Kelik-kelik :)

Monday, April 22, 2013

He's different, insyaAllah!

Hey peeps! Salaam,

So, hari ni aku nak cerita pasal someone! Kenal dekat weChat je. Nama? Well, let's just call him Mr B. Oh no! Bukan "baby" ye dan jauh sekali "hubby". Kitorang pun baru kenal. Sorta two days ago. Dia add aku. Pastu borak-boraklah.

Tanggapan aku mula-mula,"Pergh, mamat ni bosan gila. Takde cerita best ke nak story?". Then, dah lama-lama borak tu. Aku start rasa yang ada sesuatu yang berbeza dalam diri dia. Dia tak macam lelaki-lelaki yang borak dengan aku sebelum ni. Macam lelaki lain kan selalu panggil sayang, ajak couple and other crazy stuffs like that. 

Tapi, dia ni suka cakap benda-benda pasal agama, kisah Nabi. But, the most yang aku suka, dia borak pasal tempat dia kerja dulu. Memang kagumnya dengan dia nih. Bayangkan, dia tanya khabar aku dalam bahasa Arab. HAHA. Nasib baiklah, aku paham sikit-sikit apa dia cakap. 

Dia pun hormat aku sebagai perempuan. Tak macam yang lain. Maksud aku yang hormat tu, tak mengorat dan tak nampak macam terhegeh-hegeh lah nak cari awek an. Setakat ni, Alhamdulillah, takde lagi nampak tanda-tanda nak buat aku jadi awek lagi. Jadi bini dia tu adalah. HEHE. 

Best part, aku tanya dia kenapa Islam mengangkat darjat seorang wanita/perempuan? Tahu jawapan dia memang awesome gilalah. Kalau aku tanya dekat yang lain pun belum tentu dapat jawapan macam tu. Siap penjelasan lagi. Aku macam, peh, respect gila dengan mamat nih. Macam nilah kalau nak buat calon suami. Biar muka tak hensem, janji agama tu bagus. Baru sweet-sweet leii! 

Proses kenal lagi, we'll see how we both get through this "relationship". Friendzone or more :)






Adiosa~~





No comments:

Post a Comment