Kelik-kelik :)

Tuesday, January 20, 2015

Hardship moment!

Assalamualaikum ...

So, malam ni. No, harini. Memang down gila2 mood aku. Latihan tadi pun asyik salah2 je. Inhale, exhale. Serius aku kate memang ini malapetaka paling besar yang pernah aku alami dalam hidup aku. Aku rela lagi kena fitnah dengan manusia sekeliling dari biar hal ni terjadi.

Huuhhh! 

Aku nak cite panjang lebar pun tak boleh.  Aib sendiri. My waterface will drop down. Haha. Seriously, aku memang susah hati sangat hari ni. Susah hati yang teramat sangat3. Tapi, aku gagahkan jugak hati ni. Berusaha untuk simpan sedalam-dalamnye rasa sedih, susah hati ni. Allah .... aku tak pernah rasa dugaan yang lagi besar, lagi berat daripada nih.

Esok, ayah aku datang! Aku taktau macam mane nak berdepan dengan die. Nak buat normal. Gah~ Semua tu perlukan mental yang kuat. Kuat sangat! Well, doakan aku untuk kuat geng! Sekarang aku lagi perlukan sokongan dari semua orang. Aku tak dapat nak lakukan sengsorang .. .. ..





Adiosaa~

Thursday, January 15, 2015

Entering 2015!

Assalamualaikum ...

Happy 2015. Dah masuk tahun baru dah. Dan ini adalah first entry untuk tahun ni. Menandakan aku dah 22 tahun. Ergh, makin tua, darn! Haha. Rasenye entry aku untuk 2014 tu boleh dibilang guna jari kot. Nevermind.

So, insyaAllah, tahun ni aku cuba untuk selalu update blog ni. Well,maybe dengan entry2 yang lebih matang dari sebelum. Tapi, kalau aku dok mengarut-carut tu bukan sebab tak matang tp tengah masuk air. Okay, lawak tak sampai. Macam yg lain, banyak benda yg dah aku lepasi. Well, I did drop my study, drop my work but then aku keja terus sini. InsyaAllah, sampai aku taK larat maybe.. hehe.

Everything went to fast. So, aku cuba untuk tidak menyesal dan mengeluh dengan jalan hidup yg aku pilih sekarang nih. Walaupun aku tau semua tu berat untuk dilalui tapi alhamdulillah, semua benda tu buat aku sedar yang kehidupan ni bukan mudah. Complicated yet simple. Kot .... **krik,krik**

So, tahun lepas jugak aku berjaya kerja full tanpa cuti, yeay for me! Tahun ni sepatutnya start dengan Sarawak. Oleh sebab cuaca dan musibah yg melanda. Majlis tu di postponed bulan Februari ni. Tapi tengok keadaan macam tak jadi je sbb Serawak tgh bah sekarang kan. Not to worry, kitorang ade misi lain. Selected for helping those flood victims in Kg Chenor, Perak. Seriously, I don't know the exact location was. Hee..

Let just hoping for the best this year! InsyaAllah. Woah, I think I got lots and lots of story to tell. But lets keep it for a moment. Sebab takut gak seru .. haha. And ya, doakan lah rezeki aku mencurah-curah tahun ni. Cari duit standby nk kawin tahun dopan, hakhak! Post more later :D God, I miss my blog!

Adiossaaaaah~~~

Monday, October 13, 2014

14 October 2014

Assalamualaikum!

Lama sangat aku tinggalkan blog aku yang kusayangi ini. Waduh! Ngomong Indonesia ya ini malam. Lama tak update, bukan malas. Jauh sekali lupa password. Haha! Wa manyak busy la ini tahun. Manyak function wa kena pegi. Persembahan ronggeng pun banyak. Tapi bukan aku la peronggengnye. Aku kat tempat lain. Teruk benau BM aku. Sejak2 ada exam PT3 nih, ehem! Haha.

Gangguan kejap dekat whatsapp. Banyak benda jadi! Aku nak story banyak2 pun tak guna sbb benda banyak aku dah lupa. Kita kena buang yg keruh, ambil yang jernih. Tu pasal aku buang semua. Hehe, tak pening kepala. Ape yang penting skang! Aku kacau sorang prd! Tapi taktau single ke dak? Kalau ada marka. Mampuih aku kena sembelih! Bagi tiau sket. Hehee

So, nothing to say. Saje update sebab nk test guna apps Blogger yang aku baru install ni je. Ehem, dekat phone baru ye. So, pasni boleh update selalu sebab ade phone ni. Update while on the road jelaa. Tak payah pening cari laptop nk update! So, aku pun dah mengantuk gila dah ni. Heading to get some sleep now! Tired enough today! Ganight!!!

Addiossa!!

Monday, July 7, 2014

Am a busy people!

Assalamualaikum warohmatullahhi wabarokatuh, cikgu...

Wah, manyak lama tada tulis dalam ini belog! Aku takde idea sebenarnya nak tulis ape sebab skill-skill nak menaip dan mengarut dan mencarut aku dah semakin pudar ditelan zaman. Wahh, gitu...Ahamdulillah, kita dah masuk bulan puasa dah..eheh. Berapa lama daa aku tak update blog nih. Macam nak kena hempok jee!

So, memang skang bila dah start keja balik. MEmang dah start sibukkan. Tiap kali nak update blog. Aku lupa macam mane sentence structure nye teacher! Haih... Bukan apa sebab dah lama sangat tinggalkan dunia2 penulisan yang tak berapa nak kreatif ni. Ayat2 aku pun jadi lintang pukang dah. Berterabur semua2 nya.

Haa, idea aku memang dah kering dah tapi cerita aku banyak. Aku taktau nak cerita yang mana satu. So, aku akan cuba ceritakan sikit demi sikitlaa. Andai kata tak busy laa. Nak kena cari mood jugak nak menaip2 hot story nih. So, cukup sampai disini sayang..relakan perpisahan ini. Eheh...

Dah, dah.. nanti2 la aku mengarutkan belog aku nih. Haa, puasa2 jugak, sedekah jangan lupa. Zakat fitrah pun jangan lupa. Adiosaa~~

Sunday, February 2, 2014

Kepala pusing ..!

Salaam!

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam tak senang je. Semua benda aku buat macam dah takda passion. Macam buat kena paksa je. Maybe sebab aku asyik fikirkan someone or something. Haa, truth is aku tengah fikirkan masa depan. Perkahwinan, kehidupan selepas kahwin. Seriously, kepala aku dah berat sebelah. Dah sewel sikit. HAHA.

Ada mamat ni. Seems to be serious jugaklah. Parents pun dah suruh dia datang rumah untuk jumpa apa semua. Diorang okay. Tapi, masalahnya dia tak bekerja. Dia bagitau aku, dia kerja kampung. Aku okay je. Takde masalah pun bab tu. Sebab bagi aku setiap pernikahan tu ada rezeki dia sendiri. Parents jelah. Takut anaknya nih tak makan. Atok aku pun cakap gitu. Benda tu yang buat aku pening. Should I go on with him or what?

Ye, aku tau pekerjaan tu penting. Sebagai masa depan kita jugak kan. Tapi dia buat endah tak endah. Dia kena panggil interview kerja, gaji tetap tiap-tiap bulan tapi dia tolak. Aku pun taktau nak cakap ape dah. 




Adiosa~~~

Sunday, January 26, 2014

Borak kosong #9: Terkenang Mr K

Salaam!

Haih.. Tengah duduk tunggu game ni loading. Tiba-tiba teringat zaman aku sekolah rendah dulu. Teringat dekat seorang hamba Allah ni. Umur dia time tu dalam 20++. Aku lupa. Time tu raya kot. Abang sepupu aku bawak dia balik ke rumah dia. Time tu budak2 lagi an. Mane nak ingat takut ke ape ke. Yang aku tau, abang tu comel gila. Muka pun jambu habis kot. HAHA. Senyum dia. Memang tiptop lah. Tapi time tu je. Sekarang maybe dia dah kahwin ke hape. Tak amek port dah.

Pernah jugak pergi raya kat rumah dia. Dia tinggal kat apartment. Belakang shopping complex. Dekat Pavilion kot. Aku pun tak ingat sangat. Paling aku ingat, dekat salah satu tingkap kat apartment dia tu boleh nampak Menara Berkembar. Time tu memang excited. Orang jakun an. Tapi tu dulu, sekarang pun sama gak. HAHA. Oh ya, nama dia aku tak ingat. Yang aku ingat, abang sepupu aku panggil dia Kimi.

Abang tu rambut panjang. Tang tu, aku tak berapa minat dah. So serabai! Ahkak balik yang rimas tengok. Walaupun muka jambu tahap dewa sekalipun, kalau rambut panjang tetap nampak selekeh. Haih! Okay, tutup buku, cerita lama.  Cerita tak best!!






Adiosa~~

Monday, January 13, 2014

Syukriya, syukriya!

Salaam! Haa, tajuk entry aku pun dah tulis Hindi. Aku pun nak tulis Hindilah. HEHE. Gurau tak jadi kata orang. Just to expressed my happiness. Haa, tekalah kenapa? Hal tak besar pun cuma pasal 2 biji handphone kesayangan aku tuh je. HAHA. Pasal dua-dua phones tu dah bernyawa kembali, hurray! NOKIA 5230 dengan Android S3 cloned. Nokia tu beli guna duit biasiswa. Time tu dah habis belajar form 5. Duit balanced MYR500, taktau nak buat apa. Leburlah beli phone tu. Tak kisah sebab puas hati pakai lama. 

8 bulan ke setahun lepas dia buat hal and takmau hidup. Hantar kedai pun gitu jugak. Beli baru, S3 clone tu. Pakai sekejap, pun jammed jugak. Last2 pakai phone cikai. Tadi nak cari USB jumpa phone clone tu. Try charge lagi, menyala. Gila tak happy! Cari phone Nokia pulak try charge. Ingat tak boleh. Biar lama-lama tengok menyala. Excited tak ingat kot. Alhamdulillah, sabar guna phone cikai. Dapat balik phone lama tu sekali dua-dua dapat. Akan ku jaga bagai minyak petrol yang penuh! HAHA. 




Adiosa~~