Kelik-kelik :)

Wednesday, May 29, 2013

Kena kongkong dengan Parent.

Salaam. Macam biasa. Bab-bab mukadimah, aku fail terus nih. HAHA. Takda idea nak buat pasal apa. So, aku kongsi sikit pasal mak pak aku. Sikit je. HEHE. Macam yang pernah aku bagitau dengan kawan-kawan aku yang lain. Aku ni tak macam perempuan lain. Aku jenis yang jarang keluar rumah. Kira aku ni species baka baik-baiklah. **kononnya**. HAHA. Ramai jugak yang tak puas hati dengan aku and keep on pujuk aku sepenuh hati. HEHE. Bazir masa je! Aku hati kering, tak makan pujuk rayu hampa semua. 



Serius! Kawan-kawan aku yang gegirl ajak keluar, ayah aku tak bagi. Lelaki, memang taklah. HAHA. Semua kata ayah aku ni jenis yang suka kongkong anaklah. Tak sportinglah. Tapi, alhamdulillah! Berkat dari perangai ayah aku macam gitu, aku mampu elakkan diri aku dari dosa-dosa free. HEHE. 

Memang kadang-kadang tu rasa bosan sebab tak dapat nak keluar bebas mana-mana macam orang lain. Tapi, aku selalu tengok side yang lain. Selalu pesan dengan diri aku sendiri ni. Tunggu dengan sabar sampai satu hari nanti, yang halal bawak pergi. Haih! Lama tuh. HAHA. Pastu dok malayang otak aku siapa bakal aku! Sampai kanda Fahrin Ahmad pun masuk sekali . -_-'

So, apa yang penting sekali mak pak aku sporting gila-gila. So, takdelah rasa tintong sangat. Best part, bila ada orang dok tanya macam mana mak ayah aku. Aku suka kata depa tu garang gila! HAHA. Biar semua orang takut nak buat aku jadi bini. HEHE! 





Adiosa~





p/s :: Baru perasan macam ada yang tak kena dengan isi entry aku. Lantak ah! Maleh den nak boto an :3

Tuesday, May 28, 2013

He scary enough!

Salaam! Makhluk Tuhan yang paling seksi semua! Okay, bab mukadimah jer aku blur. Tidakkah hampeh disitu. HAHA. Scary? Apa yang scary nye? So, adalah mamat sorang nih. Ingat entry aku yang lepas? Pasal mamat yang ajak aku kahwin ye ye tuh. Pasal dialah. Wallahi, bukan niat aku nak mengata atau mengumpat. Cuma aku sumpah sesumpah-sumpahnya tak selesa dengan dia dah. Pasal apa? Dia masuk bab-bab personal yang terlampau personal kot.

God! I love Shaggy's facial expression! Cute!


Haa, nak tau pasal apa? Tadi, aku kata aku nak tidur sebab pening kepala. Actually, aku malas nak layan text message manusia dah. HEHE. So, dia boleh kata,"Period ke?". Aku pun macam, uish! Bengong gila mamat nih. Ada tanya macam tuh. Weirdo!!

Then, haritu. Dia ada tanya soalan pelik gila. Dia tanya pasal period paling lama berapa hari, senggugut dan semua-semua pasal orang perempuan. Time tuh, aku hangin kot. Aku tanya, apasal tanya soalan pelik-pelik. Dia jawab, tu kan kesihatan. 

Huish, alasan kau. Bajet kau macam darah daging aku je kan. Bakal laki aku confirm-confirm taklah. Orang asing tanya benda personal. Even, mak pak aku pun tak pernah tanya benda tu semua. Eww! Jenis-jenis manusia begini yang aku nak elak. Imaginasinya mungkin ter"over dose". Selagi boleh aku lari, aku jauh. Aku jauhkan. Allah lebih tahu rasa hati aku nih dengan manusia macam nih. Gosh!




Adiosa~

Monday, May 27, 2013

Muda dah beruban.

Salaam! Test type pakai font nih pulak. Nampak cun je. HEHE. So, back to our topic. About grey hair or we called as "Uban". Kenapa pulak aku tiba-tiba bukak pasal uban nih? Muda lagi kot. **buat gaya kekwat**. HEHE. 



Takdelah. Cuma haritu, pakcik aku tiba-tiba tegur aku. Tengah dok lepak-lepak nih. "Su, apasal banyak sangat uban kat kepala kau nih?". Hallamak, dah semua pandang aku macam tak pernah tengok manusia. Senyum kambing jelah. HAHA. 

Dia nak cabut uban aku. Aku mengelaklah. Alasan sakit. Tapi dalam hati asyik menjerit-jerit. **tak payah cabut, tak payah cabut. Uban kan pahala** HEHE. Tapi bila rambut dah putih banyak nanti, boleh berlagak macam orang oversea! HAHA.




Adiosa~

Sunday, May 26, 2013

Salah ke kahwin muda?

Salam! Baru ingat nak update pasal benda nih kat blog. HAHA. Confirm traffic naik ah! Kahwin muda. Topik yang sering dibincangkan didalam dunia. Wah! Okay. Semalam balik kenduri. Takde idea nak bebel dalam kereta, aku bukalah pasal kahwin muda. Tu dia! Debat bagai nak gila dengan mak aku. HEHE. Susah betul nak yakinkan dia pasal kahwin muda nih. HUH!


Pastu aku bukak pasal "Nikah Khitbah". Nikah dulu, duduk asing2. Aish! Kalah jugak. HAHA. Aku baru nak kata, " Mak, nak kahwn. Tapi mak cari calon dia. Nak elak fitnah orang semua.". Huh, simpan terus niat tuh. HAHA. Takpalah mak pak oii! Aku tahan jelah selagi boleh. Takut jugak tersasar satu hari nanti. HEE. Aku pun manusia biasa je. :P



Adiosa~

Semalam di Bahau!

Salam semua! As being written as the title of this entry. Semalam aku pergi Bahau. Rumah makcik aku. Ada kenduri masuk rumah ke apa tah. And no! Tak ramai pun yang datang semalam. Sebab dekat situ ramai sangat dok sibuk buat kenduri. Dan selepas kenduri tuh. Ada macam "Perkampungan" sekejap. Aku pun first time dengar benda tu. Dalam kepala aku, nanti orang datang ramai-ramai tidur semalam kat rumah tu. Aku pun, err! Datang anak buah aku, dia kata "perkampungan" tu macam bincang-bincang pasal balai, masak-masak ke time kakak sepupu aku kahwin. Loh! Gitu je. Malu cek! HEE.



And the worst part. Dia yang bengong tu. Tengah baring-baring bangun. Terus cakap," Tak buat kerja pun sakit mata an". Pastu dia keluar. Macam bagus je. Benci kat aku pun tak payahlah kata gitu. Sentap kot! Dah lah mak sendiri buat kenduri, dia pergi weng sana-sini dengan kawan-kawan dia. Bukan nak tolong pun kat rumah tu. Baaga!

Time nak balik malam tadi. Salam semua orang. Sampai dekat tunang kakak, aku skip. Pastu, anak buah aku tanya," Eh, tak salam abang Awang ke?". Aku senyum je dengan dia. Dah besar nanti kau fahamlah. Takpun tanya sama ayah kau. So, breath in and out! That's the story! And ya, aku takkan pergi ke rumah dia time kakak kahwin nanti. Taknak orang dapat dosa sebab aku. HEHE.




Adiosa~

Friday, May 24, 2013

Cerita lama : Terengganu, Aku Datang!



Salam alaik! Haa, kali ni aku nak cerita pasal trip aku ke Terengganu. Actually, cerita ni agak basi kot. Tapi, lupa nak update. HEHE. Aku pergi masa bulan puasa tahun lepas. And it's was the best experience ever! Like super, duper, awesome trip. HAHA. Okay, overdose! Sampai sekarang still teringat-ingat lagi dengan wajah-wajah yang aku jumpa kat sana. Ya Allah, terlampau rindunya aku dekat depa semua. Wallahi! 

Well, mula-mula memang agak ketaq lutut habaq hang! Yelah, tempat orang. Meeting manuisa-manusia yang tak pernah aku jumpa. And the worst! Dia tak cakap dia ada abang. But, luckily, aku tak tangkap cintan sebab ada pemilik hati dah time tuh. HEHE. Okay, journey was like 6-8 hours. Gerak tengah hari sampai sana maghrib. And guess! Sampai je sana, family dia suruh pergi rumah sedara dia. And shock me yang memang ramai gila manusia kat situ. Dah lah banyak abang-abang je. Handsome2 kot. HEE. Okay, lupakan part tuh. Makan pun macam nak taknak je aku. HAHA. So, after the prayer. Kitorang gerak dgn akak dan abg ipar dia.

side of her house!

So, memang tak banyak aktiviti lah yang aku buat kat situ. Tapi, aku ni jenis home person, so setakat duduk rumah tu. Was not a big deal kan. The best part! Tiap-tiap kali solat tarawih, confirm rumah dia penuh dengan jiran-jiran yang merangkap saudara dia juga. Okay, boleh cari calon mertua! KEHKEH. So, kitorang buka puasa dekat Pantai Batu Buruk, dengan mana tah. Satgi aku letak gambarnya kat bawah. Then, malam last tu jalan-jalan ke Mydin, Masjid Kristal dan pergi sappede' dekat bawah jambatan. 

Kanda Fahrin nak enterframe jugak?


Jumpa kereta nih! Awesome sticker kot! =D

Le beautiful, Masjid Kristal <3

View dari kedai dekat jambatan tuh. Heee






Okay! Finished!

Last picture to show is my family in Terengganu. So, harap lepas ni makin selalulah aku jejak kaki dekat Terengganu. God! How I miss them. Okay! Terengganu will be my next honeymoon destination, after Australia. HEE. InsyaAllah!!









Adiosa~~

Thursday, May 23, 2013

Aku? Budak?



Salam guys!! Okay! Tajuk entri, isi dengan gambar takde kena mengena antara satu sama lain okay! HEHE. Just nak share satu hal ni. Ada mamat nih. Age around 30+. Kawan wechat aku jugak! Now, the story. Setiap kali chat dengan dia, confirm ada benda aku tak puas hati dengan dia. For the obvious thing is cara dia reply chat2 aku tu macam aku ni budak-budak lagi. Come on, dude! Don't ever do that to others. Sebab dia akan reflect balik tentang diri kau. You're old!

HAHA. Okay, lagu Gee covered by SuJu. Totally bored! Iklan, harap maklum. Okay, sambung. The most annoying part bila dia start bukak masalah kerja dia dekat hospital tu dengan kisah-kisah bekas tunang dia. Gosh! Get a life, bro! Dia dah jadi bekas tunang kau. Worst, bini orang dah pun! Toksah lah nak dikenang-kenangkan. Buat tambah dosa je dok kenang kat bini orang. 

Seriously, nak kawan dengan aku, harus tahan otak gila-gila aku nih. Tapi ni, tiap kali aku buat lawak. Dia macam takda respond. I mean, at least, ko tulis " HAHA " ke. That's enough. Tapi, he's replied " ye le ", pastu buat don't know. Macam tengah chat dengan tiang kot. Takkanlah takde sekelumit kesian kat hati kau. Penat kot aku tulis. HEHE. Bm aku! Kadang-kadang, aku balik yang tingtong layan dia. Dia selalu dengan ayat famous dia. "Nasib badan".

Haih! Manusia macam-macam perangai. Layan jelah selagi mampu! Eventhough, I'm going to puke :P



Adiosa~

Monday, May 20, 2013

Scary or Crazy??

Hey guys! So, let me ask you a question! Do you believe in psychic thingy? Si or No? Guess what? Someone pergi jumpa psikik bagi pihak aku. Sebab apa? Pasal ada dua orang mamat yang aku taktau asal usulnya dan ajak aku kahwin! HAHA. Ehem! Yang sorang tuh bujang dan yang sorang tuh duda. KEHKEH. Cerai hidup. So, tanya cousin aku, family aku. Depa kata baik ambil yang bujang tuh. Okay! I can live with that.




So, datang kawan mak aku. Cakap2 pasal psikik sorang nih. And there they goes! To check whom is the best. Balik, mak aku bagitau yang psikik tu kata yang bujang tu bagus sikit dari yang duda tuh. Yang duda tu agak sosial sikit and etc,etc. Aku pun peliklah sebab cara dia layan aku macam good-good je. Wallahua'lam! 

And dia bagitau jugak yang aku dengan mamat yang bujang tu agak kuat. Jodoh mungkin. I don't know. Sama ada nak percaya atau tidak kata-kata dia. Still buntu sampai sekarang sebab yang bujang tuh kejap mau kawin kejap salahkan aku sebab taknak kawin awal. Gah~ Aku jugak yang kena. Lahabau! 

Ape-ape pun. Hopefully, Allah will give me the best among others! InsyaAllah :) Hanya mengharapkan kuasa Allah je sekarang.





Adiosa~~

Friday, May 10, 2013

Makeup time!


Eh? No lah bukan aku yang nak makeup. Tapi nanti kampung aku ada buat bengkel jahit dengan solekan. HAHA. Aku kena makeup memang jadi hantu lah. First time makeup dalam bengkel hari tu. Err, sangat tak best. Balik rumah, ayah aku kata,"Ni jepun mana datang ni?". Bantai gelak!

Model paksa-rela kot. Time aku makeup orang kata kasi pekat lagi. Hei, cikgu! Saya kasi light makeup je. Saya tak pandai nak makeup special effect. Yelah, kasi tebal 3 inci. HEHEHE. 

Lepas ni, dia buat lagi bengkel tapi kas up satu hari lagi. Aku mau kasi mantap ilmu aku nih. Senang! Kahwin nanti buat sendiri. Takyah bazir tempah mak andam. HEEE.

Thursday, May 9, 2013

Mood tak baik!

Salaam guys!


ihsan google leii

Setiap kali nak update blog, confirm semuanya hilang. Tak ke mintak kaki namanya otak aku nih! Haish. So, how's your day? Hari ni, aku memang spoil mood habis kot. Tak tahu apa puncanya. Tetiba rasa semua aku buat semua salah. Semua tak kena. And guess what? Dah ada jadi mangsa aku tadi. Not lah kena maki hamun bagai. Tapi, aku layan dia teruklah. Selalu kalau dia jadi annoying, aku pun jadi annoying jugak. Tapi tadi, aku jadi malas nak layan dia dah.

Kesian! Tak pasal-pasal je kena. Time kat facebook pulak. Ada yang ajak webcam. HAHA. You know yourself, kan? Aku tolak baik, nak jugak ngajuk. Sorrylah! Aku memang tengah stress gila-gila. Baru ingat nak story kat kau, tapi kau .... Just forget it. Abang angkat aku pun sama jugak. Hari tu aku cerita kat dia masalah aku. Dia duduk buat " -_- ". Aku tau, aku tak patut cerita masalah aku kat orang. Tapi, aku nak orang dengar je. Cukuplah. 

Tau tak. Hidup aku memang tak tenteram dah sekarang. Depan family je aku gelak-gelak. Tapi, takde sorang pun yang tahu apa yang ada dalam hati aku ni. Entahlah! Mungkin aku ada buat dosa kut. Lalai dengan tanggungjawab aku dekat Dia. Haih! 

Nak wailing dekat sini panjang-panjang pun bukan ada yang peduli. Takpelah. Forever alone takpa. Janji Allah itu senantiasa ada! :) Fighting~~ 





Adiosa~~





p/s: Mai lantak roti canai ramai-ramai. Jemput~ HAHA