Kelik-kelik :)

Monday, October 13, 2014

14 October 2014

Assalamualaikum!

Lama sangat aku tinggalkan blog aku yang kusayangi ini. Waduh! Ngomong Indonesia ya ini malam. Lama tak update, bukan malas. Jauh sekali lupa password. Haha! Wa manyak busy la ini tahun. Manyak function wa kena pegi. Persembahan ronggeng pun banyak. Tapi bukan aku la peronggengnye. Aku kat tempat lain. Teruk benau BM aku. Sejak2 ada exam PT3 nih, ehem! Haha.

Gangguan kejap dekat whatsapp. Banyak benda jadi! Aku nak story banyak2 pun tak guna sbb benda banyak aku dah lupa. Kita kena buang yg keruh, ambil yang jernih. Tu pasal aku buang semua. Hehe, tak pening kepala. Ape yang penting skang! Aku kacau sorang prd! Tapi taktau single ke dak? Kalau ada marka. Mampuih aku kena sembelih! Bagi tiau sket. Hehee

So, nothing to say. Saje update sebab nk test guna apps Blogger yang aku baru install ni je. Ehem, dekat phone baru ye. So, pasni boleh update selalu sebab ade phone ni. Update while on the road jelaa. Tak payah pening cari laptop nk update! So, aku pun dah mengantuk gila dah ni. Heading to get some sleep now! Tired enough today! Ganight!!!

Addiossa!!

Monday, July 7, 2014

Am a busy people!

Assalamualaikum warohmatullahhi wabarokatuh, cikgu...

Wah, manyak lama tada tulis dalam ini belog! Aku takde idea sebenarnya nak tulis ape sebab skill-skill nak menaip dan mengarut dan mencarut aku dah semakin pudar ditelan zaman. Wahh, gitu...Ahamdulillah, kita dah masuk bulan puasa dah..eheh. Berapa lama daa aku tak update blog nih. Macam nak kena hempok jee!

So, memang skang bila dah start keja balik. MEmang dah start sibukkan. Tiap kali nak update blog. Aku lupa macam mane sentence structure nye teacher! Haih... Bukan apa sebab dah lama sangat tinggalkan dunia2 penulisan yang tak berapa nak kreatif ni. Ayat2 aku pun jadi lintang pukang dah. Berterabur semua2 nya.

Haa, idea aku memang dah kering dah tapi cerita aku banyak. Aku taktau nak cerita yang mana satu. So, aku akan cuba ceritakan sikit demi sikitlaa. Andai kata tak busy laa. Nak kena cari mood jugak nak menaip2 hot story nih. So, cukup sampai disini sayang..relakan perpisahan ini. Eheh...

Dah, dah.. nanti2 la aku mengarutkan belog aku nih. Haa, puasa2 jugak, sedekah jangan lupa. Zakat fitrah pun jangan lupa. Adiosaa~~

Sunday, February 2, 2014

Kepala pusing ..!

Salaam!

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam tak senang je. Semua benda aku buat macam dah takda passion. Macam buat kena paksa je. Maybe sebab aku asyik fikirkan someone or something. Haa, truth is aku tengah fikirkan masa depan. Perkahwinan, kehidupan selepas kahwin. Seriously, kepala aku dah berat sebelah. Dah sewel sikit. HAHA.

Ada mamat ni. Seems to be serious jugaklah. Parents pun dah suruh dia datang rumah untuk jumpa apa semua. Diorang okay. Tapi, masalahnya dia tak bekerja. Dia bagitau aku, dia kerja kampung. Aku okay je. Takde masalah pun bab tu. Sebab bagi aku setiap pernikahan tu ada rezeki dia sendiri. Parents jelah. Takut anaknya nih tak makan. Atok aku pun cakap gitu. Benda tu yang buat aku pening. Should I go on with him or what?

Ye, aku tau pekerjaan tu penting. Sebagai masa depan kita jugak kan. Tapi dia buat endah tak endah. Dia kena panggil interview kerja, gaji tetap tiap-tiap bulan tapi dia tolak. Aku pun taktau nak cakap ape dah. 




Adiosa~~~

Sunday, January 26, 2014

Borak kosong #9: Terkenang Mr K

Salaam!

Haih.. Tengah duduk tunggu game ni loading. Tiba-tiba teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Teringat dekat seorang hamba Allah ni. Umur dia time tu dalam 20++. Aku lupa. Time tu raya kot. Abang sepupu aku bawak dia balik ke rumah dia. Time tu budak2 lagi an. Mane nak ingat takut ke ape ke. Yang aku tau, abang tu comel gila. Muka pun jambu habis kot. HAHA. Senyum dia. Memang tiptop lah. Tapi time tu je. Sekarang maybe dia dah kahwin ke hape. Tak amek port dah.

Pernah jugak pergi raya kat rumah dia. Dia tinggal kat apartment. Belakang shopping complex. Dekat Pavilion kot. Aku pun tak ingat sangat. Paling aku ingat, dekat salah satu tingkap kat apartment dia tu boleh nampak Menara Berkembar. Time tu memang excited. Orang jakun an. Tapi tu dulu, sekarang pun sama gak. HAHA. Oh ya, nama dia aku tak ingat. Yang aku ingat, abang sepupu aku panggil dia Kimi.

Abang tu rambut panjang. Tang tu, aku tak berapa minat dah. So serabai! Ahkak balik yang rimas tengok. Walaupun muka jambu tahap dewa sekalipun, kalau rambut panjang tetap nampak selekeh. Haih! Okay, tutup buku, cerita lama.  Cerita tak best!!






Adiosa~~

Monday, January 13, 2014

Syukriya, syukriya!

Salaam! Haa, tajuk entry aku pun dah tulis Hindi. Aku pun nak tulis Hindilah. HEHE. Gurau tak jadi kata orang. Just to expressed my happiness. Haa, tekalah kenapa? Hal tak besar pun cuma pasal 2 biji handphone kesayangan aku tuh je. HAHA. Pasal dua-dua phones tu dah bernyawa kembali, hurray! NOKIA 5230 dengan Android S3 cloned. Nokia tu beli guna duit biasiswa. Time tu dah habis belajar form 5. Duit balanced MYR500, taktau nak buat apa. Leburlah beli phone tu. Tak kisah sebab puas hati pakai lama. 

8 bulan ke setahun lepas dia buat hal and takmau hidup. Hantar kedai pun gitu jugak. Beli baru, S3 clone tu. Pakai sekejap, pun jammed jugak. Last2 pakai phone cikai. Tadi nak cari USB jumpa phone clone tu. Try charge lagi, menyala. Gila tak happy! Cari phone Nokia pulak try charge. Ingat tak boleh. Biar lama-lama tengok menyala. Excited tak ingat kot. Alhamdulillah, sabar guna phone cikai. Dapat balik phone lama tu sekali dua-dua dapat. Akan ku jaga bagai minyak petrol yang penuh! HAHA. 




Adiosa~~

Monday, January 6, 2014

Marriage!

Salaam! Haa, macam yang aku post entry lepas! Aku nak share dengan korang pasal perkahwinan aku. Eh, bukan skarang. Akan datang, insyaAllah kalau ada jodohnya. NGEHEHE. Well, sebagai seorang anak muda, kita kenalah plan awal-awal. Actually, it is not about the budget and whole stuff. Cuma plan. Repeat, plan! HAHA. Okay, let's start! 

Mas kahwin: Berapa yang mampu. Tapi yang ni aku prefer, hafaz ayat Quran. (susah?)
Hantaran: 8K-10K. Prefer 8K je sebab takut beban pihak lelaki an 
Kenduri: Buat yang wajib dengan kenduri doa selamat je. Aku tak suka nak sanding. Boleh jimat :)
Jemputan: Depends dekat mak ayah. Friends aku wajib datang! HAHA

Basically, plan wedding aku ni jenis kenduri yang very, very simple. Sebab aku tau sebut pasal nikah. Semua dok serabut kepala otak. Haih! So, ini the simplest and tak serabut otak. The most important thing, kena kuat dari segi mental. Perkahwinan yang nampak simple ni la akan buat mulut manusia nak mengata. Buat macam akulah! Tak kisah orang nak kata apa, yang penting hanya redha Allah bukan manusia. 

Haa, lagi satu! Aku tak puas hati sangat. Semalam survey dekat mak aku, tanya dia kahwin umur berapa? Dia jawab 21. Okay! Petang tadi, aku cakap dekat mak aku. Nak kahwin pastu suruh dia carikan calon. Tau mak aku cakap ape?  Dah gatal sangat keh? Aku macam, What theF? Memang tak boleh nak jawab ape dah. Sampai sekarang aku dok blur lagi. HAHA.

Seriously, kalau aku ni gatal. Dah lama aku buat perangai. Dah lama kena usung dengan jantan kehulu ke hilir. Tapi, aku tahan semua tu. Aku tahu halal haramnya. Aku dah buat benda betul. Aku dah tutup hati aku ni untuk bakal jodoh aku. Memang betul orang kata, zaman sekarang nak dapatkan yang haram tu sekelip mata je tapi kalau nak dapat yang halal tu susah. Macam nak kena berenang lautan api yang penuh dengan serpihan kaca dan buaya-buaya. Okay, terlebih sudah! TEHEE. 

Actually, bukan sebab aku gatal tapi sebab aku takut aku tak dapat tahan rasa sunyi tu. Sebab aku sayang kan mak ayah aku, tu pasal aku mintak cara yang baik. Tapi, diorang takkan faham, takkan pernah faham dan taknak faham. Nampak aku okay je dari luar tapi dalam hati ni, Allah je yang tahu! 




Adiosa~~





p/s :: Mencegah lebih baik dari mengubati **tetibe**

Friday, January 3, 2014

Lessons to learn from 2013

Salaam! Akhirnya, kita dah sampai ke penghujung tahun. Hari ni 31 Dis. Esok masuklah 1 Jan. Seperti yang aku jangka, tahun 2013 merupakan tahun yang agak sukar, mencabar. Kena mentally strong. HEHE. Tahun dimana aku menyambung konsep penganguran selama 7 bulan. Menjadi ahli musik **sebut gaya nyonya mansur** selama 5 bulan. Juga tahun dimana aku menjadi manusia yang down sangat. Aku tak jumpa semangat untuk terus hidup. Tahun yang buat aku rasa payahnya kehidupan. God knows how...

2013. Bertambah lagi ragam manusia yang aku kenal. Nak-nak lepas kerja dekat some place tu. Aku tahu bila manusia tu mula tak suka aku. Yang muka talamnya. Yang nak ambil kesempatan. Mulut jahat. Well, it's easy as pie. Dan benda penting yang aku belajar kat situ ialah bila manusia mula mengagungkan orang yang buat kesalahan yang besar tapi benci orang yang buat salah sendiri. Apa yang nak dihairankan! Manusia zaman ni dah pandai 'fikir'. 


Tahun lepas jugak, aku rasa jiwa dan hati aku ni bagai di carik2, pecah berderai. Sakitnya cuma Allah yang tahu. So, tahun 2014 ni, azam yang sama. Nak beli camera DSLR, selesaikan hutang piutang yang tertunggak etc. Azam penambahan, aku nak mulakan hidup yang baru. Takmau jadi Suraya yang lemah. Aku kena kuatkan semangat walaupun aku tau dugaan hidup yang mendatang nih lebih susah lagi. 

Plus, aku nak nikkoh! HAHA. Tengah cari calon nih. Aku nak buktikan yang aku pun boleh nikah jugak walaupun aku takde couple. Bila tengok couple2 yang bermesra tanpa ikatan tu, aku rasa tercabar. Now, aku sahut cabaran tu. Aku takkan couple kecuali lepas nikah. Faham! Nak try, pi mintak borang kat mak aku. Budget kahwin and all marriage stuff, maybe next entry. Till then . . . 





Adiosa~~






p/s :: Sepatut di publish entry ni 31 Dis 2013 .. PM wannabe kan. Lupa terus nak ngapdate!