Kelik-kelik :)

Thursday, December 20, 2012

Cinta Itu Milikku

Salaam,



Aku tau aku tak berapa nak sempurna sebab first time aku ikut drama time2 maghrib nih. HEHE. Selalu tak layan pun, layan drama cina kat TV2. HIHIHI. By the way, cerita nih memang best lah. Ada psycho, ada doktor pokok, ada doktor orang. HEHEH. Yang penting ada abang2 macho I dalam cerita ni. Guess who?? Erry Putra dengan Karl Shafek lah. What a cool actors. Love them both. AHAHA.

Finally, cerita ni habis hari juga. Maka dengan ini berakhirlah segala rasa sweet, marah, sedih aku dalam tuh. Pergh, feeling plak rasanya. UHUK! Tapi ending dia, a bit frustrating sikitlah. Ermm, hero dan heroin mati dilanggar oleh doktor orang. Dan doktor orang mati dilanggar lori. Believe or not, si budak kecik iklan susu Nespray tuh pun agak psycho jugak. Well, yah. Tanpa disangka budak yang polos begitu perangainya. HAHAHA.

Harap pihak drama ambil port la tentang ending2  cerita seterusnya yeh .. HEHE
End of my words...till next post



Adiosa~




p/s :: Short review without conclusion :D

Tuesday, December 18, 2012

Are you a STALKER ?!!

Salaam,

Heiyoo. Okay, sila paham aku ada masalah nak buat introduction. Grr! Stalker. Maksud dia ape yeh kalau ikut korang?? Aku tak tahu. HEHE. Hmm, menurut Encik Google pulak stalker maksudnya unwanted or obsessive attention by an individual or a group toward another person. Erh, apasal maksud dia macam menakutkan je. HEHEH.

Tak kisahlah cuma aku agak seriau dah sekarang nak post status kat facebook. Bukan apa, aku terasa seolah-olah diperhatikan. Eceh. Bajet Justin Bieber jek. HAHA. Sorry, saya bukan gay. Tetiba. Pengaruh bebas la nih. HEHEH. Balik cerita, setiap kali aku post mesti ada 3 4 orang makhluk ni yang kejenye ngelike je. Well, aku tahu itu normal. Tapi bukan normal untuk aku. Sebab aku tak suka sangat orang like semua status2 aku tu. Maksud aku, walaupun aku letak status yang mengarut2 pun orang like. Even aritu aku post " HUH!! " pun berduyun-duyun yang like. Okay, tipu. Cuma 5 6 orang je yang like.

Sebab bagi aku, button like tu hanya untuk setuju dengan status seseorang tuh. Takkanlah update status nak bunuh diri pun sampai 1000++ orang yang like. Jap, bukan aku punya yeh. Harap maklum. HEHEH. Eh, dah lah. Aku cerita mengarut jek. Tapi janganlah stalker aku lagi. Aku benci. HAHA. Serious nih !!




Adiosa.





p/s :: Listening to Titanium by Sia ft David Guetta. Love the song !!

I was bitten !

Salaam,

Huh! Lamanya aku tak tulis ape2 dalam blog nih. Al-maklumlah, orang busy macam aku ni tak dapat nak menghadap laptop 24/7 kan. Okay, aku tipu. Hari-hari kot ngadap laptop. HEHE. Takde idea nak tulis apa. HOHO. Haa, sepanjang perjalanan ini. Wah, Zaiton Sameon tiba-tiba. Eh, betul ke?? HEHE. Benda paling teruk kot jadi sepanjang hidup aku. Anak jantan memang begitu. HAHA. Tetiba !

Benda ni jadi dalam rumah sendiri je. Time tu yakni semalam. Aku on the way nak pergi dapur. Bajet jauh jek bunyi dapur aku. HEHEH. Mata letak kat tapak kaki kan. Zassst, aku kena sengat. Eh, patuk ke gigit. Lantaklah. HAHA. Seekor lipan yang agak besar menyengat kaki aku. Aku dengan lagak ala-ala jantan menjerit macam bapok. HAHA. Teruk !! 

Seriously, sakit gila. Apa yang ada dalam otak aku time tuh hanya satu. Mati! Yah, i know. Sangat keterlaluan kan. Tapi nak buat camana. Aku pernah terbaca cerita pasal tuh. HEHEH. Seriau. Time tuh. Aku rasa sesak nafas sikit, pening kepala sikit sebab bisa dia tengah bergerak laju mungkin. Pastu aku teingat kalau kena sengat ke patuk ke, kena tenangkan diri. Sebab time tu jantung tengah pam laju and bisa tu akan bergerak laju jugak. So, aku try meng"calm"kan diri. Chewahh!

Sampai je hospital, aku terus masuk dalam tempat check up tu. Malu seh. Dahlah jalan tempang. HAHA. Sampai dalam tu, attendant tu suruh duduk. Dia pasang ape benda tah kat aku. Benda tu macam sepit yang letak kat ibu jari tuh. Pastu cek tekanan darah. Punyalah lama menunggu. Depa boleh siap borak2 lagi. Duh ! Pastu kena inject. Punyalah panjang jarum. HUHU. Tengok dia masukkan ubat dalam picagari tuh. Err!

Mula-mula attendant perempuan tuh inject. Dia cari urat darah dulu an. Entah macam mana dia boleh nampak urat tu entah. Dia masukkan jarum pastu main godek lak dalam tangan aku. Bo*oh jeh. Tak boleh, dia panggil doktor hensem tuh. Doktor tu pulak inject dekat pergelangan tangan. Ala, macam orang nak masuk air tu. Dah lah jarum besar. Time dia keluarkan jarum tu. Aku tengok darah aku banyak kat jarum tuh. Pengsan !

Still, aku pernah jugak kena sengat dengan labah-labah tapi takdelah sakit macam nih. HUH! Ape yang penting rehat ..! 




Adiosa





p/s :: Nasib tak kena masuk wad .. kalau tak naya je !

Wednesday, December 5, 2012

BULI !

Salaam,




Okay, hari ni aku nak kongsi pengalaman aku kena buli dulu. Kau ade? HAHA. Yang aku kena ni bukan macam buli yang sampai kena pukul tuh. Aku kena kerumun. Eh, tu untuk semut. Jap, diorang dok keliling aku la. Bagi amaran la. EHEH. Kenapa bagi amaran pulak? Haa, inilah cerita dia. HEHE

Aku ada suka kat abang senior sorang nih. Nama dia Shafiq. Aku taktau pun dia ada awek dan nama dia Azila. Suka aku ni bukannya sampai nak tibai pakwe dia tu. Aku cuma nak kacau je. HEHE. Sampai satu saat, diorang buat plan. Ada nombor tak dikenali mesej aku. Dia kata nama dia Tengku apebenda tah. Dia hantar gambar. Sekarang baru sedar yang dia bukan Tengku sebab gambar pun muka pecah rumah.

Dan akibat kebodohan aku yang tahap cipan nih. Aku pun hantar gambar. Esoknya, ni time dekat sekolah. Time tu budak2 PMR memang habis exam dah. So, semua dok kumpul2 kat dewan senanglah nak scan aku time tu. Nak dijadikan cerita, adalah kakak senior 2 orang ni datang kat aku. Awek dia dengan kawan dialah. Datang kat aku, dia kata," Dik, tolong akak carikan jam adik akak, Zatul. Dia tertinggal kat bawah mejalah". Aku kata taktau meja dia kat mana. Dia cakap akak tahu. Dan dan dia tahu, ye tak? HAHA.

Aku dengan naifnya pergi dengan Suhaila. Sampai je kat kelas tu, dia suruh suhaila turun. Pastu, Shafiq dengan member dia masuk. Seingat aku ada 2 lelaki, 2 perempuan time tuh. Masing2 pakat tutup pintu. Haa, ada lagi sorang lelaki tunggu kat luar. Cover cikgu datang la kot. Time tu. Aku dah seriau dah. Kenapalah Suhaila tinggalkan aku sorang2 ?? -_-" . Takut aku time tu, Tuhan je yang tau. 


Dalam kelas tuh pulak. Macam-macam aku kena tanya. Kena maki. Kena cerca. HEHEH. Walaupun dalam tu macam2 aku rasa. Nak defend diri aku, nak jerit kasi cikgu datang, nak menangis, nak tumbuk. Tapi semua tu aku ketepikan sebab rasa hormat aku dekat diorang. Aku sabar je. Masing2 cakap pun memang berlagak habis lah. Dia takde ape2. Kawan dia je yang lebih-lebih. Dia bagi amaran kat aku jangan ganggu Shafiq lagi. Agak2 korang aku kena macam tuh, aku buat apa?? Aku kacau hidup 4 orang tu sebulan kot. HAHA. Ingat senang aku nak lepaskan macam tuh je! HEH. Silap orang!

Back to the story, lepas kena maki hamun semua. Aku keluar. Nak menangis, aku tahan sebab cikgu ada time nak keluar kelas tu. Aku takmau kes ni jadi besar. Sampai dewan, aku cerita semuanya kat Suhaila tapi taktau la kalau dia ingat lagi ke tak. HAHA. Cerita yang dah 3 ke 5 tahun jadi. Serik kot. Tunggu jelah nasib anak2 hangpa pulak kena nanti. HAHA

So, untuk manusia2 yang tersinggah di sini. Aku cuma nak kata jauhkanlah sikap membuli nih. Sangat tak bagus untuk diorang dan diri sendiri. Kau nak ke kena sumpah dengan budak yang dibuli tuh. Contoh, matilah kau kena langgar treler. HAHA. Nak ke? Nak?? HAHA. Kalau ikutkan aku memang ramai kena dah dengan aku. Tapi, muhasabah diri aku nih kuat sangat. Ambo dok mampu nok buak. HAHA. Let's think okay!




Adiosa~~





p/s :: Orang yang suka membuli ni sebenarnya pengecut. Take note!!

Tuesday, December 4, 2012

Tweet aku diReply!

Salaam,

Heyya peeps! Hari ni, entri aku agak jakun sikit bunyinya. Aku nak up dua orang artis nih. Ecehh! Bajet tak feymes jek depa. Takdelah. Nak up diorang pun sebab dia peramah. HEHEH. Gerenti dibalas tweet masing2. Tak macam artis lain. Feymesnye tak. Berlagak je lebih. HAHA. 







HEHE . Print screen sekali, okay! HAHA. Aku dah cakapkan aku ni jakun. HEHEHE






Adiosa~~





p/s :: Love them !!

Monday, December 3, 2012

Bestest song lyric ever !

Salaam,

Now, aku nak kongsi lirik lagu yang aku rasa sangat2 romantik gila nak mati. HAHA. Maaf sebab lirik dia dalam English . Malas nak translate ke melayu. HEHEH

You dwell, you dwell in the beats of my heart
In my every breath, you speak
Come into my arms, lose yourself in dreams
You dwell, you dwell in the beats of my heart

I fell in love with her, I became like a madman
Slowly she grew close to me, silently she declared herself
Now there is no one to fear, we live and die together
Come into my arms, lose yourself in dreams
You dwell, you dwell in the beats of my heart

The world has spurned me, only you made me your own
What peace my heart gained!
The rest have tortured me so
I have one dream, that you should be my own
Lose yourself in dreams

You and only you dwell in the beats of my heart.




Hehe, lyrics dia repeatitive. And actually ini lagu Bollywood. Dipetik dari filem Dhadkan. I told you, aku ni hantu Hindustan. Really into the movie right now. Lagu2 dia semua terbaik. Lagu ni untuk awek Dev. Tak salah aku, aku ada post entri pasal cerita ni marin. Cuba cari. HAHA. Lalalalaa~~




Adiosa~~







p/s :: This one is on Sunil Shetty, Shilpa Shetty and Akshay Kumar :D

Im Talking about Politics

Salaam,

Wokeyh, sialan banget! Mood aku hilang gila mati untuk minggu nih. Semuanya gara-gara Perhimpunan UMNO yang 3 hari tuh. HEHEH. Bukan niat patik untuk masuk campur dalam urusan "Politics" duniawi ni. Cuma telinga aku jadi panas bila dengar kata-kata fitnah yang ditabur. Kata-kata yang membuatkan rakyat jadi takut andai kata BN kalah. Kata-kata yang, i don't know. Mungkin kata2 yang tak berapa sedap nak didengar kut.

Aku ni jugak bukanlah minat sangat dengan benda2 nih. Tapi bila dah orang bidas aku, masuk campur dalam pendapat aku. Haa, yang tu aku menyirap. Bukan buat sirap gula untuk kenduri ye. Jauh sekali untuk menyirap tenaga Naruto. Eh, apadaa Naruto. HAHA. Masalahnye sekarang, status aku kat facebook tu benda betul. Eh, datang makhluk Tuhan ni boleh pulak dia boh aku kat situ. 

Taulah hang " Puteri UMNO ", so sekuat mana pun kau backup UMNO dengan bukti2 yang tak berapa nak kukuh ke kuat ke konkrit tuh. Aku tetap takkan percayalah. Ye, aku sedar, kita memang duduk bawah kerajaan BN dan bukan pembangkang. Jauh sekali aku nak kutuk2 kerajaan sekarang. Sikit2 tu adalah. Well, korang semua pun pernahkan?? Its normal, right??

Just think for a moment. Negeri Terengganu dengan Negeri Kelantan. Kita semua nampak yang negara diorang tak nampak maju. Apatah lagi nak up-to-date dengan shopping complex. But trust me! Diorang lebih maju dari negeri lain. Diorang jugak lebih kaya dari negeri lain. PAS yang bimbing negeri2 tuh. Well, ambil negeri under BN, bandingkan. You'll see how their managements. Sopiking pulak ahkak yek. HAHA.

Aku setakat ni belum ada parti yang masih pilihan di hati. Masih berbaki 2 tahun untuk meneliti pihak yang lebih mementingkan rakyat dari beli cincin untuk isterinya sendiri. HAHAHA. If you care what I mean. Huh, enough with politics. Takmau blog dicemari nama2 begituan. HEHE. Maaf, entri aku kali ini punya bahasa2 yang beda dari sebelumnya. HEHEHE




Adiosa~~





p/s :: Rakyat memerlukan pemimpin yang mementingkan agamanya dan bukan sibuk dengan agama orang lain . Fullstop!!