Kelik-kelik :)

Tuesday, November 12, 2013

I hate this feeling!

Salaam! Baru nak masuk tidur. Last2, tak jadi. Depression pulak tiba-tiba. Kejap rasa nak menangis, kejap nak tergelak. Rasa gelisah, tak tentu arah. Pusing kanan tak mampu, pusing kiri tak mampu. Tutup muka dengan bantal. Pengsan terus, tak cukup oksigen. Okay! Aku melawak cikai. Sila jangan gelak.

Mungkin jugak sebab aku terlampau fikirkan keadaan sekeliling yang tak terlalu penting. Ataupun sebab aku kecut perut sebab appointment dengan dentist sabtu nih. Terlalu banyak benda yang terjah masuk dalam zon bahaya otak aku ni sekarang. Yang boleh buat aku jadi gila dalam masa seminit. Takpe, takpe. Sekarang kita muhasabah diri sampai tertidur. Itu yang terbaik mungkin. Chow dulu. 



yeap, that's right, boo !



Adiosa~~





p/s :: Bak kato kawan den, mornite :D

Ini pasal TREND !

Salaam! Hey korang. Somebody has new blog and she doesn't know mine. Sebab aku kata aku takde blog. Kejamkah aku? Kejamkah? HAHA! Memang harus aku rahsiakan kewujudan blog yang dah lama wujud ni. Bukan apa cuma takut akan berlaku kesalahan faham. Eh, ke salah kefahaman? Kefahaman yang salah? Kefahaman kesalahan? Ya, whatever! Yang penting korang faham ayat aku tu. 

So, back on our topic for today! Aku nak cerita pasal trend. No, bukan InTrend. Benda ni dah lama aku perhatikan. Dari dunia luar membawa lah ke orang sekeliling aku. Okay-okay. Bebel panjang-panjang bukan korang faham pun. Aku bagi contoh eh. Yang paling obviousnya, pemakaian spek mata. Kalau dulu, bila orang pakai spek bingkai besar ke bulat ke. Confirm kena gelak kaw-kaw pastu kena panggil 'NERD'. Tapi sekarang, ramai pulak yang pakai spek gitu. Fesyen konon. Padahal .... **malas nak tulis**

Second, pemakaian kain. Fesyen baju, dressing and what so ever. Zaman sekarang ni kalau kita. Especially aweks2 ni pakai yang besar sikit, yang labuh. Kira standard tutup aurat lah. Mesti ade mulut bangkai kata kita kolot, ketinggalan zaman etc,etc. Tapi diorang taktau dia tu yang ketinggalan zaman. Mana tak. Setahu aku zaman2 jahiliyah dulu je yang tak cukup kain. Kan,kan? Mana yang tak cukup kain sekarang, cukup-cukupkanlah kain tu. Jangan sampai dapat subsidi. KEHKEH.


*gambar hiasan*

The last one, trend slipper. Dulu, kalau pakai selipar sebelah lain. Confirm kena gelak guling-guling tahap gajah beranak. Wah! Ganas2. HAHA. Dari jauh dah perasan, "Wey, tipah pakai selipar lain doh!". Tapi zaman sekarang, dok bersepah orang jual selipar lain-lain. Macam dah takde idea je. Korang perasan ke tak? Ke aku sorang je yang ada imaginasi berbeza nih? Lantaklaa ...!!






Adiosa~

Friday, November 1, 2013

Sannah helwah, Suraya!

Encik Google pun wish dekat I :') HAHA

Salaam! Lama tak ngapdate blog. Busy gila baq ang. Anyway, saya pun dah lapang sekarang. Puih, saya tetibe. Aku sekarang tak busy. Cuti buat seketika. Eh, dah lupa dah nak taip apa? Lama sangat aku tinggalkan dunia blogger ni. As usual, mukadimah aku mintak kahak. Stop!

Hari ni, 1 November. Maka secara official nya, aku dah pun masuk 20 tahun. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan lagi nyawa aku hingga ke saat ni. Banyak sangat hal-hal yang aku tempuh sepanjang tahun ni. Banyak duka dari suka. Tapi itulah kehidupan. Takde semua tu, maknanya tak normal lah kau. HAHA.

Paling, paling aku terkilan sangat dengan someone. Dok pungpang sana, pungpang sini cakap aku best friend dia lah. Apalah. Tapi birthday aku pun dia tak ingat. Kalau setakat jenguk facebook, ade noti birthday aku arini, wish. Baik tak payah. Sahabat yang baik akan ingat semua perihal sahabat dia. Nampak kan. She doesn't mean when she say i'm her best friend. Tengok, marah tahap skeping London. Eh, speaking. HEE.

Tapi, yeah! Aku tak peduli semua tu. Yang penting, family aku masih ada di sisi aku. Masih support aku, masih semuanya. Kapit bisig! HAHA. Taktau maksud dia, tanya google. Wishing a good life incoming, incoming prosperity and as well as a good future husband for family and future kids :) Ameen!




Adiosa~~




p/s :: Arini interview SPA pukul 8, tapi bangun pukul 10. Nampak tak permainan dia :P