Kelik-kelik :)

Friday, June 14, 2013

Aku? Gatal?

Salaam! Haa, kumaha damang? Bahasa apa? Ini Language Sunda which mean, "Apa khabar?". Semoga adinda-adinda dan kekanda-kekanda berada dalam keadaan sihat wal'afiat hendaknya. Tujuan dinda menulis surat ini. . . Eh? **Krik,Krik,Krik** HEHE. Terbawak-bawak pulak watak dari cerita P.Ramlee nih. Okay, tak lawak. Kasi penumbuk lima das. 

Entri aku hari ni. Aku? Gatal? Garulah weii! Monyet pun tahu. HAHA. Bukan gatal itu yang aku maksudkan. Tapi, tangan aku ni gatal nak bagi penampar kat orang nih. HAHA. Gurauan berkasih namanya. 

Aritu adalah cousin aku datang rumah. So, like kitorang buat girl's talk. Cewah! Girls talk lah sangat. Buat muka seposen. Kitorang like borak-borak pasal wedding and stuff. Ehem, dia dah kahwin. Mintak petua sikit. KEHKEH. Tapi disebabkan mentaliti masyarakat melayu zaman lening. Aku telah diguris perasaan. Sebak dengar lagu Sweetchild nih. HAHA. Dia tetiba keluarkan statement dalam loghat nogori, " Dah gata bona ko?". Tranlate: Dah gatal sangat ke? 



Aku pun macam, huih bodoh gila kata gitu. Sentap memang kompem lah tapi nak buat macam mana. Malas nak tambah dosa yang dah berbakul-bakul nih, so, aku pun pusing benda tuh jadi bahan lawak. So, cerita dengan mak aku tadi. Mak aku kata,"Kau pun satu! Asal tak smash je. Cakap, eden gata pun den tak kehulu-hilir dengan jantan. Biar dia terasa." HUH! Mak aku yang emo. KEHKEH.

Niat hati memang begitu tapi diri ini sudah terbiasa menerima kritikan manusia. Ku gagahkan jua. TETTT. HAHA. So, sebenarnya tak perlulah kata macam tuh. As kahwin muda tu nampak gila salah kot. Tapi zaman uwan aku dulu, kahwin muda itu sangat 'KEWL'. HAHA. Kekal sampai mati. Kahwin dengan orang tak kenal pulak tu. Tapi sekarang dah kenal. Yelah, atok aku. HAHA. Daripada zaman lening, dok usung sana-sini. Last-last, berapa lama je tahan. Sorry yang terasa. Padan muka :P






Adiosa~

Saturday, June 8, 2013

The truth finally revealed!

Salaam, korang. Entry kedua lepas 5 minit update tadi. Hampagas je otak nih. Kerjasama diberikan bagai haiwan Wonderpets. "Apa yang penting, Kerjasama". Okay, tau suara tak comel. Ngeh3x. 

Well, sepatutnya hari ni bengkel "Jahit Manik" dan "Solekan". But, unfortunately. Terpaksa dibatalkan sebab pengajarnya tak datang. Sekali dengan orang yang nak belajar pun takde. Bukan apa. Sebelum ni dok pulun kata boleh-boleh. Tapi, bila dah sampai tarikhnya. Sorang ke Kuantanlah, sorang kucing beranak takda bidan lah, sorang nenek kahwin lagilah. Dok pulun bagi alasan. Melayu janji macam hampeh je. HUH! **emo tetiba**. HEE.

So, tengah dok leka-leka tuh. Ada call masuk. Nama debab JB. Nama sebenar terpaksa dirahsiakan. Macam biasa. Aku takkan angkat sebab aku tau panggilan tuh tak berapa penting pun. Then, aku text dia balik. Buat-buat gedik melayu terakhir sikit. HAHA. Geli jek. Gosh! Soalan sama lagi, bila nak pergi JB? Haih. Buat apa nak pergi sana. Nothing's important. Setakat nak jumpa dia, lupakanlah.

Dah lama-lama tuh, dia hantar,"Awak, andai satu hari nanti saya jatuh hati dekat orang lain. Maafkan saya ye". Aku pun macam tergamam, sedih, nak nangis. Phuiih! HAHA. Menipu je aku nih. Takda makna aku nak sedih-sedih. Lagi aku suka adalah. Well, aku memang dah lama nak cari jalan mintak putus. Aku serabut bila dok kapel-kapel nih. Fenin-fenin lalat. HAHA. 

Bersyukur dengan Allah bila dia kata macam tu. At least, aku tau yang dia dah suka kat orang lain. Macam mana aku tahu dia ada yang lain. Easy. Lelaki kalau dia kata "andai". That's mean he's already have it. Alaa, aku kaji dah lah perangai-perangai lelaki nih. HAHA.  Well, as I said, aku tak kisah pun sebab dia belum halal lagi untuk aku. So, macam aku kata dengan orang-orang sebelum dia. Buatlah apa kau nak sebab kau bukan siapa-siapanya aku pun. Baikkan aku. HEHE. **pijak reramai sekarang**






Adiosa~~

Oh My Crush!

Salaam! Guys, guys. Tadi aku pergi Tampin. Kira rombongan cik Kiah lah lebih kurang sebab ada 2, 3 orang lagi an. Pergi pun takde tujuan. Beli manik-manik pastu bungkus KFC. Gosh! Sedap. HAHA. Okay. Masuk balik cerita asal. Tahu tak aku jumpa siapa?


Kanda Fahrin Ahmad! HAHA. Okay, obviously! Gua tipu korang. Tettt! HEHE. Sebenarnya, aku jumpa crush aku time sekolah dulu. Exactly! Abang prefect time sekolah dulu. Gosh! Dia sangat kawaii gila mati dah sekarang. HAHA. Sebelum nih tengok jugak gambar dia kat kolej. Kurus je tapi sekarang dah tembam sikit. Very the comel okay! HAHA.

Actually, memang dah jumpa dah waktu tunggu bas tu. Well, not 'jumpa' sebenarnya. Just terserempak dengan dia je. Time tu aku tengah tunggu bas. Dalam muka selenge, perasan pulak ada mamat  naik motor Honda EX5. Warna merah. Dok usha time dia tengah cilok-cilok kereta tuh. Dah laa bawak laju. Dia usha, aku pun usha jugak. HAHA. So, buat bodoh jelah. Tak nampak muka kot.

Then, time nak balik tuh. Aku dalam bas, dah on the way nak balik. Memang keja aku. Duduk dari dalam bas. On bluetooth, searching for handsome looking guy. HAHA. Cuci mata doh! So, time dok sedap cuci mata. Bagai tertancap panahan arjuna. Cewah! HEHE. Aku nampak dia dekat motor dia. Dan, aku terus senyum. Gosh, rindu gila kat dia. HEHE. Pastu, baru aku perasan jaket dengan motor dia, exactly the same as mamat motor yang dok usha aku sebelum tuh. Aku pun macam, ya Allah! Just unbelievable. Haih. Dok teringat-ingat je dalam kepala aku nih muka dia yang kawaii gila ba...bila kukenang ku renung gambar wajahmu. **Suara katak, mohon pijak**.






Adiosa~~





p/s :: Ingat lagi kata-kata dia. " Saya taknak baca novel tapi saya nak baca hati awak". **Melting** :')

Thursday, June 6, 2013

Couple nowadays!


Salaam! Semalam aku tolong ayah aku buat reban ayam. HAHA. Tak percaya, lantak koranglah. Janji reban tu siap dah. HUHU. And, for sure. Kolam renang depan rumah tuh adalah ramai yang datang. Abeng-abeng comel-comel kot. HEHE. Baik tak kena paku tangan aku. HAHA. 

Tengah-tengah buat kerja tuh. Adalah budak 2 ekoq ni keluar jalan-jalan. Lelaki dengan perempuan. Lelaki tu mungkin baya-baya aku kot. Perempuan tu maybe sekolah menengah lagi kot. Tengok macam budak-budak semacam je. HEE. As they walking, tiba-tiba budak lelaki ni baik punya dok letak tangan dekat bahu budak tuh. Ayah aku time tuh. Marah kot. Tapi nak buat camana, anak orang. Anak sendiri, kena penyepak tahap dewa dah.

Yang budak lelaki tuh. Dah peluk, dok perasan aku pandang dia. Pastu dia pandang balik. Bajet jek muka. Ingat aku hairan sangat ke? HAHA. Aku pun boleh buat lebih lagilah. Tapi tunggu aku kahwin dulu. KEHKEH. Tapi tulah, tengok depa. Aku husnuzon jelah. Mungkin dia baru kahwin ke. Abang adik yang tengah jejak kasih ke. Takmau sangka buruk aih! HEE~





Adiosa~~

Pedih hati ni

Salaam! Episod selingan dari entry kena "pinang" tuh. KEHKEH. Mak aku tanya dekat cousin aku selalu cerita ambik berapa kalau nak betulkan seluar semua an. Kiranya mak aku ni newbie lagi lah dalam dunia penjahitan nih. Chewah! Bincang punya bincang, gelak punya gelak. Aku kata susah-susah mak, ambik murah je. Biar dia datang sini selalu hantar seluar. **Gelak sorang**. 

Tau apa cousin aku kata kat aku? "Aii, dah berkenan pulak ke dengan polis tuh?". Aku pun macam kena siat jek hati nih. Luluh jiwa. HAHA. Mak aku backup," Kepala hotak kau. Orang tuh dah ada bini dah." **krikkrikkrik**. Semua diam. Aku pun senyum kelat jelah. 

Tapi, dalam hati aku ni. Tuhan aje yang tahu. Berkecamuk hati ni. Bukan apa. Masalahnya, tak payah lah cakap macam tu. Meroyanlah aku kalau aku berkenan kat laki orang. Yang bujang pun dok melambak lagi. Selama dia duduk rumah ni. Ada nampak ke aku menggatal dengan laki dia? Bertegur pun susah. Sebab aku tahu status dia walaupun pangkat abang. Kalau dah laki orang, memang taklah aku nak layan.

Mungkin jugak dia takut sebab dia tahu, aku ni dok layan borak dengan lelaki semua dalam internet nih. Ingat aku sama ke kat luar. Aku aktif dalam alam maya je. Kat dunia luar, aku pasif kot. HEHE. Macam-macam perangai manusia nih. Haih!




Adiosa~

Rombongan meminang.

Salaam! Haa. Kali ni tajuk entri serius hot! Hot sangat **gaya kak kiah**. Siapa yang meminang? Siapa yang dipinangnya? Adakah buah pinang menjadi pilihan? Atau Pulau Pinang menjadi pusat pelancongan? Semuanya terserah kepada tangan anda untuk menentukannya. Okay! Tak lawak. Sepak sedas sorang!



Benda nih jadi 2 hari lepas kot. Haa, baru lagi kan. Macam nih. Petang tuh, ayah aku balik dari Tampin. Dia park kereta dalam garaj macam biasalah. Dia masuk rumah kata, cepat kemas ada orang nak datang. Masing macam blur an. Pastu tanya siapa? Polis. Muka masing-masing pun cuak gila macam ada simpan dadah pulak. Polis je pun. Tak takut, wekkk! HEHE. Dia nak suruh mak aku betulkan seluar je pun.


Haa. Part meminang tu macam nih. Adik aku balik rumah dah petang. Aku pakat dengan mak dengan kak siti kenakan adik aku. Nak cakap polis cari dia. Last2, mak aku pergi cakap ada orang nak datang meminang. Haih! Masing-masing dok buat muka selamba badak je. Bulat-bulat adik aku percaya! And guess what? Unexpected face expression. Adik aku yang excited. Tahan gelak memasing. HAHA! Kena troll hidup-hidup.

Adik aku dah start berangan. Dia cakap, kang kalau dia datang, pandang-pandang dia. Dia nak cakap,"Kau pandang-pandang aku apehal?", "Aku nak pau dialah, long. Mintak dia belanja topup." Mak pun macam, eh kau yang melebih pehal? HAHA. Siap kata lagi kat aku,"Baguslah kau ni, long. Cari husband polis." Part nih, aku sorang je gelak besar. HAHA. 

Sengal-sengal ubi je perangai adik aku. Agaknya, kalau betul-betul orang datang meminang, dia yang overdose pulak. HAHA. Bagus jugak adik beradik dua ekoq nih. Takdak yang nak kutuk-kutuk. Kecuali aku. KAHKAHKAH~





Adiosa~~

Saturday, June 1, 2013

Marriage vs Divorce

Salaam! Well, hari ni tajuk aku agak drama sikit. Ah, dramalah sangat! HAHA. Bukan apa. Lately, I've been receiving some bad news which happened in cousin's life. Haa, baca tajuk, confirm hangpa semua tahu pasal apa aku nak tulis. Yeabsolutely! It's about marriage and divorce. Let's hope this will not going to be the longest entries ever :) Finger crossed!







So, as a girl yang belum ada sesiapa lagi, wajarlah baginya untuk mengimpikan sesebuah perkahwinan yang sangat bahagia. Chewah! **muntah darah**. Tapi, setiap kali aku fikir benda-benda gini, terus ada bayangan gurauan dari Mega kat situ. Aku akan start fikir, macam mana nanti kalau gaduh, cerai. Jadi janda muda yang hot pulak! Menggeleng kepala kucing aku. HAHA. Seriously, aku akan jadi fobia pasal kahwin. Demmit!

Kesian bila kes-kes macam ni jadi dekat cousin-cousin aku. Yang lagi kesian dengan anak-anak dialah. Ada janda cousin aku tu, dah kahwin baru. Pastu anak dia mengadu yang abah baru dia tu suka marah-marah dia. Well, hello! Abah baru, kau patut bersyukur tau yang janda cousin aku tu pilih kau sebab dia ingat kau mampu jadi abah yang lebih baik dari cousin aku tu. Ada otak, fikirlah.

Yang cousin aku lagi sorang tu pulak. Gaduh, then bini dia halau keluar rumah. Anak-anak depa, semua pakat perangkut dekat bini dia. Tak kisahlah sebab janda dia ni boleh didik anak-anak dia. Didik supaya jangan tinggal solat. Baguslah. Perubahan yang aku nampak dekat janda dia. Dulu kurus, sekarang berisi. Well, that shows something about their marriage. 

Tujuan aku bagitau ni sebagai peringatan buat kita semua yang belum dan dah kahwin. And guess? Something just happened between mom and dad. Haih! Itu yang aku risaukan. Moga-moga, Allah selamatkan dan panjangkan jodoh depa berdua sampai syurga, insyaAllah. Aku cuma terfikir kalau depa takda jodoh. Mana arah tuju hidup aku dengan adik aku. Nasib 2 beradik je. Kalau ramai?? Cer kabo! HAHA. 

Satu je hal yang perlu setiap pasangan suami isteri praktikkan bila masalah rumah tangga korang yang nak sipi-sipi tuh. Cuba recall balik apa yang buat korang tertarik tentang pasangan korang. Yang mampu buat korang nak buat dia jadi teman seumur hidup korang. Then, praktikkan semula benda tuh. Buat macam time-time ngurat dulu. HAHA! Kucing aku pun tau. HEH.



Adiosa~




p/s :: Bukan nak mengaibkan tapi nak jadikan pengajaran. Latest! Makcik aku pergi menganjing dengan orang kampung dekat Medoi yang aku dah bertunang. Hampagas! Tak dapat aku nak mengorat bujang-bujang kat Felda Medoi tuh lagi T_T. Haih!