Kelik-kelik :)

Thursday, June 27, 2013

No more crying, no more hoping

Salaam, everybody! So, hari ni aku dah decide dengan diri aku sendiri. InsyaAllah, aku nekad. Aku nak berhenti dari mengharap, bagi harapan dekat diri sendiri, dari biarkan hati aku ni senang-senang je sayang dekat orang. 

Mulai hari ni, aku akan cuba sedaya mampu aku untuk tidak berharap dengan sesiapa lagi. Hanya berharapkan pada Allah. Aku tau yang belum sampai lagi masanya untuk aku curahkan semua perasaan aku pada yang bukan halal untuk aku. So, ya! Doakan aku supaya aku dapat lalui semuanya ni sampai tiba masanya kelak.

Aku nak minta maaf dekat semua orang yang aku "ter"jatuh hati dan yang berharap dekat aku. Aku takda niat nak buat semua tu. Just feeling alone, yaar! Dah namanya manusia. Harap takda yang ambil hati aku untuk dimakan ye. HEE. 




Adiosa~~


Wednesday, June 26, 2013

Kisah aku

Salaam!

Hari ni nak membebel-bebel benda mengarut, okay! Tak suka sila lari sebelum aku tembak. HAHA. Nak lari tu, make sure korang lari dekat padang kawad. Okay, bismillah.

1- Setiap apa yang aku buat dalam kehidupan aku hanyalah kerana Allah dan keluarga aku. Tak pernah mengharapkan balasan atau penghargaan. Tapi kalau aku dah buat sesuatu sampai setengah mati dan orang kata aku tak buat apa-apa. Memang mencari nahas dengan aku.

2- Bila nak mengelakkan sesuatu hal yang aku tak suka. Aku akan lebih kepada bagi alasan yang munasabah. Munasarawak takde lagi rasanye. Tapi bila aku terus dipaksa, memang orang tu kena siap sedia kena marah dengan aku. Muehehehe

3- Saat aku kata aku sukakan kau, jom kahwin tapi dalam nada yang main-main. Jangan terpedaya sebab aku betul-betul serius. Aku buat macam tuh sebab nak tengok reaksi seseorang tu je. 

4- Aku ni jenis yang susah percayakan orang. Tapi bila aku dah start percayakan seseorang dan orang tu mula buat hal. Percayalah cakap aku, itulah kali pertama dan terakhir kau nampak muka aku.

5- Aku suka pendam sesuatu. Masalah, kesedihan, rasa marah yang melampau, kebencian. Dan hanya akan buat keluarga aku dan semua orang happy, dengar gelak tawa aku. Hanya ada dua sebab kenapa aku buat macam ni. Satu, sebab aku nak kongsikan rasa yang aku pendam tu dengan bakal suami aku. Dua, sebab aku nak jadi manusia yang menyenangkan hati orang lain.

Hah, lega rasa bila dah lepas semua. Sebenarnya, banyak lagi. Tapi cukuplah setakat ni je. Semua yang aku tulis kat atas ni, ada untuk setiap yang kenal aku dan yang aku kenal. Percaya denga aku yang aku takkan simpan apa-apa dalam hati atau berdendam dengan siapa-siapa. Yang buat salah aku maafkan tapi kalau aku salah, maafkan aku. Pelik aku malam ni. HEHEHE. Ajal, maut, jodoh ditangan Allah. Just hope for the best =)




Adiosa~~

Tuesday, June 25, 2013

Cikgu oh cikgu!

Salaam! Entry ini adalah entri luahkan perasaan. So, bagi sesiapa yang nak termuntah tu, sila muntah sekarang. Takut nanti termuntah depan laptop. Dah tak pasal-pasal laptop tu masuk hospital. HEHE. I know! Tak lawak sangat-sangat-sangat. Gash! HAHA



Lagu "Tentang Dia" as background, sweet! Okay, kenapa dengan cikgu? Aku jadi cikgu ke? Okay, dalam mimpi! HEE. Truth is, I am falling in love with someone, who is a teacher. Rasanya, baru jadi cikgu kot. Seriously! Aku langsung tak kenal dia. Not a single thing. Well, a bit weird, huh! Guess? He's famous kot! Itu yang buat aku gerun nak kenal lebih lagi dengan dia. 

Kenapa boleh suka? Jatuh hati dengan post-post dia dekat wall facebook yang datang dari hati dia. Boleh nampak keikhlasan hati dia dalam setiap baris kata yang dia tulis. In fact, dia sangat sukakan baby. Sama macam gua. Rock-rock aku pun, hati aku lembut tau. HEHE. Pernah sekali, dia upload gambar dia sebab nak letak dekat borang posting. Serius tak comel macam kanda Fahrin Ahmad aku. Tapi, dia lagi sweet kot. First time tengok muka dia, terdetik terus kat dalam hati yang kering nih," Yeap, he's the one".

Aku tau gila. Tak kenal, jatuh cinta, macam mana nak nikah? Hello! Uwan aku dengan atok aku okay aje. Setia hingga hujung nyawa apa. Aku cuma nampak ciri-ciri seorang ayah dalam diri dia untuk bakal anak-anak aku nanti. HEEE.

Kalau dia baca entry ni ::-

"Saya nak awak tahu yang saya sukakan awak dan kalau awak setuju. Saya nak jadikan awak sebagai zauj saya. Bakal abi untuk anak-anak. Saya tak kisah rupa awak dan latar belakang awak. Saya cuma mahukan peneman waktu susah dan senang saya. Saya tau saya tak layak untuk awak tapi saya sedang cuba baiki diri sendiri sementara tunggu awak datang. Tapi, sekiranya awak tolak cinta saya, jangan risau kan saya sebab saya takkan terjun bangunan ke ape ke. Saya akan cuba redha yang awak bukan jodoh saya dan terus mencari lagi. Satu hal yang mesti awak tau, saya sayangkan awak kerana Allah. And yah, sorry for the disturbing private message on your fanpage. Soalan tu memang tuju untuk awak. Hee".




Adiosa~~





p/s :: Mesti korang pernah dengar PDH aka Pakar Diari Hati kan? Yeap, he's the man :) Lega rasa dah lepaskan. Sekarang serah pada Allah. Tawakkal dan redha :)

Datang rumah

Salaam, semua! Alhamdulillah, tadi dah hujan sikit. That's mean insyaAllah, jerebu akan makin berkurang esok. Dan ini malam sangat sejuk. HEE. So, back to the tajuk. Siapa datang rumah aku petang tadi. Ce teka, ce teka? HAHA

Takkan tak boleh teka? Kesian! HEHE. Yang datang tadi, Mr R. Tadilah first time dia sampai rumah aku. Sebelum dia sampai tadi, member dia text ayah aku bagitau kami tengah on the way. Kami? Ingat dia dengan bini dia. Then, aku fikir balik. Ini waktu kerja lagi. Tak mungkin bini dia. Kompem dengan Mr R. And my guessing is correct.

Sumpah, tadi aku tak tentu arah. Bukan secara fizikal tapi secara hati dan jiwa. Chewah! Asyik dupdapdupdap. Nak hantar air kopi pun aku kena kawal perasaan dulu. Nasib time hantar air tu dia tak pandang. Kalau pandang mau jatuh ke lantai dulang air tuh. KEHKEH. And not to worry! Aku dah takda perasaan dah kat dia. Cuma serba salah jelah sebab hantar text aneh2 gitu. HEE.




Adiosa~~




p/s :: Ada entry lagi japgi :)

Sunday, June 23, 2013

Blog diDelete

Salaam! 

Haa, akhirnya aku dah delete blog-blog aku. Blog ni memang taklah aku delete. Kalau dah delete memang takkan korang baca entry yang ni lah. HAHA. 
Aku admin untuk blog aku yang lain and decided to delete it. Sebab macam takde function ye blogs tuh. See ada "s" dekat kata blogs. Maksudnya banyak. Nampak sangat tamak haloba. HAHA. That's all. Entry pendek. HEEE




Adiosa~~

Saturday, June 22, 2013

Pelupa sungguh

Salaam, korang! Sengal gila aku hari ni. Tadi nak pasang pelita minyak tanah. Kasi anak ayam panas untuk tido malam kan. Memang kerja aku yang baru sekarang. Nothing's weird.

6:30 pm, aku ingat kejap lagilah menyalakan pelita tu. Pegi angkat jemuran jap. Bagi ayam dengan anaknya makan. 

6:45 pm, nak nyalakan pelita. Ambik matchbox. Bukak. Okay, dah habis. Patahkan lidi penyapu. Pegi dapur, nyalakan pelita. Terus letak dalam reban anak ayam tuh. Siap keja. Dok lepak luar, main gitar. 

7:00 pm, tutup semua tingkap, pintu. Sempat main laptop lagi.

7:25 pm, wan tiba-tiba cakap," Haa, long. Agak kau tak pandai nak tutup dapur gas keh?" Aku pun macam blur, fikir jap. Ya Allah, aku guna dapur gas tadi nak nyalakan pelita. 

Nampak tak? Ini kalau mak aku tahu ni, memang kaw-kaw aku kena machine-gun. Dah teruk bebeno aku nih. Asyik pelupa je. Sekarang ni dah tiap-tiap hari aku jadi pelupa. Takut jugak dah tua nanti kena Alzheimer. Betulkan kalau salah nama sakitnya. Huuu, takut. 




Adiosa~~

Tak habis lagi?

Salaam korang! Petang tadi mak aku cerita dekat kawan dia pasal aku. Pasal apa? Well, marriage of course! Dia bagitau kat kawan tentang angan-angan aku time kahwin nanti. There will be no "sanding", "makan beradab" and other weird stuff. Cuma akan buat yang wajib je. Pastu makcik tu cakap kat aku. 

"Long, tengok omak kau. Dio nak nikah an kau kek pojabat kadi yo. Kodokut omak kau ni." Nogori accent. Mak aku masuk, dah dia taknak sanding, nikah kat pejabat kadi jelah. Asal taknak sanding lak? Makcik tu tanya. Aku kata, malas nak cik, dahlah kena jalan macam budak baru belajar apa semua. Acik tu gelak. Dia sambung, takpolah, kahwin ni kan sekali seumur hidup, buatlah sanding. Aku, senyum. Dalam hati, wedding aku ke dia? HAHA.

Seriuslah, majlis perkahwinan yang sekali seumur hidup nilah yang kita kena cari redha dan berkat Allah. Nak buat lebih-lebih, takut tak berkat, takut nanti bakal suami aku jadi dayus. Kesian kat dia. Sebab apa jatuh dayus? Korang pergi bukak kitab balik sekarang. Hehe. Mak aku malam tadi, cakap tak kira kena jugak buat sanding, kena jugak buat makan beradap. Aku kata, taknak. Siap ugut, kalau buat jugak, aku kahwin lari. Dia kata larilah daripada pagar rumah tu ke pelamin. Gelak je. HAHAHA.

Seriuslah, aku penat dan pening kalau buat meriah-meriah ni. Banyak nak fikir. Nanti aku pengsan pulak. HAHA. Minggu depan nak mengadap majlis kahwin akak sepupu aku. Dia punya wedding, aku yang pusing. Rimas kot. Takpa, masa banyak lagi. Boleh slowtalk lagi dengan mak pak aku. Calon pun takda lagi. Rilek-rilek sudah. HAHAHA





Adiosa~~