Kelik-kelik :)

Friday, April 19, 2013

Jejak kasih pulak!

Salaam,

Hey, everyone! Update blog selepas penat mandi kolam renang berbayar yang free depan rumah aku. HEHE. Ada faham ka saya cakap? Layan je. So, past few days. Aku pergi Batu Pahat, Johor. Dekat Parit Amat. Atok sedara aku meninggal daa. Sumpah, dari kecik aku tak pernah kenal pun dia siapa. Cuma dengar nama dengan tengok gambar jelah. Seriously, memang taktau pape. Pergi situ pun macam jumpa, salam, senyum, duduk. Sebab tak kenal sorang pun. Cuma ada sorang anak dia yang muka macam arwah lah. Sedikit sebanyak bolehlah tengok dia camne an.

So, lepas tu kitorang sambung pergi cari rumah tok Uda dekat Minyak Beku, BP. Cari, cari, cari. Tersasar pulak dekat laut. Rupanya rumah dia kena masuk simpang lagi satu tu. Nasib baik senang cari. Mak ayah aku cari pakai ingat-ingat je. Jumpa, tak jumpa tu nasiblah. 

Next, ayah aku pulak nak cari seorang pakcik ni time dia kerja dulu. Dekat Parit Yaani, BP kot. Drive jauh-jauh. Ayah aku kata, jangan-jangan dah salah rumah kot. Aku kata pergi tanya orang dulu. So, berhenti kat tepi jalan. Tanya orang kat rumah tu. And Alhamdulillah, rumah yang dia tanya tu rumah pakcik tu. Sebab mak aku yang cam pakcik tu. Seriously, aku tengok muka ayah aku time tu macam happy gila-gila. Yelah, 20 tahun cari baru jumpa. Mana tak happy!

Hahaha, apa-apa pun. Alhamdulillah, dah 20 tahun boleh jumpa balik. Semoga ikatan persahabatan tu kekal sampai bila-bila. InsyaAllah!




Adiosa~~

No comments:

Post a Comment