Kelik-kelik :)

Thursday, November 15, 2012

1434 Masihi

Salaam,

Hey everyone. How is it going today?? Ouh, selamat tahun baru semua! Eh, lambat lagi 1 Januari 2013. Haa, tu je lah tahun baru kau ye, cik Kiah. Ini Tahun Baru Hijrah. We have landed in 1434 Masihi. Tahun baru, azam baru, pakwe baru. Ehh?? HAHA. No more boys, okay. Kita playin it cool, okay! 

Alhamdulillah, masih lagi Allah panjangkan umur kita semua untuk menempuh hari-hari di Tahun baru ni. As for me, azam aku untuk kali ni, aku nak lupakan semua kisah silam aku. Eh, bukan semua. Kang aku jadi lupa ingatan pulak. Tapi takpelah dari lupa daratan. HEH HEH. Okay, pfft, tak lawak. 

As i've been observe, rakyat Malaysia menyambut dengan penuh sederhana dan gembira tahun Masihi ni. Tapi, kita pun kena jugak alert ape yang jadi hari ni. Taktau?? Takpe, aku paham korang memang sibuk. Erh, busy la sangat!! Well, today the Israel has launch a war upon Gaza. Dude, it was horrible for them. Ingat ini :: 13 killed and 120 injured in 90 raids on Gaza ::












Ape yang kita boleh buat hanya berdoa dan berdoa. It will means a lot for them. Nak suruh korang pergi sana, berperang sama memang takdelah nampaknye. Addition, buatlah solat hajat kalau boleh. **sambil angkat2 kening ala-ala The Rock**.


Care what this picture means to you ???





Adiosa~~










p/s ::


Wednesday, November 14, 2012

Sweet Loving Couple

Salaam,

Semalam, 14 Nov, aku pergi wedding cousin aku. Tengah dok lepak-lepak dengan sepupu sepapat aku. Okeh, tipu. Lepak dengan adik aku je sambil mengutuk-ngutuk orang yang datang. HAHA. Perangai buruk sehh. Jangan ikut ye, monyet-monyet sekalian. Smileeeeee.

Mata aku tertarik dengan sepasang couple ni. Mereka sangat sweet. Eh, cop. Entri ni bukan untuk couple yang taktau halal haram tuh ye. Tapi entri ini hanya untuk couple yang telah pun halal. Dan mungkin untuk 70 tahun atau lebih. See what I mean? Mereka adalah pasangan warga emas yang mungkin boleh aku jadikan contoh. God knows. HEHE.

Back to their story, aku tengah rilek-rilek usha abang-abang yang duk kemas meja tu. Biasalah, manusia macam aku yang takde kejakan. Takde keja la sangat. HAHA. Aku terpandang la depa. Boleh panggil atuk dengan nenek aku rasa. Because they was too old, dude.

Si isteri sedang menyenduk nasi dengan lauk-lauk semua. Si suami follow dari belakang. Laki dia nampak slow sikit nak bergerak. I don't know. Pastu tengok, diorang pergi cari tempat duduk. Later, aku perasan yang si isteri pergi ambik nasi dengan lauk lagi. Aku tengok pelik. Aku usha baik punye lagi sekali. Okeh, tadi untuk suami dia, lepas tu baru dia punya.

Tengok, sebab ape aku kata diorang couple sweet. Sebab si isteri tu mendahulukan si suami. Wahh, dapat pahala dah tang tu. Aku tak nampak pun wajah masam di muka dia. Hanya senyuman yang aku nampak. Walaupun dua-dua nampak agak dah uzur but yeah, they still husband and wife and still perform their duties towards each other. 
Well, just hope that I and my future husband will be like them. Ameen. InsyaAllah. (^_^)







Adiosa~~





p/s :: May God bless them till Jannah :D

Australia !!

Salaam,

Hiyaa peeps. Now, today's entry is going to be a place where I really want to visit before I die. Guess where?? Australia. HAHA. Mesti korang tau sebab aku dah tulis nama tempat sebagai tajuk entry nih. NOOB!



Okay, sejak aku kecil lagi aku teringin sangat nak dapatkan dua benda ni. Pertama, nak jadi cikgu sekolah dan kedua, aku nak melancong ke Aussie. Mungkin tinggal disana. HEHEH. Angan-angan tinggi Menara KL nun. HAHA. Just so you know, aku memang minat sangat nak bermastautin kat sana sebab Australia ada tempat-tempat yang teramat cantik dan sangat menenangkan. Sesuai untuk gadis-gadis yang selalu jiwa kacau macam aku ni. Eh, aku gadis ke? Ingat teruna. HEH HEH.

So, before that, let me introduce to ya three little cute animals that famous in Aussie.

Le kanggaroos

Le koala

Le Tasmanian devil


Aku bukan pandai sangat bab-bab nak jadi tour guide korang. Cuba pujuk encik google untuk bawak korang explore satu Aussie. Kenyit mata sambil buat muka comel Puss in Boots, mesti dia bawak punya lah. HAHA. Korang buat macam ni, taktau aku nak panggil hangpa apa. KEHKEH. Ni bawah ni aku letak gambar yang aku nak pergi sangat-sangat kalau aku dah ada dekat Australia nanti. Kasi satu LOVE . HAHA.


Ini adalah Sydney Opera House. Situated in Sydney of course.
Aku suka tengok bentuk binaan dia. Sangat cantik. 


Ini pulak Whitehaven Beach. 
Tempat yang paling comel sangat-sangat.
Sesuai untuk bulan madu aku dengan Kanda aku, Fahrin Ahmad.
HAHA.


This is Kakado's National Park. Allocated in Darwin.
Makcik aku duduk kat Darwin. HEHE. So, kat sini banyak haiwan liar. 
Crocs, eagles, horses, dingoes etc.
And Kakadu's waterfall was so amazed me. Check out :
|
|
V



Last but not least, antara negara-negara di Australia. Aku paling suka dengan Perth sebab bandar dia tak crowded sangat. Perth ada banyak tempat-tempat yang cun gegiler. Gegirl pun tak gila macam tu. Erh, pelik. HEH. Banyak green scenery dekat Perth yang kita taktau. Aku perli bhai. HAHA. Google them, okay. 


That's all, folks.





Adiosa~~





p/s :: Kanda Fahrin jangan risau ye. Walaupun Kanda dah 33 tahun. Dinda tetap sayangkan Kanda. Cuit2 sikit. HEH HEH. Kalau Fahrin Ahmad baca blog aku. Mampus kena saman, HAHAHAHA. 

Tuesday, November 13, 2012

Surat cinta untuk bakal suamiku

Salaam,

Okay, readers. Kalau adelah, HEHE. Kali ni aku akan cuba menjadi lain sikit. Apa yang lainnya?? Nak jadi seorang manusia jiwang yang amat melampau, boleh?? HAHA. Now, dimm your light. Light a candle if possible. Dah macam tak bayar bill electricity dah aku baca. HAHA. Now, pasang lagu yang korang rasa paling jiwang yang pernah korang dengar. Untuk aku, aku tengah pasang Down by Jason Walker , Lost then Found by One Republic ft Leona Lewis , Holding On Letting Go by Ross Copperman. This going to be a long entry okay :D
Here we go!!



BismillahirAhmaniRahim...

Apa khabar wahai bakal suamiku. Awak sihat tak harini? Saya harap awak sedang bahagia dengan family awak dan juga bakal keluarga saya suatu hari nanti. Saya harap kehadiran surat ini takkan mengganggu aktiviti seharian awak. Bukan selalu saya nak jadi jiwang untuk someone. Saya selalu tunggu kehadiran awak dalam hidup saya selama ni. InsyaAllah, dengan berkat kesabaran saya serta doa yang tak putus untuk saya dan awak. Saya yakin yang kita akan bersama suatu hari nanti.

Saya nak minta maaf dekat awak sangat-sangat sebab saya selalu sangat curang dengan awak. Saya selalu couple dengan orang lain. Walaupun saya tau yang dia bukan nak kat saya. Saya sayangkan orang lain lebih dari saya sayangkan awak. Saya mengaku khilaf saya dan saya minta maaf sangat-sangat sebab saya takboleh sabar menunggu awak hadir dalam kehidupan saya.

Tapi sekarang, baru saya sedar. Sebenarnya, saya cuma takboleh hidup seorang diri. Saya tak boleh berdiri dan berjalan sendiri tanpa sesiapa disisi saya. Dan sekarang, saya tak percaya dengan budaya coupling dan bercinta sebelum kahwin. Saya semakin yakin dengan jodoh yang telah dikirimkan oleh Allah untuk saya iaitu awak, bakal suamiku.

Saya juga dah tetapkan prinsip hidup saya bahawa saya takkan terima mana-mana lelaki yang sudah bercouple dengan saya, yang pernah menatap wajah saya, yang selalu panggil saya cantik, manja, comel dan lain-lain. Sebab saya terfikir, kalau dia boleh cakap macam-macam kat saya, dia pun mesti boleh cakap macam-macam dekat perempuan lain. Sekarang, saya cuma percaya dengan jodoh yang Allah akan turunkan kepada saya.

Wahai zaujku, saya harap kita akan dipertemukan dengan cepat oleh Allah. Mungkin dengan cara yang tak pernah kita duga. Saya akan tetap tunggu awak datang dan mengambil saya dari tangan kedua ibubapa saya. Saya juga berharap agar awak dapat bimbing saya dan sayangi saya apa adanya saya sampai Jannatul Firdaus. 

Apa yang saya nak dari awak, saya cuma nak seorang lelaki yang baik dan hormat kepada wanitanya, seorang suami untuk tempat saya bermanja, seorang kekasih di saat suka dan duka, seorang sahabat pabila masalah datang menimpa dan juga seorang bapa kepada anak-anak kita nanti. Saya juga berharap yang awak mampu memimpin keluarga kita nanti dijalan yang diredhai Allah. Harap permintaan saya ni tak terlalu berat bagi awak ye.

Sampai disini warkah ini ditulis buat bakal calon suamiku. Semoga surat ini mampu memberi petunjuk tentang masa depan yang bakal kita tempuhi bersama. Sekian~~~



Yang setia menunggu ,

Bakal isterimu :)



Adiosa~~




p/s :: Ikhlas dari aku. Takboleh jadi jiwang lah. Bukan jiwa aku. HAHA!!

Aku dan Fahrin Ahmad

Salaam,

Hari ni aku nak bercerita tentang aku dan Fahrin Ahmad. Siapa yang tak kenal dengan bakal laki aku tu. HAHA. Bukan nak menipu ke nak buat cerita gebang2 ke. Ini cerita ikhlas dari hati seekor monyet yang sangat suka perasan sengsorang. Waaa, sampai hati kau kak Jemah, samakan aku dengan monyet. At least, samakanlah aku dengan benda comel cam kucen ke. Dehell, sama je dua2 hewan. Senget!!

Ni I letak gambar husband-to-be I. Gediks yang terlampau. Ada I kesah. *berlalu pergi sambil buat muka dafuq!! Grrr. Ada yang kenal, ada yang  tak. So, buat yang tak kenal. Aku nak tanya awat hang tak kenal dia. Apakah dia tak cukup warganegara untuk dikenali. Takkan nak kena jadi warga Singapura. Hah, kau pe kes?? HAHA. Budak gila jadi emo tetiba. Ni gambar dia <3



Sampai hati kanda tak pakai baju spiderman yang dinda beli
(T_T) Ngajukk ~~


Dipendekkan cerita, aku ni memang admirer gile-gile mati dengan Fahrin Ahmad. Bukan sebab dia kacak, macho dan comel. Aku ulang, bukan sebab kacak, macho dan comel. Okey, ulang sekali je. Malas nak taip bebanyak. HAHA. Tapi aku suka cara dia berlakon. He look so real in every of his character. Kita boleh kenal dia dari lakonannya. Untuk akulah. Orang lain suma pakat2 pi layan Ongbak Rindu punya hero tu. Syuhh~~ . HEH HEH. Aku start " jatuh hati " dengan personaliti dia dari cerita Seindah Gurun Sahara. Ehh, silap tajuk meyh, Gurun Sahara tu Mega punya. Ada betul kaa?? Kasi hangguk satu kali la. HAHA. Seindah Sakura. He's so cute jadi cikgu. Homaigadd, aku baru puji dia kaa?? Satu kali kiss jugaa. Okey, berangan.

Okey, bila kanda kerja navi ni. Haritu kandakan cikgu
Tipu dinda aeh. Ngajuk lagi~~ :'(


Setiap kali, mak aku tanya pasal pakwe, mesej dengan siapa, chat dengan siapa sampai senyum sorang-sorang macam sewel tahap babun. Aku jawab dengan muka takde perahsaan ditambah dengan riak serta angkuh, FAHRIN AHMAD. Kalau ade power, mau mak aku cakar muka aku pakai kuku Wolverine. HAHAHA. Agak annoying jugak la sebab apa yang aku buat dan orang tanya, aku pakai nama Kanda I jer. Sukahati gua la. Gua punya suka, bukan kelam pun. Paham kaa?? HAHAHAHA


Nak pujuk dinda lettew~


HAHA. Wanna hear mah husband-to-be singing. Press play la doh kat video ehsan youtube diatas. Takpe Kanda, walaupun suara Kanda tak berapa nak sedap sangat. Dinda sedia pekakkan telinga dengar Kanda menyanyi. HIHI. Gelak mintak sepak, sedekah sorang satu sekarang. HAHA. Last ni, banyak story pasal dia ni. Kalau tak stop, mungkin bakal ada part 2, 3 dan seterusnya. HEH HEH. Last, mak aku selalu menafikan kemalasan aku kat rumah. Suruh masak, aku kata nanti jap. Suruh kemas rumah, aku kata nanti jap. Sampai satu saat, mak aku kata, Nanti jap, nanti jap .. entah siapalah laki kau nanti. Dengan muka sadis, aku kata," Fahrin Ahmad la. Aritukan dia dah datang meminang". Mak aku diam. Mungkin memikirkan cara untuk balas dendam dengan jawapan aku.

HAHA. Well, that all about aku dan Fahrin Ahmad. The type of man that i've been waiting in my whole life. Not falling for him but fall for his personality. Kalaulah, dia bukan pelakon fofular, nak je aku kata, " Fahrin Ahmad, will you be my Imam?" Kasi kenyit mata satu kali terus dia angguk tanda protes. Takde kena-mengena. HAHAHA. Btw, Dinda masih merajuk dengan Kanda. Bila nak pujuk Dinda?????


FA: Dinda, Kanda pujuk dengan senyuman comel Kanda.
Haa, suka tak?? Suka tak??

Aku: HAHA. Kanda tau je benda yang meluluhkan hati Dinda.
Sayang lebih. **Perasan**



~~Gambar ehsan dari Kanda I :: facebook.com/FAfanpage




Adiosa~~






p/s :: Kita boleh kan suka kat dia walaupun dia taktahu. Not being to obsess with him. Take note okay :D He's still bachelor bukan sayur celor, okay. Sekian~~

Friday, November 9, 2012

( Entri Serius) - I'm annoying, right?

Salaam,

Mungkin ini last entri untuk aku mengarut-ngarut sebelum aku masuk IIUM, Petaling Jaya untuk short sem. How i'll miss my life now. Sigh~
Dan, jap biar aku pikir nak tulis ape? Everything is blendin' into one right now. Happy, sedih, marah, frustrated dan semuanya. Dude, i can't get out from my own emotions right now. Aku tak boleh nak fikir straight sikit malam ini~ kusendiri~ tak ada yang~ menemani~~ eh, eh, terbawa-bawa emosi pulak kali ni. HEH HEH.

Just nak bagitau lah sesiapa yang baru nak mula kawan dengan aku ni. Satu je yang mungkin korang takkan perasan tentang aku. Duffers, i'm totally ANNOYING. HAHA! Bangga seh jadi budak-budak annoying ni. Sebab apa perangai aku macam ni. Melalui perangai aku yang annoying nilah, aku kenal mana kawan mana lawan. Mana betul, mana palsu. Mana kaca, mana permata. Haih, lagu Agnes Monica tajuk Rindu ni menaikkan mood nak menaip betul. Agak hampeh disitu. HAHA.

Tak banyak manusia yang tahan perangai aku macam ni. Even, adik aku sendiri tak tahan dengan perangai aku yang ni. Inikan pulak outsider. Macam mak aku selalu kata, " Entah siapalah laki kau besok?". Cuma manusia sewel yang boleh tahan perangai akulah bakal laki aku nanti. Aku dah jumpa siapa tapi dia kata buat hal masing-masing. Takkan aku nak pergi melutut depan dia pulak. And if that happen, bawaklah aku pergi jumpa pakar mental. HAHA. I'm not that kind of gal, ya know.

Then, aku ni jenis degil nak mampos. Apa-apa yang orang suruh buat dan benda tu aku paling menyampah. Aku takkan buat walau dibagi satu juta money drop cash depan aku pun. Aku takkan buat. Aku tak suka dipaksa. HAHA. Ingat pulak dengan lagu Ukays. Cinta tak Perlu Dipaksa. Eh, tu bukan lagu Aris Ariwatan ke? Ah, lupakan. Asalkan bukan Super Junior yang nyanyi. Mampos!

Satu lagi, perangai buruk aku. Aku memang dah lama hakis perangai ni. Dah hilang dalam 2 tahun. Then, datang balik. Dah macam main boomerang dah aku rasa. Baling jauh-jauh pastu datang balik. Grrr. Aku ni manusia yang panas baran. Seriously, mangsa pertama lepas aku diserentikan oleh diri sendiri, paham kaa?? HAHA. Mangsa pertama, anak buah aku. Takde salah pun sebenarnya budak tu. Aku tengah stress, aku tengking dia kuat-kuat. Terkulat-kulat je muka, terus meraung. Pueh hati den. HAHAHA. Kejam punya olang!

And now, I'm facing the consequences. Aku dah ada tanda-tanda awal untuk kena serangan jantung. Damn!! Should knew it from the start. Dan sekarang, yang paling masalah bagi aku, perangai panas baran aku mula menjadi semakin teruk. Aku tahan marah, makin stress, which also lead to the pain on the chest and will lead to death if they getting worst. Krikk krikk. Bunyi cengkerik, tiba-tiba. HAHA. Sebab tulah, aku suka sakitkan hati orang. Tengok permainan aku cammane?? Maksud tersirat tuh, cari-cari. HAHA. So, sesiapa yang nak aku mati cepat, dah taukan kelemahan aku ape sekarang?? Easy, bikin aku marah atau stress, cepatlah Izrail datang jemput aku. Takut sebut nama tu, HEHE.

So, these are my weaks. Later on, please be prepared to facing with my annoyance. Okay, peeps. Thanks for reading, again .. bajet orang bace. Kununnye~~




Adiosa~~



p/s :: Blog ini dicipta untuk kenangan bersama ketika aku sudah tiada .. Wah, lagu Hujan - Bila Aku Sudah Tiada is beating inside my mind. DafuQ !!

Result Slip !

Salaam,

Hari ni, 9 November .. keluar sudah result exam aku untuk sem 1 12/13 . 
Macam yang aku kata dulu. Aku pasti akan fail satu subjek. Well, tepat sekali sangkaan aku. Dia taknak melencong mana-mana pulak. HAHA. Apa yang buat aku conform subjek tu bakal fail. Sebab aku tak pandai nak bercakap depan public. Oral Communication. Kena bercakap depan public. 

Aku bukanlah PM ke Sultan ke yang boleh baca kertas. Tak boleh, bhai. Kerling pon markah dah kurang. HAHA. Ingat dah ambik course English Literature ni, nak duduk goyang-goyang kaki. Silaplah, HAHA. 

Huh, kepala otak aku dah cramp dah fikirkan. Nak naik short sem ke tak. Biasiswa aku dah la tak dapat lagi. Agreement pon setahun setengah. Arghh, sakit hati kot bila tengok ada subjek kena repeat. HAHA. Aku nak menggila pun bukannya ada orang nak dengar. Blog ni jelah teman aku. 

Memang aku benci public speaking dari sekolah menengah lagi. Grrr! Kalau boleh dah lama aku buat demonstrasi hapuskan subjek ni. Dulu takde pun subjek ni. Graduate jugak senior-senior aku dulu. Marah ni! HAHA. 

Dah lah. Malas aku nak fikir benda ni. Kang tak pasal-pasal wayar kepala hotak aku short terus. Mana aku nak cari orang yang boleh membetulkan kekusutan kepala otak aku ni. KAk Limah punya rambut pun tak kusut macam kepala otak aku daa. HAHAHA. Sudah cukup sudah!!!!! Terjun bangunan, HEH HEH!!




Hamboihh, hamboihh Kak Limah. Nak enter-frame jugak ke? Huk aloh. Pergi kau sana main enjit-enjit sumut tepi kubur. Kang tak pasal-pasal kena flying kick free2 je dari aku kang. HAHAHAHA. Budus !!



Adiosa~~