Kelik-kelik :)

Wednesday, October 16, 2013

Aku . . . lelaki ??

Salaam! Hey, hey. Ada dua hal aku nak ceritakan tapi aku buat entry asing-asing, okay? So, untuk entry yang ni. Adik sepupu aku datang rumah. Dia stay sini sampai habis tahun maybe, HEE. I don't know. 

Dok borak-borak, dia bukak cerita. "Abang Giman kata Su tu macam gaya lelaki. Hati kering je". Aku pun macam, ape?? Lelaki?? Aku punyalah gelak besar. Aku macam lelaki. Rubbish! Tak pernah terlintas pun nak jadi macam/punya watak lelaki. Mata kasar manusiakan.

Tapi, kalau nak dinilai betul-betul, mungkin sebab aku nih jenis kasar. Gurau kasar, cara jalan, cara pakaian yang buatkan aku nampak manly sikit kot. Cuba tengok dari hati, I awek-awek tau. HAHA. Tak kuase mak! Bab hati kering tuh, takkan lah aku nak tunjuk masalah aku 24/7. Melampau kot. HEHE. Untung ape dapat orang macam aku. Geng tapi tak pernah nak sentap. Sekali sekala tuh adelah tapi tak selalu. HEHEE.

Most important thing is bersyukur je dengan apa yang Allah bagi. Sebab bila aku macam nih. Tak ramai lelaki yang berani nak dekat/menggedik dengan aku. **sudut positif**.. Alhamdulillah, HEE!




Adiosa~~

Friday, October 11, 2013

Apa itu bebas??

Salaam! Memula nak mengadu nih. Ceh! Kena marah sebab lagu negaraku tak lepas tiup. Pheh. Pegang clarinet pun sekejap2. Fingering macam celake lagi, tiup pun tak pandai. Mane nak dapat. Tapi, kira bagus aku nih sebab taktau apa-apa dah boleh main benda tu. Okaylah daripada yang masuk kursus tapi tak lepas tiup lagi. Okay, tutup cerita.

Apa itu bebas? Ikut pandangan masing-masing lah. Bebas tu bila kita boleh buat apa-apa je asalkan tak melampaui batas-batas yang ditentukan. Based on someone, dia kata aku ni hidup kena ikat dengan mak bapak. Umur dah 20 tahun tapi tak bebas lagi. Parents tak sportinglah. Bla, bla, bla ... Aku pun senyum jelah pastu buat muka "Do I Care". HAHA!

Seriously, aku memang suka sangat kalau parents aku buat aku cenggitu. Sebab ape? Sebab aku tau yang mak ayah aku tu sayang dekat aku. Bila dia dah start cakap 'sukati kaulah', itu maksudnya dia dah malas nak amek port pasal anak dia. Aku takut kalau jadi macam tu. Biarlah orang kata mak ayah aku ni jenis mengongkong ke ape ke sebab bukan mak ayah dia. Kira mak ayah aku ni kongkong kitorang tapi dalam masa yang sama dia 'bebaskan' kitorang. Cakap pun bukan paham, HEHE. 

Aku tak kisah sebab aku tau walaupun aku 20 tahun tapi aku masih fikiran budak-budak. Kalau bebas sangat nanti takut terpesong jauh. Takut tak kenal mak ayah lagi. Lagipun aku taknak jadi macam geng2 aku. Sibuk kata mak ayah sendiri bagus sebab tak control anak2 dia. Padahalnya diri sendiri dah hanyut jauh. Kahwin pun aku suruh mak ayah aku yang carikan calon disamping usaha sendiri. Baik tak baik aku nih. HAHA. Because parents know what's the best for their children, right? 

Takat tu jelah aku nak bebel. Oh ya, lagi satu. Memang aku nasihat umum untuk yang couple2 nih. Jangan pernah kau ketepikan mak ayah kau disebabkan pakwe kau. Takde mak ayah kau, kau pun tak wujud. Lagi satu, mak ayah kau bagi kau bebas sebab diorang percayakan kau and jangan sesekali kau hancurkan kepercayaan depa tuh. Merana sendiri sapa nak tau. Kan?? Pedas keh? Siapa suruh makan cili banyak sangat! HAHAHA



Adiosa~~

Wednesday, September 25, 2013

Aib orang, aib sendiri pulak?

Salaam! So today, aku tetiba rasa nak put on entry tentang 'AIB' pulak. Aku bukanlah ustazah wannabe atau ape-ape pun. Cuma, benda ni aku tengok makin lama, makin menjadi-jadi pulak. Nak-nak baru lepas berlaku satu kejadian yang tak diingini. Dan disebabkan kejadian tu, ramai yang bersangkut paut and so on and so forth.


Based on kejadian tu, aku cuma rasa terkilan sangat-sangat dengan perangai sesetengah orang tu. Let's put them as anon, okay. So, salah satu anon ni yang start kan kejadian tu. Tapi, bila benda tu dah melarat and maybe dia dah malu dan mula sedar yang dia dah salah. Time tu dia start buka aib anon yang lagi sorang nih. 

Bukan aku nak menyibuk hal orang atau ape-ape. Cuma tak baiklah kalau kau gunakan aib orang dengan cara macam tu. Pakai keluar dosa, pahala. Kurang agamalah. Tak kisahlah gitu tapi bila kau dah start kata gitu, kau pun kenalah betulkan diri kau tuh jugak. Sebab tak guna kalau kau bash orang lebih-lebih tapi kau pun buat benda yang sama.

Itu masalah dia dengan yang lain and kau takde hak nak kata apa-apa. Disebabkan mulut kau, tak pasal-pasal ramai orang yang tak bersalah jadi mangsa. Yang tak tau ape-ape pun terbabit sama. Kat situ kau dah buat dua kesalahan dah; buka aib orang dan menyakitkan hati orang. Sepatutnya kau mintak maaf kat diorang tapi kau keruhkan lagi keadaan. 
Manusia kan. Tapi kadang-kadang tuh kenalah bertolak ansur sikit ke ape-ape ke. 




“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)





Adiosa~~

Thursday, September 5, 2013

Ukhwah yang terjalin

Salaam. Post yang ni pendek je kot. Sebab ada lagi post lain yang aku nak muat naik. **Skema ayat**, HAHA. So, semalam memang aku rasa benda yang selama ni aku nak jadikan kenyataan. Akhirnya dah tercapai. Alhamdulillah!

Biasalah. Kalau dah nama 'family' tu memang tak sah kalau tak jadi pergaduhan. Kalau tak gaduh kecik, mesti gaduh besar. Makcik aku dengan family aku, lama dah tak bertegur sapa. Lepas baca semua hadis, articles, ayat2 Quran tentang hubungan silaturrahim. 3 malam lepas, aku nekad pergi kedai makcik aku.

Buat-buat lepak dekat situ. Then, tengah mencekik, makcik aku keluar. So, dengan muka orang lapar, bangun , salam dia. Borak-borak la lebih kurang. Alhamdulillah, esoknya dia datang rumah, jenguk wan aku aka mak dia. Pastu, boleh gelak-gelak dengan family aku. Memang rasa berbaloilah aku demam. Janji depa dah berbaik. Harap sampai akhir hayat :)





Adiosa~~

Sunday, September 1, 2013

Entering the new world!

Salaam! Haa, lama gila aku tak update blog nih. Busy sikit sekarang nih. Kenapa? Sebab aku dah kerja. Alhamdulillah. Walaupun gaji tak seberapa, tapi aku enjoy dengan kerja nih sebab memang jiwa aku lah. Jiwa seni kononnya. KEHKEH. Lupa pulak. Aku join pancaragam rela. Well, budak baru lagi. Freshie. HEHEE. Dalam ni aku main clarinet. Sila-silalah google kalau tak tau. Event pertama aku joined, Perbarisan 31 Ogos tulah. Best gila! Such an unexpected experience.

So far, alhamdulillah. Duduk situ best. Yang penting, kena pandai bawak diri je kat situ. Jangan jadi macam aku. Intro diri sendiri pun dah salah. So, lambat sikit dapat kawan. Tapi, lepas malam orientasi. Alhamdulillah, dapat geng sikit. Memang masuk mula-mula tu, macam orang bodoh je. Yelah, tak pandai ape-ape. Patut ada kursus, tapi dah takdak. So, kena sendiri lah. Everything! Sekarang boleh tiup clarinet sikit-sikit. Aku ada basic baca note music tu tapi berapa tahun dah aku tinggalkan. Sepatutnya, aku dah boleh tiup bunyi sebab dah 2 siri. Tapi .........

Member-member kat situ, best. Otak gila-gila. Gila aku tak boleh tunjuklah. Takut depa tak boleh bawak plak. HAHA. The coach sume pun memang ohsem2. Tapi yang slack kat situ, ada yang suka cari salah aku. Yelah, dah tanya soalan, aku jawab. Tuduh menjawab pulak. Tak paham jugak kadang-kadang tuh. Tapi, takpelah. Allah kan suruh kita selalu mengalah. So, hormat jelah diorang. InsyaAllah, aku tak ambik hati pun. Tapi, yang paling kena jaga kat sini. MULUT. Jangan pernah cerita hal personal kat sini. Kompem semua tahu. Taktau pulak ada radio bergerak. HEHE. Wallahualam.

Itu jelah gambaran yang aku nak kongsi dengan korang semua sikit-sikit. Basic jelah sebab takut. HEHE. Hopefully, everything will go perfectly and harmony. May Allah bless my new life :)




Adiosa~~




p/s :: Menunggu hari untuk digantung leher. God!

Sunday, August 18, 2013

Sportingnya mak ayah kau

Salaam. Hey korang. Kejap je dah raya ke 11. Sangat-sangat cepat lah tahun ini punya laya. Manyak tak syiok oo. HEE. Entry ni ingat nak buat raya ke 5 hari tu. Disebabkan kebizian yang amat-amat melampau. Raya katakan. Tersimpan lama dah dalam draft berapa abad nih. HAHA. So, based on tajuk entri aku ini kali. Wah,wah. HEE. Mak ayah sapa yang sporting sangat tuh?



Fine! Gambar tiba-tiba. HOHO. So, cerita nya begini. Alkisah~ Toyyib. HAHA. This matter happened masa malam raya tuh laa. Biasalah, time tuh malam raya kan. Balik kampung macam biasa. Sampai kat kampung aku tu memang normal lah. Tak perasan apa-apa. Tapi, by the time aku masuk dalam rumah pakyim aka kembar apak den. Terus, holly sh*t. Apehal pulak perempuan ni ada dekat kampung aku an. Aku pun macam lantak kau lah situ. 

Pastu aku dah salam semua mak pak sedara aku. Mata aku ni nampak lah dekat somebody ni. Dalam hati aku, neng mana pulak pakcik aku import nih? Buat don't know lagi. Tengah dok makan-makan. Mak aku tanya, siapa yang lagi sorang tuh. Time aku dengar siapa, memang aku nak sedak tapi aku tetap cover bajet gadis melayu gitu. Haktuih! HAHA.

Guess me?? Siapa perempuan-perempuan tu? Awek Abang wan dengan Aman. And, aku pun macam, the hell perempuan2 ni ada kat sini an. Mak pak kau tak marah pulak raya pertama dekat rumah orang. Rumah pakwa masing2. Ikat apa-apa pun jauh sekali. Gila batak perangai masing-masing an. Yelah, aku nak tegur kang, aku pulak kena setepek. So, aku buat yang akhir, membenci dengan hati je. Lemah betul aku.

Takdelah. Tak salahkan kalau nak bawak makwa, pakwa mengkome semua. Tapi, tolong muhasabah ke munasarawak ke diri tu dulu. Fikir dulu apa tanggapan orang nanti, perasaan mak ayah dia, kau. Banyak kot yang malu tang tuh. Memasing dah mumayyiz, patut tau dah semuanya. Parents pun kena pantaulah. Walaupun anak tu duduk depan mata, secara tak sengaja, apak2 depa dah jatuh dayus dah. Betulkan aku kalau salah. Aku bukan jealous. Jauh sekali nak iri hati ke apa. Just taknak benda tak elok jadi. Wallahua'lam lah.




Adiosa~~




p/s :: Pakyim dah pesan kat aku,"Kau, Su. Kalau kau ikut macam perangai diorang. Pakyim siku kau nanti.". Amanah tuh, insyaAllah pakyim. I'll try elakkan :D

Thursday, August 1, 2013

Update time bosan

Salaam. Lama nak update sebenarnya tapi tiap kali nak update. Time tuh lah idea aku hilang bagai kan katak bawah tempurung. Eh, betul ke peribahasa tuh? Yelaa, katak dah duduk bawah tempurung, hilanglah sebab tak nampak dia. Kan,kan? HEE. 

Aku pun taktau nak tulis apa. Just ramdom stuff jelah. Okay! Haa, lagi 7 hari nak raya. So, sekarang semua dah boleh start countdown dah. Tapi sayang, Ramadhan pulak nak tinggalkan kita. Sedih, sedih. Moga-moga aja panjang umur. Nanti boleh jumpa lagi bulan puasa tahun depan. 

Oh ye. Haritu, A ada called aku. Biasalah, dia cerita pasal dia, kerja, pakwe. HEHE. Tadah telinga je. Dia ada bagitau aku yang ex dia, si U tu nak merisik dia raya ni. Serius dia dengan A. Tapi, aku kesian dengan A sebab dia macam tunggu dekat buah yang belum tentu gugur tuh. Pakwe dia sekarang nih. Complicated sangat dia sekarang. HEE, aku? Lambat lagilah. Aku belum cukup baik lagi nak jadi bini orang. Calon pun takdak lagi. Okay, tutup buku. :D

Haa, dah-dah laa. Tu je yang dok legar2 dalam otak aku nih. HEHE. So, maybe lepas raya ke bila-bila ke aku update balik eh. HOHOHO. So, last words from me, Happy Ramadhan Al-Kareem and Eid Mubaraq everyone :)





Adiosa~~