Kelik-kelik :)

Thursday, November 8, 2012

Hi, I'm Harley Quinn

Salaam...

Tengok, Harley Quinn versi dah masuk Islam bagi salam. Kepala hotak mung. HAHA. Kenapa hari ni, aku jadi Harley Quinn? Cuba teka ghamai-ghamai. Pinjam Lisa Surimatahari punya lidah sat. Grrrr. Eh, jap. Lisa tak boleh sebut huruf " R " lah. Lupa pulak. Satu kali boo juga sama saya. HAHA. Sewel!

Actually, ada hamba Allah bagi aku nickname ni. Harley Quinn. Dan sebenarnya~ dan sebenarnyaaaa~ eh, pembawakan Yuna pulak. Sorry-sorry. Sebenarnya, memang aku tak kenal siapa Harley Quinn. So, aku google lah sebab dia suruh.So, want to know who she is??  Scroll your eyeballs down, dear fellas ::

"  Harleen Quinzel, the Arkham psychiatrist who fell in love with the Joker. A "mad love" would lead her to a life of crime as Harley Quinn, frequent accomplice, and former would-be-girlfriend of the Clown Prince of Crime."

Dan aku tanya dia, kenapa dia bagi aku nickname tu. Nak tau dia kata apa?? Mai pakat ramai-ramai pergi tanya dia. HAHA. Aku taknak bagitau sebab dia. Sebab aku nak semua readers blog gila aku ni. Walhal, takde sape pun yang baca. HEH, bajet famous jap. Aku nak semua kenal aku melalui penilaian menengah rendah, PMR. Eh, haddoih, salah lagi. Grrr.

Aku nak  member-member aku kenal aku siapa. Paham kaa?? HAHA!
And back to the story, si Harley Quinn is the sidekicks for The Joker. Dua-dua pun psycho. Eloklah tu. Tapi yang tak best, dia selalu kena buli dengan Joker, walaupun begitu dia masih tetap cintakan Joker tu. Cinta mati la kononnye. Padahal dia sorang je yang separuh nyawa, Joker tu cam biasa je. HAHA. Aku tak pandai gila bab mengulas watak ni. Tengoklah aku punya paper Drama dapat C+ je , HEHE.

Dah, idea lari dah. Aku buat entry baru la terus. Hohoho-horlicks. **Tetibe 


Harley Quinn and her Puddin', The Joker <3
 
 
 
Adiosa~~
 
 
 
 
p/s :: Her real name was Dr Harleen Quinzel :D 
 

Encik Imamku bukan Imamku

Salaam,

Baru lepas meng-hupdate entry, terus hupdate entry baru. Takpelah, sementara ada idea. Nanti takde idea, terus jadi ular sawa kekenyangan pulak. Eh, apa kena mengena? Tak sesuai langsung bidalan aku kali ni. HAHA. Lari pulak idea nih. Haish -_-"

Haa, tengok tajuk aku kali ini " Encik Imamku bukan Imamku " . Dah macam sinetron Indonesia dekat TV3 punya dah aku tengok. Agak ye disitu. Masih ingat lagi 3 atau 4 entry yang lepas. Aku ada sebut pasal Encik Imam dalam tu. Yang mana ikut blog aku ni taulah merujuk kepada siapa gelaran Encik Imam tu. Before that, ada 2 jenis berita. Berita sedih dan berita gembira.

Berita sedih ::

Aku text dia. Mintak maaf pasal putus haritu. Dan dia kata, " Okay, aku maafkan kau."
Dengan harapan yang menggunung tinggi macam Gunung Kinabalu yang tak berapa nak siap. Aku tanya dia. Boleh ke kalau kita jadi macam dulu?? And i received the good news.

Berita gembira ::

Dia kata, " Takpayah. Mulai sekarang, kita buat hal masing-masing. Aku taknak sakit hati lagi. "  Tapi aku takde rasa bersalah pun sebenarnya. Seriously. Mungkin aku dah boleh terima kenyataan atau kenyataan boleh terima aku. Can't decide which one. HAHA. 

Mungkin sebab dah banyak kali aku diperlakukan sebegini. Lakukan apa? Sah, gila! Haish. Der, aku tak kesahlah kau nak ke taknak. Aku pun tak sanggup kena marah. Grrr!!
Tapi, kadang-kadang aku rasa penting untuk buat orang benci kat aku. Yelah, bila aku mati nanti takde siapa yang nak sedih, betul tak? Jika betul, kasi hangguk satu kali U punya kapla :)

Look at the bright side, Suraya. Walaupun semua orang yang kau suka dah blah jauh dari kehidupan kau. Yelah, sebab masing-masing dah kena block dengan aku kat facebook. Agak damn disitu. HAHA. Allah bagi kau seorang hambanya untuk buat kau senyum. Allah taknak tengok kau sedih. So, just go with it.

Well, memang ade pun. Cuma tak pasti status kitorang ni macam mana. Mungkin sekarang ni frasa berkawan lagi. Takpelah. Takmau siapa2 sakit hati lagi. Kan pakcik? Whoi, jawablah aku tanya nih. Ergh, tido dah rupanya. Zzzzz!!

Dia memang baik, tapi dia sendiri mengaku dia playboy. Bagus hang, jujur. Macam ini, kalau datang merisik. Pakcik, saya nak kahwin dengan anak pakcik. Saya playboy . Pangg~ kena penampar dengan bakal pak mertua sampai ke tua ingat peristiwa tu sambil ketawa berdekah-dekah. Eh, jap. Aku cerita pasal siapa ni?? Melalut dah gila! HAHA. 

Dan, aku buat relationship " engaged " dengan dia. Guess what?? Bertubi-tubi aku dapat mesej-mesej dari member2 aku kat facebook. " Congratulation", " Tahniah " , " Tunang tak bagitau " .. Hahaha, aku nak je gelak kuat-kuat macam monyet. Tapi, yelah .. member punye pasal, cerita bohong pun keluar. Bukan selalu aku dapat prank kengkawan aku. HAHA!
Dasar aku kawan jahat gila khinzir. Main samak pulak aku. Macam setan punya perangai, KAHKAH! Tengok, aku tulis, aku pulak yang tak paham. Ali mamak betul!

Tapi, penat jugak aku nak keep cerita tu interesting. Letih der~ Entah camana friends Facebook dia buat tanggapan. Wahh, aku buat cerita universal kate ko! Terbaek !!
Bengong, dah lah mengarut je aku pepagi buta ni. Sapa nak baca, sila. Taknak baca, kas pangkah la dey. Itu macam mau ajar kaa??

Adiosa~~

Ada yang melamar aku?

Salaam,

Hallu everybody yang eveready. Sekali iklan battery daa. Hah, tengok tajuk entri aku kali ni. Ada yang melamar aku? Melamar apa? Kerja, berlakon, bernyanyi mahupun kahwin? Perkara inilah yang sering bermain difikiran anak-anak muda seperti saya. Saya je anak muda, yang lain semua tua dah kan. Cepat mengaku! HAHA.

Aku mula nak mengarut ye. Nampak tak permainan dia. Dia beli dekat ToyR'Us. Entah macam mana eja pun lupa sudah. HAHA. Balik semula dengan isi aku kali ni. Start~~

Ada la sorang member internet aku ni. Bertemu di Tagged, bukan Facebook ye. HAHA. Dia sekarang praktikal dalam bidang Science Computer di UiTM Segamat, Johor. Kalau taktau, takpayah duduk Malaysia. Okey! Dah dekat 2 bulan kot kawan. Dia okay but yang buat aku rimas tu dia ni jenis yang nak bergayut 24/7. Kalau itu bagi dia "caring" tapi bagi aku "masalah". Yelah, aku ni bukannya suka sangat nak bergayut dengan jantans2 perah santan. Uish, perah santan? Masak kari ke apa?? HEH HEH!

Well, all I can say is he's quite nice to me. I think. Selalu buat aku ketawa. Then, sampailah hari semalam. Dia IM aku dekat Tagged. Tanya kenapa tak pick-up call dia. Aku pun jawablah pakai alasan yang betul.  Pastu, bukan BN ye. HEHE. Selepas itu, dia kata, lupa nak bagi hadiah dekat awak. Aku tanyalah apa? Nak tau hadiahnya? Haa, nak tau, korang kena kiss aku dulu. Tak kira, tak kira. HAHA. Gurau be!!

Ni hadiah dia :: 

"Goyang kepala gerakkan kaki 
 Dalam lantunan nada aku menari 
 Ku persembahkan diri ini 
 Hanya untukmu pemilik jiwa ini 
 
 Bernyanyi dengan nada do re mi 
 Mengisahkan aku dan dirimu 
 Jika aku masih berdiri di bumi 
 Jadikanlah aku sebagai budak cintamu "


Tau tidak, time aku dah sangat-sangat speechless. Aku berdoa je yang pantun tu memang betul-betul hadiah dan takkan ada maksud tersirat yang lain. Atau yang bersangkut-paut dengan hati dan perasaan dia. Tapi, sangkaan aku meleset jauh sampai ke India dihantar ke Australia pusing balik ke Zimbabwe. Jauh melancong sangkaan aku. HAHA. Dia tambah lagi sikit ::

" Sudikah awak, Suraya. Jadi teman hidup saya? "

Walaweh, aku bab-bab macam ni yang aku cair macam lilin terbako nih. Aku tak bagitau jawapan lagi. Tengah fikir sampai hangit boleh terus masuk tong sampah. HEH. Aku takut nak bagi kata putus dekat dia. Takut mengecewakan dia. Apa? Segila-gila aku ni, masih punya perikemanusiaan tau. HAHA, bangga. 

Bukan aku taknak terima, takut nanti dia kecewa dengan aku. Serious aku kata lepas aku tak dapat cinta pertama aku tu. Aku rasa takut sangat. 6 tahun cuma penantian yang sia-sia. Start dari tu, aku mula hilang percaya dengan mana-mana lelaki. Bakal suami aku nanti pun aku suruh mak aku yang cari. Aku dah penat.

Sesi penceritaan masalah pulak dah. HAHA. Okay, lupakan cerita lama. Life must go on, right? Harap dia takkan pergi KB Mall lah lepas aku bagitau kata putus aku yang telah lama putus. HAHA. Suka mengarut aku ni. What can i say, that's me :D


Adiosa~~




p/s :: Berkenalan dengan hamba Allah ni. Dia mengada-ngada. HAHA. CUTE tapi bukan dia, perangai dia :D  HAHA

Monday, November 5, 2012

Kau lesbian ke?

Salaam..

Hah, tajuk aku kali ni mungkin agak gempak sikit. Seperti gagak yang terbang dengan teragak-agak. Okay, aku tau korang senyum sebab lawak tak jadik, pffft. So, aku assume yang korang taulah maksud LESBIAN dan takpayah lah nak diterangkan, ye tak?
Tak tau, hangpa buat-buat tau sudahlah, itupun nak ajar ke, haiyaa!!

Ni ya, kes-kes yang selalu aku dapat. Almaklumlah, aku ni jenis suka kawan. Ramailah member-member internet tu yang aku kenal. Ada yang masuk air yang ada mineral dan manfaat dan ada juga yang masuk ayor longkang yang kotor tu. Bidalan seyh, no offense!!
Maksud aku, ada budak-budak internet yang baik dan ada yang nakal. Aku malas nak pakai perkataan jahat. Nampak kejam pulaks~ HEHE.

Nak dipendekkan cerita aku yang mau masuk ke dunia kemelalutan ini, aku borak-borak dengan cik GUYS. Lelaki kan. Pantang nampak awek cun sikit nak try, nak usha. Jap, masalahnya, aku ni cun ke?? Mercun ade lah. HAHA. Okey, sambung-sambung. Ada sorang mamat ni, borak punya borak. Last-last, dia tanya. 

" Awak, jom keluar nak??" . Aku kata tak suka keluar dengan lelaki sebab aku tak biasa. Hang rasa dia tanya aku apa? Cepat teka, siapa betul aku bagi kiss pakai kaki. Haa, cepatlah jawab. HAHA. Ada dia kata, " Awak ni lesbian ke? " . Time tu nak je aku kata, " Bak ang. Allah suruh aku jadi perempuan untuk lelaki. Hang ingat aku ni perempuan gila ke nak suka kat betina. Aku sepak kang tau la." . Dan beberapa lagi ayat dalam kepala hotak gua ni yang tak boleh nak dikeluarkan atas perintah berkurung Tuanku Permaisuri Negara Zimbabwe. 

Tapi, disebabkan aku ini, gadis yang polos dan tidak mengerti dengan hal-hal duniawi. Dengan riak dan sombongnya, aku terus off chat. HAHAHA. Bengang mungkin seketika lelaki tu kena camtu. Lantak kaulah, HAHA. But seriously, kalau seorang perempuan atau wanita yang menolak pelawaan jejaka untuk keluar bersama-sama itu dianggap Lesbian?? Bukan untuk menjaga maruah perempuan serta airmuka family dia??

Dimanakah letaknya hati seorang lelaki. Bukankah dia sepatutnya bangga sebab masih ada lagi perempuan-perempuan melayu yang tak berapa nak akhir macam aku nih? HAHA. Marah ni, marah. HEHEH . Bukan apa, GUYS, you should respect GIRLS yang macam ni sebab dia mampu lagi menjaga maruahnya untuk suaminya dan bukan untuk GUYS lain. Err, ada paham kaa? Haiyoo, saya pun sudah pening juga. Tadappa, saya akhiri entri ini dengan serangkap pantun.

Pergi ke pekan membeli selasih,
Sayang Pak Amat orangnya buta,
Sudah baca, terima kasih.

Haa, amacam pantun aku. Ada gaya Jarjit tak?? Wak lu, HAHA. That's all, folks!



Adiosa~~




p/s :: Belajar untuk terima kenyataan hidup. Bukan semua kita nak jadi hak kita, bukan semua kita benci akan pergi jauh dari hidup kita. Haiyoo, ada betul kaa! Lantak~

Sunday, November 4, 2012

Bersama Encik Imamku

Salaam...


Dua hari, satu malam .. aku tidur rumah dia. Eh, silap-silap. Rumah mak dia. Ambik adik aku dekat sana. Memang banyak gila dugaan aku kena tempuh dalam rumah tu. Mana-mana pergi ada je muka dia. Haish, aku pulak yang nak marah. HAHA. Control emosi, control emosi. Tarik nafas !!

Sampai-sampai je semalam, aku terus masuk dapur. Ceh, bajet gadis melayu yang separuh sewel. Ehh, bukan sewel sepenuhnya ke ?? HEHEH. Dia pun masuk dapur beberapa minit kemudian. Takpe, ayat bajet novel, takde siapa yang keshah. Upshh, shashul pulaksh. GILA, HAHA!

Okay, uturn balik. Dia pandang muka aku pastu jeling. Jeling bukan yang macam menggedik nak mampos. Just, jeling biasa2 tapi aku boleh tau dari mata dia. Dia memang tengah angin lagi kat aku walaupun aku tengok dia macam okay2 je menegur aku. HUHU. Sedey. 

Haa, ada mak aku dengan mak dia tengah borak ape benda entah. Terus dia menyampuk pastu dia tanya aku, " Kau su, dah habis belajar ke?". Aku jawab jelah tapi memang aku terkesan gilalah sebab dia cakap dalam nada yang agak sinis. Belajar dramakan haruslah pakai perkataan sinis tuh, EHEH. Berpusing kepala otak aku memikirkan ekspresi wajah kesayangan hamba tu. Wah, Hail Amer gittew.

Malam tu, aku duk lepak-lepak sambil tengok tv. Tapi sangat bosan ye siaran di TV tersebut. Nama siaran terpaksa dirahsiakan bagi mengelak Towkey Stesen TV tersebut menangis ala-ala bapok yang pakai baju gaun pink+seluar pink. Cun woo, HAHA. Dah boring, aku lepaklah main gitar. Main chord jer, bajet mau bikin lagu sendiri supaya nak tido nanti Fahrin Ahmad dodoikan pakai lagu tu jek. Angan-angan dengan FA je -_-" . 

Aku tengokla TV jap. Satu benda yang buat aku lari dari TV. Aku nampak dia tengah solat. Time tu, aku taktau la apa yang jadi dalam hati aku. Kuch-kuch hota hai. HAHA. Something happen inside my heart. Bukan ape, dia solatkan takkanlah nak tunjuk. Just, aku ternampak. Wahhh, blushing tetiba. Senyum sengsorang aku time tu. Even now! HAHA. Taktau nak kata apa, speechless. HEHEH.

Last ni, benda paling sweet gile-gile. BTW, aku panggil dia Encik Imam. HEHEH. InsyaAllah, dia imam aku. HAHA, gatal! Waktu sarapan, kitorang kumpul sama-sama, makan sarapkan. Bukan sampah sarap ye. Orang Johor kan. Haruslah~. Tengah makan ni, aku boleh senyum sorang-sorang baik takde yang perasan. Apakah yang ada dalam fikiran aku??? 

" Wah, aku dan Encik Imam punya keluarga duduk makan sama-sama. Berbual-bual sesama besan. Menantu dan mentua." Chewahh, angan-angan tinggi. Bak kata mak aku, kalau jadi dia kerja kat Singapore nanti, dia dapat awek sana. Melepaslah aku (T_T) . Kalaulah dia betul2 jadi suami aku, mesti sweet an. Mak bapak aku dengan dia memang sporting. So, tak takutlah sebab mak mertua masing2 tak bajet Ibu Mertuaku adaptasi filem P.Ramlee. HEHEH.

Haha, panjang sungguh entri aku ye. Banyak lagi aku nak cerita. Tapi takut pulak sesape yang singgah sini, baca pastu rasa boring sampai nak campak laptop masing2 dekat gaung yang berhampiran rumah secara tunai atau ansuran. Nampak permainan dia, HAHA. Cukuplah setakat ni. Ada umur aku cilok gambar dia dekat handphone mak aku nanti. Aku post gambar dia. Okay, Bloggies!!


Adiosa~~





Doakan supaya aku dengan dia bersama hingga
ke Taman Firdausi !!!

Friday, November 2, 2012

Survey blog saya jap!

Salaam, 

Berdasarkan tajuk kita pada hari ini, apakah yang sedang bermain di fikiran murid-murid sekalian ..?? Lisa Surirumah..Linda Ong..Harun Aziz? Semua salah. Jawapannya, Fahrin Ahmad. HAHA. Mengarut, okay! Cube tengok sekali lagi. Hah, pandai pun Mak Bedah sebelah rumah. Err, sebelah rumah aku hutan. Manalah datangnya Mak Bedah. Uish, serem deh. HAHA!!  Mengarut jauh daa.

Sekarang aku dah jadi sebahagian dari :
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V





Haa, member Nuffnang. Sebenarnya, aku pun taktahu apa benda ni. Yang aku pernah dengarlah, blogger macam BEN ASHAARI , AYEEM AYAM , FAIZ TAPIT dan yang sama waktu Malaysia dengannya kata Nuffnang ni boleh buat duit. Sekali lagi, aku tak tau macam mana depa boleh buat duit. Sobss, sedih aku buta IT. WAHAHA. 

Bukan apa, kalau betul boleh buat duit, Alhamdulillah lah. Dapat ringankan sikit belanja time aku kahwin. Pangg! Mak aku tampo dari belakang, tak pasal-pasal je senget kepala otak aku yang mampu menyembuhkan migrain makcik depan rumah. HAHA, tetiba. BelajaQ tak habis lagi, ada hati nak kahwin. Sumpah seranah sesumpah dengan buat tarian Oppa Gangnam Style. HAHA.

So, semoga aku berjayalah dalam sabar menunggu tabung nuffnang aku ni penuh. HOIHOIHOI




Adiosa~~

1 November

Salaam .. 

Semalam genaplah umur aku 19 tahun. Ekceli, tahun ni aku rasa wall aku penuh sikit dari yang sebelum ni. Mungkin sebab aku budak IIUM. Err, okay.. takde kena mengena. HEHE.
Sudah semakin tua ye aku sekarang, pinjam tongkat sat Pak Mail. Nak tunjuk aku dah tua. HOHO. Dan aku semakin takut nak jadi budak umur 20 tahun. HAHA. Sebab apa?? Sebab akan banyak dugaan yang akan aku hadapi nanti. Sekarang pun, Alhamdulillah, dugaan pertama aku berjaya lepas! Nak tau apa?? SECREETTTT!!! HAHAHA.

Dan, macam biasa usha facebook macam selalu. Tahun sebelum ni, tak pernah pun dapat wish Birthday sebab aku tak galak sangat kengkawan aku wish. Tapi diorang dah letak, terima kasih, cikguu~~ *style upin ipin* HAHA. Back to the story, aku bukak je profile aku terus terpampang di dada wall aku. Ergh, aku bajet iklan :3 Kesengalan terserlah disitu. HEHE. Guess who did wish my birthday?? Fahrin Ahmad, tapi dalam mimpi jelah. HAHA. Inilah, Achok. Ahli kumpulan Kecik Raja Lawak tuh. Asal dari kampung! Tetiba~ HAHAHA. Tak caya?? Nah, ni aku print screen kan. Semata-mata yek .. 



HAHA. Tengok-tengok! Betulkan :D Giler tak hepi. Seumur hidup aku, first time artis wish aku. Blush3, :3. Bangga seh. Err, aku terlebih sudah. HAHA.
Haa, ni lagi seorang makhluk Tuhan yang wish aku...



Semua, sila baca. Tengok, dia panggil aku ape!! Wallaweyh!!  Seumur hidup aku, tak pernah orang panggil aku poyo. Tapi, kalau aku panggil orang poyo tu selalulah. HIKHIKHIK *gelak sawan* . Aku terus fikir. Aku ni poyo tang mana?? HAHA. Tak tidur malam aku memikiorkannye. HAHA, ate kuo bahse peghok teman :D

Tapi, takpelah. Aku tak kesah pun. Sebab aku sedar yang aku ni masuk air. MUAHAHAHAHA. Aku tak ambik portlah kalau kena panggil sewel ke gila ke, janji aku tak menyusahkan hidup ngko<-- gaya hamid gurka sebut. HEHE!

Melalut aku~ HAHA. Semoga semua human beings dan animals yang menyambut hari lahirnya pada 1 November mendapat rahmat dan rezeki yang melimpah ruah hendaknya. Tapi kalau dah singa beranak 1 November dapat daging banyak-banyak pun tak guna jugak. Yelah, takdok peti Es nak simpan daging tuh. HAHAHAKS <--- gelak baru cipta :D
SELAMAT PADA SEMUA !!


Adiosa~