Kelik-kelik :)

Saturday, June 9, 2012

Memang dasar kau !!!!!!

Salam om, tante, kakek, kaq dan sekali lagi aku merapu, haha


Haa, ni aku nak mengadu dengan korang semua pasal dia .. Dia?? Siapa?? .. Si " pakwe " aku lah. Entah apa masalah dia dengan aku pun aku tak tawu. Aku sms dengan dia aritu. Kira standard la yang aku suka text pakai " O " besar. Pastu, aku baca benda yang dia post dekat Tagged, dia kata keypad rosaklah apelah. Walaupun takde nama aku kat situ tapi aku tau post tu untuk aku. Nak 20 tahun aku hidup, mak bapak aku sendiri pun tak marah aku type macam tu. Engkau muncul baru sebulan, nak banned aku lebih2 pulak. Terajang sampai kat kau kang. Haha, aku dah marah ni haa..


Then, kitorang tweet lak. Dia ajak aku keluar. Aku kata nanti dulu. Guess what?? Dia post lagi kat sana, aku je nak jaga hati kau, kau tak, blablablabla and all that. Agak2 lah kot kalau nak cakap macam. Kalau berani confront la. Kau ade nombor aku kan. Kalau benci, kau cakap je. Takpayah susah2 kau pura2 nak sayang aku lagi. Kau sendiri tulis, " rasa benci mula timbul " . So, apa cita kau nak selindung2. Cakap benci terus, senang, tutup buku..!


Sebabkan benda2 macam ni lah, aku malas nak couple2 ni. Disamping gua dapat dosa, gua dapat masalah jugak.. ter"gua" pulak disitu,haha .. Aku pun lagi selesa single daripada mingle. Aku pun dah serah kat mak aku semua benda ni. Malas nak fikir. Mak aku pun dah kata kalau siapa masuk meminang dulu, dialah jadi menantu. So, sesiapa yang nak isi borang sila sms sy dulu ya. Hahaha. Nanti terus pergi rumah, interview. ahaks~


Encik wan, engko tak reti2 lagi ke nak pergi interview tuh. Mak aku dah suka, pakngah aku pun sama. Bapak aku boleh kawteam, takpe. Takde hal punye. Tunggu engko je haa. Hahaha, berangan jelah aku nih .. bongok !! ^^v










p/s :: Aman jadi BFF gua, Uppss, BCF ( best cousin forever ) .. hahaha .. settle masalah =D

Mahu tahu siapa " MR R " ???

Salam, makcik, pakcik semua .. 


Haha .. sebelum aku bagitau siapakah gerangan Mr R yang selalu aku sebutkan nama dia dalam post2 aku yang sebelum nih .. Biar aku bagitau apa yang aku buat sebelum ni dekat dia .. ayat aku dah macam perosak bersiri dah,haha .. Okay, let the party begin .. err, heheh...


So, hampir seminggu aku fikirkan benda ni. Then, 2 days ago, i've decided yang aku akan bagitau dia yang aku dah lama suka kat dia. Tapi time aku karang ayat aku tu, takdelah takut ke gementar ke. Cuma aku buat muka selamba badak je .. hahaha..hilang ayat aku dah**party rock anthem, baby** hahaha


Aku hantar sms kat dia, bagitau yang aku suka kat dia, mintak maaf kat dia sebab aku suka kat dia dah lama, Then, aku kata aku takkan ganggu dia lagi. Ke aku yang sengal, cakap taknak ganggu dia lagi. Hahaha. Sampai sekarang aku setia menunggu respond dari dia tapi aku tau yang aku takkan dapat respond positive dari dialah. Yelah, aku sedar aku ni siapa. Tak layak mungkin ==' .. Takpelah, janji aku dah jalankan tugas aku. Macam jadi pengundi pulak ayat aku, heh. We'll just wait and see, okay !


Oh, by the way, Mr R yang aku maksudkan. Ramai kot kenal =D .. Dia adalah Remy Ishak .. hahaha .. kalau percaya memang darn gila r .. Nama dia Mohd Riduan. Thought one of my follower knows him well, i think. So, kitorang bercinta memang dah lama. Cuma cinta gua je yang tak berbalas sekarang nih. Ape masalah pun taktau r, hoho. He's 25 years old. Dulu ingat birthday dia tapi sekarang dah tak ingat dah. Hohoho. Tak kesahlah sebab kau belum sape2 lagi ngan aku kan =)


Damn, first time aku buat confession dekat seseorang yang bernama manusia. Memang kepoh lah nanti dekat pejabat kau an. Bukan aku taktau yer, haha. Dan kalau betul ade orang yang kau suka, harap sangat itu aku, bukan orang lain. Nak sangat kau jadi " Imam " aku nanti, InsyaAllah, Allah makbulkan :))





p/s :: cari idea untuk post baru .. STILL HOPING FOR YA, ENCIK WAN (^__^)

Wednesday, June 6, 2012

Macam mane nak cakap ?!!

Salam semua ...


Semalam aku main twitter, aku baca2 dekat twitter Ustaz Azhar Idrus. Dia kata, " Tiada istilah perigi cari timba, kalau suka kat seseorang bagitau je, baik lelaki atau perempuan " .. Aku pun macam, boleh ke macam tuh. Takut jugak nanti aku confess kat dia, tetiba dia kata, sorry awak, saya ada orang lain .. wahh, masak jugak aku nanti. Kena reject mentah2. Tak mau aku ..


Tapi tengoklah cam mana .. mungkin aku akan cakap jugak kot nanti .. Oh God !!
Please pray for me ya dearest friends :DD




p/s :: entry pendek, taktau tulis ape lagi

Monday, May 28, 2012

Kenapa aku jadi macam ni ??

Kenapa ye .. aku rasa sakit hati bila tengok sepupu aku borak dalam telefon. Aku tak tau kenapa time aku nampak dia borak mesra2 dengan awek dia agaknya, aku jadi macam sakit sangat. Sumpah, aku tak pernah rasa perasaan yang macam tu. Nak menangis sangat2 tapi time tu depan family aku, family dia. Takkanlah aku nak melalak pulak. So, aku tahan lah perasaan tu sebab esoknye aku nak balik. Buat2 tak kisah je lah. Yelah, dia bukannye pakwe aku pun nak jealous lebih2, ye dop ??


Btw, mungkin sebab kitorang selalu buat gurau benda2 kahwin, couple etc.. mungkin aku je yang terover excited pasal benda2 ni, then aku terambil serius kot. Haish, entahlah .. sampai sekarang aku tak boleh lupa pasal tu. Aku sangat tak kuat sekarang. Semangat aku macam makin kurang dah. Mungkin jugaklah yang aku dah sayang dengan dia. OMG, what the heck am i saying ??


Ya Allah, betul ke sangkaan aku ni ???????????????????????

Wednesday, May 23, 2012

Kegilaan sungguh !!

Ahoyy semua sen-pai2 .. haha


Entah kenapa hari ni aku tergerak pulak nak tulis pasal cousin aku yang sorang nih HAHA .. Dia sepupu sebelah ayah aku. Anak makcik aku nombor berapa entah. Aku pun tak tahu. Dia memang agak gila2 jugaklah. So, memang sesuai sangat dengan aku yang tak berapa nak waras ni, HEHEH .. Nama dia Azman .. Kitorang start contact masa kenduri arwah atuk perempuan aku .. Baru je pun dia meninggal :'(  .. So, malam ke-2 kenduri tu, dia tegur aku. Borak2 kejap pastu dia nak balik dah. Kitorang start tukar number phone masing2.


Tau, dia buat perangai gila dia. Esoknya dia sms aku, panggilnya aku tong. Selebet betul mamat ni. HAHAHA. Pastu dia call aku sampai kredit habis then aku pulak sambung call dia sampai kedit aku habis. Gila seronok borak dengan dia. Maksud seronok tu macam dia guna jugak bahasa2 kesat tu kat aku tapi aku balas balik. Kira dia jadi diri dia sendirilah. Tak macam separuh orang yang suka buat perangai tapi suka nak cover2. Boring dOp !!


In fact, dulu .. ni dulu2 punya cerita aeh. Time sekolah dulu3 HEHEH .. aku penah jugak ter"crush" kat dia. HAHAHA .. tu dulu okay .. tapi sekarang, dia cabar aku wey, tapi aku tolak. Kang apa pulak kata mak dia, HAHA . Dia cabar aku bagitau kat mak dia yang aku nak kahwin dengan dia .. pastu dia bagitau bapak aku yang dia nak kahwin dengan aku .. HAHAHA . Jelas terpancar kesengalan dia disitu ye anak2. 


Seriously, dia memang gilalah. Pernah sekali dia cakap kat mak aku nak buat menantu. Mak aku bagitau mak dia. Mak dia kata, "Eh, boleh aje" . HAHAHA . Green light dah beb. Tapi, biasalah. Gurauan sahaja semuanya. Kalau betul, apa salahnya?? HAHA .. Tak salah kahwin sepupu pun. HAHA








p/s :: Budak dalam post sebelum ni tinggalkan aku.. Gampang ah !!!

Thursday, May 17, 2012

Found him !!

salam semuanya ..


so, hari ini, aku nak bagitau satu dunia yang aku dah ada orang sayang. Haha, happy gila tak terkata. Dia pandai ambil hati aku. Walaupun kami kenal sekejap je, tapi insyaAllah, kitorang akan bahgia. 
Name dia zulfadhli. Tak payah tulis nama panjang okay. Umur 18. Ya, aku tahu yang dia muda setahun dari aku, tapi bila hati dah suka, semuanya dah tak nampak. Seriously, dia memang matang gila aku cakap. Mesti korang kata tak masuk akal. Eh derr, ni okay lagi tau. Kalau kau tengok beza umur antara sachin tendulkar dengan bini dia lagi jauh around 4 or 5 years like that. FYI, sachin tendulkar is an Indian Cricket Player. So, what makes the difference. 
Tapi aku tak nafikan dia memang handal. SPM dapat 9A kot. Memang salute lah kat dia. 
Pernah jugak aku tanya, tak takut ke nanti orang ejek dia kawan dengan orang tua dari dia. Dia kata tak kisah sebab dia suka dengan orang yang dah matang. Aku matang?? Memang taklah. Mak bapak aku pun kata aku sewel, hahaha. But, he seems to be a nice person. 
Yelahkan, dari aku tunggu "dia", baik aku move-on aja. Apa2 pun, doa-doakanlah aku dengan dia ya, hehehe. 




adiosa !! :)










p/s :: bapak aku kembar, dia pun kembar .. kebetulan :D  Fadhli, mahal kita !!!

Friday, May 11, 2012

Totally annoyed right now!!

Salam semua ...


     Hari ini aku rasa boring sangat .. mood aku memang gilaa2 tak elok sekarang .. tahu kenapa ?  Nie semua sebab seorang makhluk Tuhan yang pinjam barang aku tapi tak reti2 nak pulang .. urgh, annoying gila kot perangai macam tu. Sekurang-kurangnya, kalau kau tak boleh pulangkan benda tu, kau bagi la notis ke hape ke .. ni tak diam je .. macam orang bangang dowh tunggu kau pulangkan barang tu. Time aku nak pakai je takde. Damn you!! 


p/s:: tak tahu nak marah siapa .. grrrr