Salaam! So today, aku tetiba rasa nak put on entry tentang 'AIB' pulak. Aku bukanlah ustazah wannabe atau ape-ape pun. Cuma, benda ni aku tengok makin lama, makin menjadi-jadi pulak. Nak-nak baru lepas berlaku satu kejadian yang tak diingini. Dan disebabkan kejadian tu, ramai yang bersangkut paut and so on and so forth.
Based on kejadian tu, aku cuma rasa terkilan sangat-sangat dengan perangai sesetengah orang tu. Let's put them as anon, okay. So, salah satu anon ni yang start kan kejadian tu. Tapi, bila benda tu dah melarat and maybe dia dah malu dan mula sedar yang dia dah salah. Time tu dia start buka aib anon yang lagi sorang nih.
Bukan aku nak menyibuk hal orang atau ape-ape. Cuma tak baiklah kalau kau gunakan aib orang dengan cara macam tu. Pakai keluar dosa, pahala. Kurang agamalah. Tak kisahlah gitu tapi bila kau dah start kata gitu, kau pun kenalah betulkan diri kau tuh jugak. Sebab tak guna kalau kau bash orang lebih-lebih tapi kau pun buat benda yang sama.
Itu masalah dia dengan yang lain and kau takde hak nak kata apa-apa. Disebabkan mulut kau, tak pasal-pasal ramai orang yang tak bersalah jadi mangsa. Yang tak tau ape-ape pun terbabit sama. Kat situ kau dah buat dua kesalahan dah; buka aib orang dan menyakitkan hati orang. Sepatutnya kau mintak maaf kat diorang tapi kau keruhkan lagi keadaan.
Manusia kan. Tapi kadang-kadang tuh kenalah bertolak ansur sikit ke ape-ape ke.
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Adiosa~~
Salaam. Post yang ni pendek je kot. Sebab ada lagi post lain yang aku nak muat naik. **Skema ayat**, HAHA. So, semalam memang aku rasa benda yang selama ni aku nak jadikan kenyataan. Akhirnya dah tercapai. Alhamdulillah!
Biasalah. Kalau dah nama 'family' tu memang tak sah kalau tak jadi pergaduhan. Kalau tak gaduh kecik, mesti gaduh besar. Makcik aku dengan family aku, lama dah tak bertegur sapa. Lepas baca semua hadis, articles, ayat2 Quran tentang hubungan silaturrahim. 3 malam lepas, aku nekad pergi kedai makcik aku.
Buat-buat lepak dekat situ. Then, tengah mencekik, makcik aku keluar. So, dengan muka orang lapar, bangun , salam dia. Borak-borak la lebih kurang. Alhamdulillah, esoknya dia datang rumah, jenguk wan aku aka mak dia. Pastu, boleh gelak-gelak dengan family aku. Memang rasa berbaloilah aku demam. Janji depa dah berbaik. Harap sampai akhir hayat :)
Adiosa~~
Salaam! Haa, lama gila aku tak update blog nih. Busy sikit sekarang nih. Kenapa? Sebab aku dah kerja. Alhamdulillah. Walaupun gaji tak seberapa, tapi aku enjoy dengan kerja nih sebab memang jiwa aku lah. Jiwa seni kononnya. KEHKEH. Lupa pulak. Aku join pancaragam rela. Well, budak baru lagi. Freshie. HEHEE. Dalam ni aku main clarinet. Sila-silalah google kalau tak tau. Event pertama aku joined, Perbarisan 31 Ogos tulah. Best gila! Such an unexpected experience.
So far, alhamdulillah. Duduk situ best. Yang penting, kena pandai bawak diri je kat situ. Jangan jadi macam aku. Intro diri sendiri pun dah salah. So, lambat sikit dapat kawan. Tapi, lepas malam orientasi. Alhamdulillah, dapat geng sikit. Memang masuk mula-mula tu, macam orang bodoh je. Yelah, tak pandai ape-ape. Patut ada kursus, tapi dah takdak. So, kena sendiri lah. Everything! Sekarang boleh tiup clarinet sikit-sikit. Aku ada basic baca note music tu tapi berapa tahun dah aku tinggalkan. Sepatutnya, aku dah boleh tiup bunyi sebab dah 2 siri. Tapi .........
Member-member kat situ, best. Otak gila-gila. Gila aku tak boleh tunjuklah. Takut depa tak boleh bawak plak. HAHA. The coach sume pun memang ohsem2. Tapi yang slack kat situ, ada yang suka cari salah aku. Yelah, dah tanya soalan, aku jawab. Tuduh menjawab pulak. Tak paham jugak kadang-kadang tuh. Tapi, takpelah. Allah kan suruh kita selalu mengalah. So, hormat jelah diorang. InsyaAllah, aku tak ambik hati pun. Tapi, yang paling kena jaga kat sini. MULUT. Jangan pernah cerita hal personal kat sini. Kompem semua tahu. Taktau pulak ada radio bergerak. HEHE. Wallahualam.
Itu jelah gambaran yang aku nak kongsi dengan korang semua sikit-sikit. Basic jelah sebab takut. HEHE. Hopefully, everything will go perfectly and harmony. May Allah bless my new life :)
Adiosa~~
p/s :: Menunggu hari untuk digantung leher. God!