! HAHA. Ayah aku pun dah pening bila kira budget. Dia kata anak kawan dia pun $18000. Pusing nampak muka dia. NgEH2. 

Harap-harap jelah dapat kumpul aset dulu, baru kahwin. And ya! Doakan nama aku naik untuk pergi kursus tu ye! Kursus ape? Nanti kalau aku dapat join kursus tuh, aku update ye. Oh ya, 2 minggu lagi, akak sepupu aku jadi hak orang. I'll update about it later :)




Adiosa~

Friday, June 14, 2013

Bila ex-crush muncul

Salaam. Haa, penyakit aku maii dah. 3 entri, satu hari. Lap dalam berapa minit je. Tu pun minit-minit untuk menulis. HEHE. Idea banyak, baq hang! So, ni entri macam heart warming story lah kununnye! Warming lah sangat kan. Bukan kita bako, kita bako ke? HAHA.

So, like dalam seminggu nih. Memang aku macam hampeh gila sangat-sangat. Haritu sepatutnya bengkel makeup and stuff. And tak jadi buat kali ke 2. Fedup gila. Mulalah menyesal sebab tak ikut UKMR. Stands for Ujian Kemahira Menembak Rela. Aku, rela? Of course walopun .... HAHAHA. Then, selang 2 hari tu. Diorang update facebook dengan gambar-gambar menembak. Totally bored! Sebab banyak muka-muka minah sesat. **muka annoyed**. 

Tengah skip-skip, mata aku nih terus terpaut dengan lembaga nih. Bukan hantu, orang. HEHEH. Dia, manusia aku tunggu dulu. Macam, selamat aku tak pergi sana jugak. Kalau tak mampus aku. Yelah, pergi mengaku yang aku suka dia dulu. HEHEH. Zaman jahiliyah! Still tak dapat terima kenyataan yang dia reject aku. Susah kot. Tunggu lama-lama, hampas yang aku dapat. Sheesh!

Yang lagi sorang ni, dah dua kali nampak sekarang. First, time dia tolong adik aku time minyak kereta dah empty. Dia bawak pergi stesen minyak. Second, dia lalu depan rumah aku. Time tu aku kat luar rumah. Dia round depan rumah. Nampak je muka dia, terus aku ingat janji dia. Suruh tunggu dia umur 30. Nak kahwin katanya. Tapi, wallahu'alam lah. Tunggu haruslah tunggu. Tapi kalau ada yang datang dulu sebelum dia. Mak aku suruh terima je. Serba salah gila. 

Dua-dua calon pilihan aku yang dah diapprove mak pak plak tuh. HEHEH. Serius, mak aku bagitau yang sorang tuh dah pindah rembau balik. Aku kata, yelah keje dia kat seremban dah habis. Pastu time budak kampung aku tuh lalu depan rumah, dia tanya aku, "Tu S****** kan?". Aku jawab, ye kot. Malas dah nak mengharap lagi dah dengan sesiapa. Sakit hati ni tak hilang lagi kot. HEHEHE





Adiosa~

Sebak baca blog sendiri.

Assalamu'alaikum. Kaifa halukum alyaum? HAHA. Ghoyak Arab sikit arinilah. HAHA. Aku pernah confused dengan ex roomies aku sorang nih. Dia bahasakan diri dia "ANA". Aku pelik. Nama lain. Kenapa bahasakan "ANA". Lepas study arab baru tahu "ANA" tu maksudnya "SAYA". Sheesh! Patutlah. HAHA. 

Balik tajuk entri nih. Idea tengah mencurah bak ladang gandum yang penuh dengan landak. Eh? Okay, kita sambung. So, sebagai budak yang dah takde life sekarang. Aku usha balik apa yang aku dah tulis dalam blog. Start dari mula-mula aku start blogging December,2010. Dah takda kerja kan. Baca balik semuanya.

Well, I kept those surprises for own self! 

OVER GILA! HAHA

Sangat-sangat menakutkan bila baca blog sendiri. Seriously! Apa yang aku mengarut dan mencarut dalam blog nih selama 3 TAHUN? Boleh sesiapa jelaskan. HAHA. Nak gelak ada, nak nangis ada. Baca part-part curahan hati tu sambil dengar lagu Hindustan. Kompom meleleh, airmata. HEE. Aku pun macam, gilalah. Macam adik-adik sekolah rendah buat karangan pendek kot. Malu gila. HAHA.

Well, first timer kan time tuh. Tapi, bila aku baca dari mula sampai yang latest ni. Aku nampak yang entri-entri aku mula berubah tiap bulan, tiap tahun. Entri-entri aku nampak semakin matang. As in, berubah dari segi penulisan, ayat aku guna. Tapi tak boleh nak ubah. Masalah grammar. Baik melayu, baik english. Berterabur nauzubillah! HAHA.

 Tak ada readers atau follower pun takpe. Sebab aku menulis untuk meluahkan perasaan, untuk baiki kelemahan diri sendiri, kongsi masalah family, cinta semua. Bukan aku takde kawan nak kongsi. Cuma aku ni jenis tak suka kongsi dengan orang. Kat blog ni boleh pulak? Memanglah sebab blog tak boleh tunjuk that annoying looks! Ada faham? HEHE.





Adiosa~

Aku? Gatal?

Salaam! Haa, kumaha damang? Bahasa apa? Ini Language Sunda which mean, "Apa khabar?". Semoga adinda-adinda dan kekanda-kekanda berada dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Tujuan dinda menulis surat ini. . . Eh? **Krik,Krik,Krik** HEHE. Terbawak-bawak pulak watak dari cerita P.Ramlee nih. Okay, tak lawak. Kasi penumbuk lima das. 

Entri aku hari ni. Aku? Gatal? Garulah weii! Monyet pun tahu. HAHA. Bukan gatal itu yang aku maksudkan. Tapi, tangan aku ni gatal nak bagi penampar kat orang nih. HAHA. Gurauan berkasih namanya. 

Aritu adalah cousin aku datang rumah. So, like kitorang buat girl's talk. Cewah! Girls talk lah sangat. Buat muka seposen. Kitorang like borak-borak pasal wedding and stuff. Ehem, dia dah kahwin. Mintak petua sikit. KEHKEH. Tapi disebabkan mentaliti masyarakat melayu zaman lening. Aku telah diguris perasaan. Sebak dengar lagu Sweetchild nih. HAHA. Dia tetiba keluarkan statement dalam loghat nogori, " Dah gata bona ko?". Tranlate: Dah gatal sangat ke? 



Aku pun macam, huih bodoh gila kata gitu. Sentap memang kompem lah tapi nak buat macam mana. Malas nak tambah dosa yang dah berbakul-bakul nih, so, aku pun pusing benda tuh jadi bahan lawak. So, cerita dengan mak aku tadi. Mak aku kata,"Kau pun satu! Asal tak smash je. Cakap, eden gata pun den tak kehulu-hilir dengan jantan. Biar dia terasa." HUH! Mak aku yang emo. KEHKEH.

Niat hati memang begitu tapi diri ini sudah terbiasa menerima kritikan manusia. Ku gagahkan jua. TETTT. HAHA. So, sebenarnya tak perlulah kata macam tuh. As kahwin muda tu nampak gila salah kot. Tapi zaman uwan aku dulu, kahwin muda itu sangat 'KEWL'. HAHA. Kekal sampai mati. Kahwin dengan orang tak kenal pulak tu. Tapi sekarang dah kenal. Yelah, atok aku. HAHA. Daripada zaman lening, dok usung sana-sini. Last-last, berapa lama je tahan. Sorry yang terasa. Padan muka :P






Adiosa~

Saturday, June 8, 2013

The truth finally revealed!

Salaam, korang. Entry kedua lepas 5 minit update tadi. Hampagas je otak nih. Kerjasama diberikan bagai haiwan Wonderpets. "Apa yang penting, Kerjasama". Okay, tau suara tak comel. Ngeh3x. 

Well, sepatutnya hari ni bengkel "Jahit Manik" dan "Solekan". But, unfortunately. Terpaksa dibatalkan sebab pengajarnya tak datang. Sekali dengan orang yang nak belajar pun takde. Bukan apa. Sebelum ni dok pulun kata boleh-boleh. Tapi, bila dah sampai tarikhnya. Sorang ke Kuantanlah, sorang kucing beranak takda bidan lah, sorang nenek kahwin lagilah. Dok pulun bagi alasan. Melayu janji macam hampeh je. HUH! **emo tetiba**. HEE.

So, tengah dok leka-leka tuh. Ada call masuk. Nama debab JB. Nama sebenar terpaksa dirahsiakan. Macam biasa. Aku takkan angkat sebab aku tau panggilan tuh tak berapa penting pun. Then, aku text dia balik. Buat-buat gedik melayu terakhir sikit. HAHA. Geli jek. Gosh! Soalan sama lagi, bila nak pergi JB? Haih. Buat apa nak pergi sana. Nothing's important. Setakat nak jumpa dia, lupakanlah.

Dah lama-lama tuh, dia hantar,"Awak, andai satu hari nanti saya jatuh hati dekat orang lain. Maafkan saya ye". Aku pun macam tergamam, sedih, nak nangis. Phuiih! HAHA. Menipu je aku nih. Takda makna aku nak sedih-sedih. Lagi aku suka adalah. Well, aku memang dah lama nak cari jalan mintak putus. Aku serabut bila dok kapel-kapel nih. Fenin-fenin lalat. HAHA. 

Bersyukur dengan Allah bila dia kata macam tu. At least, aku tau yang dia dah suka kat orang lain. Macam mana aku tahu dia ada yang lain. Easy. Lelaki kalau dia kata "andai". That's mean he's already have it. Alaa, aku kaji dah lah perangai-perangai lelaki nih. HAHA.  Well, as I said, aku tak kisah pun sebab dia belum halal lagi untuk aku. So, macam aku kata dengan orang-orang sebelum dia. Buatlah apa kau nak sebab kau bukan siapa-siapanya aku pun. Baikkan aku. HEHE. **pijak reramai sekarang**






Adiosa~~

Oh My Crush!

Salaam! Guys, guys. Tadi aku pergi Tampin. Kira rombongan cik Kiah lah lebih kurang sebab ada 2, 3 orang lagi an. Pergi pun takde tujuan. Beli manik-manik pastu bungkus KFC. Gosh! Sedap. HAHA. Okay. Masuk balik cerita asal. Tahu tak aku jumpa siapa?


Kanda Fahrin Ahmad! HAHA. Okay, obviously! Gua tipu korang. Tettt! HEHE. Sebenarnya, aku jumpa crush aku time sekolah dulu. Exactly! Abang prefect time sekolah dulu. Gosh! Dia sangat kawaii gila mati dah sekarang. HAHA. Sebelum nih tengok jugak gambar dia kat kolej. Kurus je tapi sekarang dah tembam sikit. Very the comel okay! HAHA.

Actually, memang dah jumpa dah waktu tunggu bas tu. Well, not 'jumpa' sebenarnya. Just terserempak dengan dia je. Time tu aku tengah tunggu bas. Dalam muka selenge, perasan pulak ada mamat  naik motor Honda EX5. Warna merah. Dok usha time dia tengah cilok-cilok kereta tuh. Dah laa bawak laju. Dia usha, aku pun usha jugak. HAHA. So, buat bodoh jelah. Tak nampak muka kot.

Then, time nak balik tuh. Aku dalam bas, dah on the way nak balik. Memang keja aku. Duduk dari dalam bas. On bluetooth, searching for handsome looking guy. HAHA. Cuci mata doh! So, time dok sedap cuci mata. Bagai tertancap panahan arjuna. Cewah! HEHE. Aku nampak dia dekat motor dia. Dan, aku terus senyum. Gosh, rindu gila kat dia. HEHE. Pastu, baru aku perasan jaket dengan motor dia, exactly the same as mamat motor yang dok usha aku sebelum tuh. Aku pun macam, ya Allah! Just unbelievable. Haih. Dok teringat-ingat je dalam kepala aku nih muka dia yang kawaii gila ba...bila kukenang ku renung gambar wajahmu. **Suara katak, mohon pijak**.






Adiosa~~





p/s :: Ingat lagi kata-kata dia. " Saya taknak baca novel tapi saya nak baca hati awak". **Melting** :')

Thursday, June 6, 2013

Couple nowadays!


Salaam! Semalam aku tolong ayah aku buat reban ayam. HAHA. Tak percaya, lantak koranglah. Janji reban tu siap dah. HUHU. And, for sure. Kolam renang depan rumah tuh adalah ramai yang datang. Abeng-abeng comel-comel kot. HEHE. Baik tak kena paku tangan aku. HAHA. 

Tengah-tengah buat kerja tuh. Adalah budak 2 ekoq ni keluar jalan-jalan. Lelaki dengan perempuan. Lelaki tu mungkin baya-baya aku kot. Perempuan tu maybe sekolah menengah lagi kot. Tengok macam budak-budak semacam je. HEE. As they walking, tiba-tiba budak lelaki ni baik punya dok letak tangan dekat bahu budak tuh. Ayah aku time tuh. Marah kot. Tapi nak buat camana, anak orang. Anak sendiri, kena penyepak tahap dewa dah.

Yang budak lelaki tuh. Dah peluk, dok perasan aku pandang dia. Pastu dia pandang balik. Bajet jek muka. Ingat aku hairan sangat ke? HAHA. Aku pun boleh buat lebih lagilah. Tapi tunggu aku kahwin dulu. KEHKEH. Tapi tulah, tengok depa. Aku husnuzon jelah. Mungkin dia baru kahwin ke. Abang adik yang tengah jejak kasih ke. Takmau sangka buruk aih! HEE~





Adiosa~~

Pedih hati ni

Salaam! Episod selingan dari entry kena "pinang" tuh. KEHKEH. Mak aku tanya dekat cousin aku selalu cerita ambik berapa kalau nak betulkan seluar semua an. Kiranya mak aku ni newbie lagi lah dalam dunia penjahitan nih. Chewah! Bincang punya bincang, gelak punya gelak. Aku kata susah-susah mak, ambik murah je. Biar dia datang sini selalu hantar seluar. **Gelak sorang**. 

Tau apa cousin aku kata kat aku? "Aii, dah berkenan pulak ke dengan polis tuh?". Aku pun macam kena siat jek hati nih. Luluh jiwa. HAHA. Mak aku backup," Kepala hotak kau. Orang tuh dah ada bini dah." **krikkrikkrik**. Semua diam. Aku pun senyum kelat jelah. 

Tapi, dalam hati aku ni. Tuhan aje yang tahu. Berkecamuk hati ni. Bukan apa. Masalahnya, tak payah lah cakap macam tu. Meroyanlah aku kalau aku berkenan kat laki orang. Yang bujang pun dok melambak lagi. Selama dia duduk rumah ni. Ada nampak ke aku menggatal dengan laki dia? Bertegur pun susah. Sebab aku tahu status dia walaupun pangkat abang. Kalau dah laki orang, memang taklah aku nak layan.

Mungkin jugak dia takut sebab dia tahu, aku ni dok layan borak dengan lelaki semua dalam internet nih. Ingat aku sama ke kat luar. Aku aktif dalam alam maya je. Kat dunia luar, aku pasif kot. HEHE. Macam-macam perangai manusia nih. Haih!




Adiosa~

Rombongan meminang.

Salaam! Haa. Kali ni tajuk entri serius hot! Hot sangat **gaya kak kiah**. Siapa yang meminang? Siapa yang dipinangnya? Adakah buah pinang menjadi pilihan? Atau Pulau Pinang menjadi pusat pelancongan? Semuanya terserah kepada tangan anda untuk menentukannya. Okay! Tak lawak. Sepak sedas sorang!



Benda nih jadi 2 hari lepas kot. Haa, baru lagi kan. Macam nih. Petang tuh, ayah aku balik dari Tampin. Dia park kereta dalam garaj macam biasalah. Dia masuk rumah kata, cepat kemas ada orang nak datang. Masing macam blur an. Pastu tanya siapa? Polis. Muka masing-masing pun cuak gila macam ada simpan dadah pulak. Polis je pun. Tak takut, wekkk! HEHE. Dia nak suruh mak aku betulkan seluar je pun.


Haa. Part meminang tu macam nih. Adik aku balik rumah dah petang. Aku pakat dengan mak dengan kak siti kenakan adik aku. Nak cakap polis cari dia. Last2, mak aku pergi cakap ada orang nak datang meminang. Haih! Masing-masing dok buat muka selamba badak je. Bulat-bulat adik aku percaya! And guess what? Unexpected face expression. Adik aku yang excited. Tahan gelak memasing. HAHA! Kena troll hidup-hidup.

Adik aku dah start berangan. Dia cakap, kang kalau dia datang, pandang-pandang dia. Dia nak cakap,"Kau pandang-pandang aku apehal?", "Aku nak pau dialah, long. Mintak dia belanja topup." Mak pun macam, eh kau yang melebih pehal? HAHA. Siap kata lagi kat aku,"Baguslah kau ni, long. Cari husband polis." Part nih, aku sorang je gelak besar. HAHA. 

Sengal-sengal ubi je perangai adik aku. Agaknya, kalau betul-betul orang datang meminang, dia yang overdose pulak. HAHA. Bagus jugak adik beradik dua ekoq nih. Takdak yang nak kutuk-kutuk. Kecuali aku. KAHKAHKAH~





Adiosa~~

Saturday, June 1, 2013

Marriage vs Divorce

Salaam! Well, hari ni tajuk aku agak drama sikit. Ah, dramalah sangat! HAHA. Bukan apa. Lately, I've been receiving some bad news which happened in cousin's life. Haa, baca tajuk, confirm hangpa semua tahu pasal apa aku nak tulis. Yeabsolutely! It's about marriage and divorce. Let's hope this will not going to be the longest entries ever :) Finger crossed!







So, as a girl yang belum ada sesiapa lagi, wajarlah baginya untuk mengimpikan sesebuah perkahwinan yang sangat bahagia. Chewah! **muntah darah**. Tapi, setiap kali aku fikir benda-benda gini, terus ada bayangan gurauan dari Mega kat situ. Aku akan start fikir, macam mana nanti kalau gaduh, cerai. Jadi janda muda yang hot pulak! Menggeleng kepala kucing aku. HAHA. Seriously, aku akan jadi fobia pasal kahwin. Demmit!

Kesian bila kes-kes macam ni jadi dekat cousin-cousin aku. Yang lagi kesian dengan anak-anak dialah. Ada janda cousin aku tu, dah kahwin baru. Pastu anak dia mengadu yang abah baru dia tu suka marah-marah dia. Well, hello! Abah baru, kau patut bersyukur tau yang janda cousin aku tu pilih kau sebab dia ingat kau mampu jadi abah yang lebih baik dari cousin aku tu. Ada otak, fikirlah.

Yang cousin aku lagi sorang tu pulak. Gaduh, then bini dia halau keluar rumah. Anak-anak depa, semua pakat perangkut dekat bini dia. Tak kisahlah sebab janda dia ni boleh didik anak-anak dia. Didik supaya jangan tinggal solat. Baguslah. Perubahan yang aku nampak dekat janda dia. Dulu kurus, sekarang berisi. Well, that shows something about their marriage. 

Tujuan aku bagitau ni sebagai peringatan buat kita semua yang belum dan dah kahwin. And guess? Something just happened between mom and dad. Haih! Itu yang aku risaukan. Moga-moga, Allah selamatkan dan panjangkan jodoh depa berdua sampai syurga, insyaAllah. Aku cuma terfikir kalau depa takda jodoh. Mana arah tuju hidup aku dengan adik aku. Nasib 2 beradik je. Kalau ramai?? Cer kabo! HAHA. 

Satu je hal yang perlu setiap pasangan suami isteri praktikkan bila masalah rumah tangga korang yang nak sipi-sipi tuh. Cuba recall balik apa yang buat korang tertarik tentang pasangan korang. Yang mampu buat korang nak buat dia jadi teman seumur hidup korang. Then, praktikkan semula benda tuh. Buat macam time-time ngurat dulu. HAHA! Kucing aku pun tau. HEH.



Adiosa~




p/s :: Bukan nak mengaibkan tapi nak jadikan pengajaran. Latest! Makcik aku pergi menganjing dengan orang kampung dekat Medoi yang aku dah bertunang. Hampagas! Tak dapat aku nak mengorat bujang-bujang kat Felda Medoi tuh lagi T_T. Haih!