Kelik-kelik :)

Wednesday, July 3, 2013

Wedding Kak Sepupu: Part 1

Salaam! Korang semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Dari sehari ke sehari aku nak update blog. Tapi nak buat macam mana. Tahap kemalasan yang agak melampau memaksa aku untuk tidak menaip entry baru. Pasrah je bunyi. HAHA. So, hari Sabtu dan Ahad lepas adalah hari wedding akak sepupu aku. Merangkap akak ipar, insyaAllah. **gatai bunyi** HEEE.

So, entry ni akan ada dua part. Where, part 1, setakat bebelan tak bernoktah. HEE. Part 2, aku letak gambar jelah. Okay? Cun! Kitorang sampai situ petang Jumaat. Lepas solat Jumaat, semua dok pakat siap2 packing. Pastu gerak sana. Nasib time tu, rumah mak Itam tak ramai orang lagi. Seronok lah sebab takda "mulut bisa" tuh. HEHE. Hari Sabtu, depa nikah lepas 'Asar, malam pulak majlis berinai. Sumpah, mula2 aku blur majlis berinai tuh ape? Sebab hari Jumaat, malam Sabtu tu, kakak dah pakai inai. Takkan nak pakai lagi. Sekali tengok. Lah~ majlis menepung tawar rupanya. Aku mana tau. HEHEH.

Lepas majlis tuh, ada karaoke. Tau, 'dia' nyanyi lagu XPDC. Sumpah, tak best sebab pagi Ahad tu hujan turun dengan lebatnya. KAHKAHKAH. Aku nak jugak karaoke. Tapi, aku sedar diri. Suara katak kot. Bapak aku kata ape ko tak nyanyi je, long? Suara sedap tapi penakut. EHEH. Nak buat macam mana. Ramai baq hang. So, tengah dok melepak bawah khemah makan malam tuh. Adik pengantin lelaki tegur aku. Minum air je ke? Aku, senyum sambil hangguk. HEE. Pastu dia duduk depan aku. Duduk lama, agak aku tak tegur, dia blah. HAHAHA. Aku takda mood lah malam tuh. Ada mood, aku nak jugak borak. Tapi, aku keletihan leii!

Hari Ahad, majlis langsung. So, memang majlis sanding tanpa merenjis-renjis benda-benda pelik lah. Cuma part nih yang best sikit. Sebab pengantin kena bayar tol. Tak salah aku aritu ade 4 kali tol kot. Memang kopaklah pengantin lelaki. HAHAHA. Oh ya, lupa. Semua pakaian pengantin, direka khas oleh pengantin perempuan. Sangat omey-omey, bak kata orang sekarang. HAHAHA. Ehem, wedding aku, baju kurung je nanti. Sobs,sobs. HEEE. Nikah je pun. HEEE.

Overall, banyak yang sponsor aku tengok. I don't know lah kalau masing-masing ada niat sendiri. Wallahu'alam. Goodies bag dia, isi keropok dengan air mineral yang macam cawan tu. Cactus kot jenamanya. Memang budget lah yang sponsor benda alah tu. HEHE. Kak sepupu aku pun, ada time dia tengah emosi kot. Aku pun dah cuak je. Dia tengking adik dia, aku yang terkedu. HAHAHA. Time aku besok tah macam mana lah. HEEE. Jodoh pun takdak lagi, malas nak fikir jauh. NGEE~

Satu je persoalan yang kerap bermain dekat dalam otak aku nih. Kenapa dia tak compile kan semua kenduri tu. Kan senang, save budget lagi. Taulah itu anak perempuan pertama yang kahwin tapi kan ada anak perempuan lagi sorang. Time tu barulah boleh lebih sikit. HEHE. Tapi takpalah. Bukan anak aku pun yang kahwin. HAHA. Itu hak masing-masing kan. Sukatilah. So, stop here and aku akan post entry part two. Maybe besok ke jap lagi ke? Tengok tahap kerajinan aku lah. Okay ;)




Adiosa~~

No comments:

Post a Comment