Kelik-kelik :)

Friday, July 26, 2013

Borak kosong #8: Video yang menceritakan

Salaam, macam malas je nak cerita harini. So, aku letak video lagu-lagu jelah. So, then korang boleh agak aku tengah macam mana sekarang, okay? HEEE








Noted to anons: Bila mana mak pak aku gaduh, aku gelak je tengok. Bukan sebab aku suka, tapi sebab aku taknak orang tengok susah hati aku time tuh. Always noted to myself yang penceraian bermula dari pergaduhan. So, tak payah nak laser sangat mulut tuh. Allah yang tau buruk baik aku :')




Adiosa~~

Wednesday, July 17, 2013

Borak kosong #7: Bangsa berbeza.

Salaam! Hey, korang-korang. Selamat berpuasa. HEE. Lambat seh nak cakap. Alhamdulillah, seminggu sudah kita puasa. Harap semua puasa penuh, allright! Yang tak penuh, tak payah raya. KEHKEH. 

So, hari ni aku nak membebel pasal somebody yang agak menyakitkan hati. HEE. Benda ni jadi haritu. Budak ni pun aku kenal dalam seminggu macam tu dan dia dari races yang lain. Warganegara Malaysia. HOHO.

Start kenal sampai seminggu tu memang okaylah. Kitorang selalu mesej dan chat. By the way, aku kenal dia dekat Tagged. Tau? Taktau, google. Borak punya borak. Adalah, one fine day tuh, dia ajak aku jumpa. Dekat Seremban. Lebih kurang 1 jam dari tempat aku lah. Tapi, aku tolak baik-baik sebab akukan memang tak suka nak jumpa lelaki semua nih kan. 

Tau apa aku dapat lepas aku tolak? Baik punya kutuk dia bagi. Siap panggil aku sundal kot. Lagi tak boleh blah, dia siap kutuk melayu. Memang menyirap gila mati aku time tuh. Tapi, tulah. Aku sabar sebab aku taknak orang Melayu dipandang negatif dengan depa. So, apa aku buat aku tegur dia cara elok. Nak maki hamun, tak boleh. Besok dia cari aku, kasi kiok. Naya je. HUHU. Sekarang memang dah lost contact terus. Malas nak layan manusia macam tuh. Haih!

Moralnya, kita ni dah hidup bermacam bangsa dari dulu. Dari zaman perang lagikan. Aku rasa tak patutlah kalau kita satu negara buat macam tuh. Lagi satu nak tegur, yang menteri-menteri pun. Sepatutnya kalian semua cari jalan macam mana nak satukan balik hati-hati rakyat. Bukannya pergi burukkan bangsa lain sebabkan parti. Dah tua tapi akal macam budak-budak. Aku pun ramai je geng bangsa lain. Tapi disebabkan sorang nih, aku terkilan. Mindset kita kot. Pikiaqlah sama-sama.



Adiosa~~

Sunday, July 14, 2013

Wedding Kak Sepupu: Part 2

Salaam! As being promised, yang part 2 ni khas untuk gambar ketika wedding. Okay, sedar takdak siapa nak baca. HEHE. Pedulikan! Dan ya, tajamkan mata pakai sharpener sebab aku nak letak gambar Aman nih. HAHA. Siapa yang baca entry lepas-lepas tu, insyaAllah akan ingat kata-kata aku. Where aku akan letak gambar dia. Sorry for some photos yang tak berapa nak cantik. So, enough membebel. Here's the occasion :)




Ini 'bunga telur' made of tissue paper and sponsored by maksu. Sangat comel dan banyak untuk dibuat. Mengantuk aku buat. HEHE



Here's the door gifts ke ape benda tah. Buat pun memang banyak. Berpeluh sebab kipas tak on. Hampas jek. HAHA. Isi dia keropok Moni yang siap digoreng dengan air mineral yang cawan tuh. Tau an, an? 




Ini pulak hantaran belah lelaki. Yang belah perempuan tak sempat snap. Sangat rugi kan. Haih---







Gambar pengantin aku tak boleh letak banyak-banyak sebab tak dapat permission owner. Cukup sekadar hiasan okay. HEEE. Last picture, ayah karaoke. Lagu wajib DJ Dave's. Berlawan-lawan dengan kembar dia. HAHAHA. Bet you've found which one is Aman. Dia tak comel, tak hensem but he's too sweet. HEEE. **gedik sat**

So, itu sedikit sebanyak yang berlaku. Walaupun tak banyak gambar, at least dapat tangkap majlis tu macam mana kan. Lepas ni turn sepupu sebaya aku yang perempuan dengan abang Ajib. Turn aku? Tunggu wedding Aman selesai :D





Adiosa~~

Wednesday, July 3, 2013

Wedding Kak Sepupu: Part 1

Salaam! Korang semua apa khabar? Sihat? Alhamdulillah. Dari sehari ke sehari aku nak update blog. Tapi nak buat macam mana. Tahap kemalasan yang agak melampau memaksa aku untuk tidak menaip entry baru. Pasrah je bunyi. HAHA. So, hari Sabtu dan Ahad lepas adalah hari wedding akak sepupu aku. Merangkap akak ipar, insyaAllah. **gatai bunyi** HEEE.

So, entry ni akan ada dua part. Where, part 1, setakat bebelan tak bernoktah. HEE. Part 2, aku letak gambar jelah. Okay? Cun! Kitorang sampai situ petang Jumaat. Lepas solat Jumaat, semua dok pakat siap2 packing. Pastu gerak sana. Nasib time tu, rumah mak Itam tak ramai orang lagi. Seronok lah sebab takda "mulut bisa" tuh. HEHE. Hari Sabtu, depa nikah lepas 'Asar, malam pulak majlis berinai. Sumpah, mula2 aku blur majlis berinai tuh ape? Sebab hari Jumaat, malam Sabtu tu, kakak dah pakai inai. Takkan nak pakai lagi. Sekali tengok. Lah~ majlis menepung tawar rupanya. Aku mana tau. HEHEH.

Lepas majlis tuh, ada karaoke. Tau, 'dia' nyanyi lagu XPDC. Sumpah, tak best sebab pagi Ahad tu hujan turun dengan lebatnya. KAHKAHKAH. Aku nak jugak karaoke. Tapi, aku sedar diri. Suara katak kot. Bapak aku kata ape ko tak nyanyi je, long? Suara sedap tapi penakut. EHEH. Nak buat macam mana. Ramai baq hang. So, tengah dok melepak bawah khemah makan malam tuh. Adik pengantin lelaki tegur aku. Minum air je ke? Aku, senyum sambil hangguk. HEE. Pastu dia duduk depan aku. Duduk lama, agak aku tak tegur, dia blah. HAHAHA. Aku takda mood lah malam tuh. Ada mood, aku nak jugak borak. Tapi, aku keletihan leii!

Hari Ahad, majlis langsung. So, memang majlis sanding tanpa merenjis-renjis benda-benda pelik lah. Cuma part nih yang best sikit. Sebab pengantin kena bayar tol. Tak salah aku aritu ade 4 kali tol kot. Memang kopaklah pengantin lelaki. HAHAHA. Oh ya, lupa. Semua pakaian pengantin, direka khas oleh pengantin perempuan. Sangat omey-omey, bak kata orang sekarang. HAHAHA. Ehem, wedding aku, baju kurung je nanti. Sobs,sobs. HEEE. Nikah je pun. HEEE.

Overall, banyak yang sponsor aku tengok. I don't know lah kalau masing-masing ada niat sendiri. Wallahu'alam. Goodies bag dia, isi keropok dengan air mineral yang macam cawan tu. Cactus kot jenamanya. Memang budget lah yang sponsor benda alah tu. HEHE. Kak sepupu aku pun, ada time dia tengah emosi kot. Aku pun dah cuak je. Dia tengking adik dia, aku yang terkedu. HAHAHA. Time aku besok tah macam mana lah. HEEE. Jodoh pun takdak lagi, malas nak fikir jauh. NGEE~

Satu je persoalan yang kerap bermain dekat dalam otak aku nih. Kenapa dia tak compile kan semua kenduri tu. Kan senang, save budget lagi. Taulah itu anak perempuan pertama yang kahwin tapi kan ada anak perempuan lagi sorang. Time tu barulah boleh lebih sikit. HEHE. Tapi takpalah. Bukan anak aku pun yang kahwin. HAHA. Itu hak masing-masing kan. Sukatilah. So, stop here and aku akan post entry part two. Maybe besok ke jap lagi ke? Tengok tahap kerajinan aku lah. Okay ;)




Adiosa~~