Kelik-kelik :)

Sunday, February 2, 2014

Kepala pusing ..!

Salaam!

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam tak senang je. Semua benda aku buat macam dah takda passion. Macam buat kena paksa je. Maybe sebab aku asyik fikirkan someone or something. Haa, truth is aku tengah fikirkan masa depan. Perkahwinan, kehidupan selepas kahwin. Seriously, kepala aku dah berat sebelah. Dah sewel sikit. HAHA.

Ada mamat ni. Seems to be serious jugaklah. Parents pun dah suruh dia datang rumah untuk jumpa apa semua. Diorang okay. Tapi, masalahnya dia tak bekerja. Dia bagitau aku, dia kerja kampung. Aku okay je. Takde masalah pun bab tu. Sebab bagi aku setiap pernikahan tu ada rezeki dia sendiri. Parents jelah. Takut anaknya nih tak makan. Atok aku pun cakap gitu. Benda tu yang buat aku pening. Should I go on with him or what?

Ye, aku tau pekerjaan tu penting. Sebagai masa depan kita jugak kan. Tapi dia buat endah tak endah. Dia kena panggil interview kerja, gaji tetap tiap-tiap bulan tapi dia tolak. Aku pun taktau nak cakap ape dah. 




Adiosa~~~