Salaam! Haa, lama gila aku tak update blog nih. Busy sikit sekarang nih. Kenapa? Sebab aku dah kerja. Alhamdulillah. Walaupun gaji tak seberapa, tapi aku enjoy dengan kerja nih sebab memang jiwa aku lah. Jiwa seni kononnya. KEHKEH. Lupa pulak. Aku join pancaragam rela. Well, budak baru lagi. Freshie. HEHEE. Dalam ni aku main clarinet. Sila-silalah google kalau tak tau. Event pertama aku joined, Perbarisan 31 Ogos tulah. Best gila! Such an unexpected experience.
So far, alhamdulillah. Duduk situ best. Yang penting, kena pandai bawak diri je kat situ. Jangan jadi macam aku. Intro diri sendiri pun dah salah. So, lambat sikit dapat kawan. Tapi, lepas malam orientasi. Alhamdulillah, dapat geng sikit. Memang masuk mula-mula tu, macam orang bodoh je. Yelah, tak pandai ape-ape. Patut ada kursus, tapi dah takdak. So, kena sendiri lah. Everything! Sekarang boleh tiup clarinet sikit-sikit. Aku ada basic baca note music tu tapi berapa tahun dah aku tinggalkan. Sepatutnya, aku dah boleh tiup bunyi sebab dah 2 siri. Tapi .........
Member-member kat situ, best. Otak gila-gila. Gila aku tak boleh tunjuklah. Takut depa tak boleh bawak plak. HAHA. The coach sume pun memang ohsem2. Tapi yang slack kat situ, ada yang suka cari salah aku. Yelah, dah tanya soalan, aku jawab. Tuduh menjawab pulak. Tak paham jugak kadang-kadang tuh. Tapi, takpelah. Allah kan suruh kita selalu mengalah. So, hormat jelah diorang. InsyaAllah, aku tak ambik hati pun. Tapi, yang paling kena jaga kat sini. MULUT. Jangan pernah cerita hal personal kat sini. Kompem semua tahu. Taktau pulak ada radio bergerak. HEHE. Wallahualam.
Itu jelah gambaran yang aku nak kongsi dengan korang semua sikit-sikit. Basic jelah sebab takut. HEHE. Hopefully, everything will go perfectly and harmony. May Allah bless my new life :)
Adiosa~~
p/s :: Menunggu hari untuk digantung leher. God!
No comments:
Post a Comment